Pages

Peninglah tiap kali nak kena cari tittle.

Thursday, January 08, 2009

Bangun pagi dengan rasa yang sedikit moody.

Sedikit kau cakap? Pulisss. Kau marah abg, kau ponteng kelas pagi. Kau makan banyak. Kau duduk bilik terperuk sampai jam 5 baru kuar pergi kuliah, kau cakap kau okay tapi kau menangis teresak macam tu? Seriously, you have issues.

Okay-okay.

Banyak perkara yang tidak teruruskan lagi. Ada yang masih kena hold lagi. Dan ada yang sepatutnya dah buat tapi belum berkesempatan lagi untuk diuruskan. Urgh. Don’t wanna talk about it here. It is plain boring students' issues. Believe me.

Petang tadi telefon mak. Wow. Tiba-tiba saja, airmata laju keluar. Aik. Begitu besar rupanya resah dalam hati ini. Memang menangis sungguh-sungguh.

Kawan-kawan, jangan panik. Saya ini orang biasa-biasa. Bukan besi. Bukan perisai. Bila ada yang mengganggu dan rasa terganggu, begitulah. Saya melaungkan prinsip – be true to your feelings. You have your right on your own feeling. Semua orang ada cara masing-masing kan? Dan saya memilih untuk menangis. Selepas itu, Insyallah, lega. But professionalisme is another thing, mind you. Bukan setiap kali itu mahu ikut hati dan rasa. Kelak binasa.

Saya bersyukur sangat malam ini dua pertiga beban dalam biro dah bukan lagi di tangan saya dah. Dengan kata lain, tugas-tugas sudah diagihkan dan saya dan timbalan juga ada modal untuk dibincangkan waktu meeting dengan pihak atasan nanti.

Alhamdulillah, Nana (One of pengarah projek di bawah biro) datang malam tadi nak teruskan projeknya yang tergendala semester lepas. Niza pun still bersedia jadi pengarah projek untuk dua projek lagi di bawah biro ni. Semester ini dan semester depan. Which, i feel very grateful. Bukan senang nak cari orang yang sanggup pegang title pengarah projek. Tapi baru dua. Ada satu lagi. Atau mungkin dua. Satu, projek pencarian bakat nyanyian. Dua, bengkel tarian. Projek yang belum ada pengarah projek lagi.

Okayh. Esok saya ada vacation ke Perlis. Hopefully sempat balik sebelum jam 9 malam, supaya sempat ke perjumpaan tugasan berkumpulan.

Feeling much more better :)

Later.

2 comments:

  1. Jangan nanges ~ nnt air mata xckup

    ReplyDelete
  2. paCat,

    T___________________________T

    ReplyDelete

Thanks for simply being here! *love*

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS