2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Have I officially introduce you to my Mr Shan Jun Hou?
Wednesday, January 21, 2009 posted at 23:39 ♥

His name is [A][R]. A good man.
Dia setahun lebih tua dari saya, bulan Julai ini masuk 24 tahun. Pemegang sijil diploma dari Politeknik Kuching (Yes, he's a Sarawakian), dan sekarang ini sedang dalam Degree of Management of Technology di bawah College of Business (COB)- yup, also a fellow UUM. Anak tunggal lelaki dari 4 orang adik beradik. Anak bongsu tak jadi. Lahir dari keluarga yang berlatarbelakangkan pendidikan seperti saya. Dalam keluarga, dia ada Papa, dua kakak, dan satu adik perempuan.

Dan mama saya sangat sayang pada dia. Haha.

Selain seorang kekasih, dia ada macam-macam peranan. Peranan yang tiba-tiba datang sekali pakej dengan title kekasih. Tiba-tiba saja, dia akan jadi macam pakcik Unit Keselamatan (off topic : Pakcik UK di UUM sangat pantang dipanggil Pak Guard). Siasat itu ini. Kadang-kadang dia akan jadiustaz - tegur pemakaian dan solat saya. Kadang-kadang jadi macam cikgu waktu saya sekolah rendah - tegur kuku saya panjang (padahal taklah panjang sangat pun - tak puas hati). Sampai saya sarankan pada si dia, simpan satu potong kuku dalam poket dia tiap kali kami jumpa. Ada masa dia akan jadi macam seorang abang - sangat mengambil berat. Dan banyak lagi. Tapi selalu, dia akan jadi sahabat saya. Sentiasa sudi mendengar lawak saya yang kadang-kadang tidak berapa nak kelakar. Sentiasa sudi mendengar cerita-cerita yang nothing.

Campurkan sekali dengan kasih sayang yang dia curahkan, kesabaran yang bagai tiada penghujung, kadang-kadang ala-ala manja gitu (haha), dan segalanya pengorbanan yang pernah dia lakukan.. Saya cukup terharu.

Status hubungan?
Pada waktu ini, hati sedang berbunga-bunga. Jangan menyampah ya. Bagilah peluang. Haha. Hubungan yang tercipta ini lebih memandang pada masa hadapan. Cukup saya katakan begitu kerana saya tahu readers saya sudah mampu memahami bagaimana corak dan di mana halatuju perhubungan yang dibina atas dasar itu. Tiada keseronokan berlebihan kerana di sini ada misi lain yang lebih penting.

Boleh dihitung berapa kali kami bertemu dalam sebulan. Bukan seperti pasangan-pasangan yang lain. Biarlah yang luar dari kebiasaan. Selagi kami bersederhana. Walaupun kami belajar di kampus yang sama, namun untuk bertemu pun terpaksa buat temu janji dulu. Ya, masing-masing sibuk. Mujur ini zaman teknologi.

Dalam seminggu itu biasanya bertemu hanya sekali. Makan tengahari sama-sama. Itupun cuma sejam. Dalam sejam itu, kami berkongsi semua cerita dalam masa seminggu yang tidak larat untuk ditaip di telefon. Dan sekali dalam sebulan, kami akan keluar pergi KFC (our favourite) dan tengok wayang kartun. Dia suka bermain bowling, tapi saya tidak. Seronok tengok, tapi belum ada minat untuk mencuba. Ah. Kampungan ye? Haha. Tidak apalah. Saya adalah saya. Ada perkara tidak mempunyai sebab musabab yang jelas.

Pertemuan yang ada digunakan sebaiknya. Saya ini cuma tahu marah-marah di henset. Di alam nyata, sah saya ini angelic. Pijak semut tidak mati. Ketawa dan berlawak tidah henti sebab saya seronok tengok si dia senyum (Perhatian: Hanya Pada Orang Yang Saya Betul-Betul Rapat/Kenal). Iya. Very the selective. Allah mencipta saya begini - Observer. Slow Learner. Low-Profile. Dan punya matlamat dan cara sendiri yang mungkin kurang mampu difahami orang biasa-biasa. Tidak punya ramai kawan. Sangat senang bergerak sendiri-sendiri.

Dia juga saya pilih dari ramuan-ramuan asli turun temurun.
Ehh..
Mengarut.

Panjang entri kali ini.
Bukan apa. Esok kelas banyak batal. Yang ada cuma kelas pukul dua petang saja. Habis 3.30 petang. Pukul 5 itu bergerak ke Pulau Sayak. Di Sungai Petani Kedah. Untuk Kem Kembara Kaunseling.. 22-25hb Januari 2009. Saya akan tinggalkan Cik Barbara di sini. Broadband ini bawa la agaknya. In case. Kan?

Kita sempat lagi jumpa esok. See you.

Labels:


3 Comments:

Anonymous SERI yang SENI said...

hati sedang berbunga-bunga... alahai..sejuk hati kak seri dengar.. jaga hubunan baik2.. kalau nawaitu mahu terus serius.. Moga setiap yang berlaku diberkati oleh-NYA..

22 January, 2009 08:08  
Anonymous dandeLLion_geisha said...

selaku teman baik merangkap pengerusi hal ehwal kisah cinta kita dua ni..uuu tahniah!
to 4get smeone not mean u lost him rite but make ur life feel more better..aaa
prefect Mr shan jun hou..kirim slm kat dia eek..hehe

22 January, 2009 16:01  
Anonymous Fina said...

seri yang seni,

Aminnnnn.. =)


dandellion_geisha,

haha.
ko mmg la pengerusi hal ehwal kisah cinta neh. hahaha

thanx so much ziela. love u always... huhu

btw, u HAVE to move on too ;)

02 June, 2009 21:43  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish