Saturday, January 31, 2009

Kamu sudah rindu entri saya?

Ok-ok, saya update.
Haha. Perasan.

Pertama sekali saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana sekali lagi saya menunjukkan sikap tidak berdisiplin kerana tidak mengupdate blog ini selama 2 atau 3 malam.. Wah, nak baling telur ke tu? Hoho.

Cuti?

Saya mengambil cuti yang betul-betul cuti. Saya juga bercuti dari berdiet. Hasilnya seperti biasa amat memberangsangkan. Selepas ini, satu hal lagi untuk membuang hasil-hasil yang berunsur memberangsang itu. Aduh. Siapa ada pil diet? Bawak sini, saya nak telan 10 bijik.

Kesihatan?

Kulit saya mengalami kekeringan, kesan sunburn yang melampau di Pulau Sayak itu hari. Sekarang sudah beransur pulih-lah sebab hari itu saya sudah ke Klinik Dr Azhar dan Rakan-Rakan di bangunan kedai belakang C-Mart Changlun itu.
Selebihnya, saya sihat-sihat saja :)

Selamat Hari Jadi

Ini adalah ucapan selamat hari jadi yang terlambat untuk Mr Bob, salah seorang bekas teman lelaki (Haha) di Universiti Utara Malaysia. Semoga berbahagia selalu dan good luck for your future undertaking. Maaf kerana terlambat memberi ucapan.. Alasannya sudah dinyatakan kepada tuan punya badan melalui esemes, harap maklum. Ini tahun terakhir menyambut hari jadi di UUM ye Bob? Atau ini semester terakhir? Will be missing you :)

Ucapan

Kepada Dana, adikku yang yang tersayang dan tergedik, update-lah blog tu.
Kepada Siti Zaharah dan Beatrice Wong, terima kasih sepanjang cuti ini kalian ada di samping saya dan sudi menibai apa saja yang saya masak sampai habis. Hehehe..

Ohya. Ada satu lagi.

Minggu ini topik yang saya ingin bincangkan dan ulas adalah topik tentang CINTA. Tepuk tangan semua. Tepuk-tepuk kuat lagi.. Ok cukup. Apesal tepuk tangan, topik best ye? Haha. Pada sesiapa yang merasakan topik ini memualkan, ok kau keluar sekarang, jangan datang balik sampai minggu depan.

Mau keluar makan.

Da.
Share:

Tuesday, January 27, 2009

There's No Exact Reason For Loving You..

50 Random Reasons why I love You
Januari 26, 2009 - 01:22 — Fina


01) The way you stand by my side

02) The times you make jokes of me!

03) How you always want to be the very best for me

04) When I'm sad, you take the pain away and soothen my heart with every way you think will work

05) How you always look deep into my eyes

06) How you can make my heart melt wih your smile

07) The way you taking care of me

08) The way you never want to let me go

09) The way you make sure I have everything I needed from you

10) The way you look or sound like when you get really serious on something

11) When you buy or give me things even small little things

12) To know how hard it is for you to do the cutest things over and over again just to make me happy

13) You know i am extra-clumsy girl. And you always there to keep your eyes on me.. Million of thanks dear. You're my friend-in-need..

14) The way you stare at me as if I am the most beautiful woman in the world!

15) The times when you let me mad at you

16) The way you look at me when i upset you..

17) The smile you give without saying anything :)

18) The way you act like a dork but make me laugh

19) The way you love me like no others

20) Knowing you are mine :)

21) The way you walk when you get sad

22) The look you make when you get jealous

23) For how i always can be myself in front of you

24) How you make me cry for hurting you

25) The way we get mad to each other during the night but everything turns normal on the next morning, or even the next 5 minutes!

26) How i can always count on you even for silly thing or even for my own mistake

27) How you listen to me talk for hours

28) When you gets my jokes :p

29) How we can always be very happy together :]

30) How I can never hate you

31) For having you in every single breath I take

32) The way you say, "Kenapa?"

33) How you tell me long stories that have no meaning, but you know I'll listen anyway

34) the way you forgive me right after i asked for your apologize 10 minutes later

35) How you forgive me when I do wrong

36) How you hardly ever get mad at me

37) How we both get along so well

38) How i can cry to you on the phone without being shy or embarassed

39) The way you smile..

40) The way you being 'manja' to me :) i think it's sweet.

41) The way I turn you on, without me doing anything

42) How you can just speak your mind

43) How you would do anything I say

44) The way you love me more and more each day :)

45) The way my mom seems to likes you. Hehe

45) How i always get mad at you but your silence magically turns off my anger.

46) The way you will do almost everything to fulfill my need..

47) For always been there..

48) For wanting me in your life FOREVER

49) For believing that i am different from any other girls/woman

50) AND I LOVE YOU, actually, FOR NO EXACT REASON :)


I actually wrote this a month before. But finished and sent this to his mail (gjul04@gmail.com) yesterday..
Bukan kerana hari istimewa. Atau apa-apa.
Cuma mahu menyiram magik dan stardust di hati itu..

Share:

Monday, January 26, 2009

Mengertikah kita?

Kalian tahu?

Sebagai seorang kaunselor pelatih, melalui pengalaman kesukaran menjalani hidup dan menyelami perasaan dan derita insan-insan lain merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukkan konsep dan kematangan dalam diri kami ke arah menjadi seorang kaunselor yang tahu serba serbi dan mampu berfikiran lebih jauh ke hadapan serta mendidik rasa empati dalam diri.

Sebab itu, Pulau Sayak adalah pilihan Encik Azmi untuk kami. Knew it!

Pada 22 Januari hingga 25 Januari 2009, kami berkampung di Pulau Sayak. Kami seramai 53 orang.. 8 orang lelaki dan yang lainnya perempuan. Dua dorm untuk perempuan dan 4 chalet kecil untuk lelaki. Cuaca dan habanya amat panas terutama pada waktu matahari sedang tinggi (Penginapan kami betul-betul berhadapan dengan laut), da tempat tinggal pula macam sardin. Bayangkan bilik sumbat 12 katil double-decker bersamaan 24 katil dalam satu bilik kecil. Dan bilik itu memang penuh dengan katil dan tiada ruang kosong pun. Yang ada cuma ruang kosong di bahagian pintu untuk memudahkan keluar masuk dan jalan sempit yang muat untuk seorang sahaja.

Itu hal penginapan. Hal kebersihan diri lain pula. Pulau Sayak sebenarnya boleh saja dimajukan kerana pemandangannya yang cantik. Tetapi sayang, kerana masalah ketiadaan keperluan asas iaitu air membuatkan pembangunan itu terbantut. Kot. Aku pun agak je. Hehe. Air yang kami dapat pun yang dihantar oleh Jabatan Air.

Ohya, sebelum terlupa. Pada 25 Disember 2004 yang lalu, Pulau Sayak merupakan salah satu tempat yang menjadi mangsa ombak Tsunami. Syukur, tiada kematian yang berlaku.

Berbali pada cerita..
Nasib baik makanannya amat sedap. Boleh tahan-lah. Konsep ala-ala katering. Jadi boleh makan banyak. Hoho. Lemak di badan terasa semakin bertambah. Memang sah dah bertambah. Waduhh.. Teringat waktu KPO pada 15-17 Januari lalu. Makanannya juga sedap, tapi amat kedekut. Huh.

Masih terdengar-dengar desiran ombak di telinga ni. Told you, i love seas! Tempat kami menjamu selera pun berdekatan dengan laut. Macam di Kuala Perlis. Pemandangan di Pulau Sayak wajarlah juga dipuji. Memang cantik. Selama 4 hari kami di sana, air surut. Rasanya waktu air pasang, lagi cantik. Terutama waktu matahari nak naik, atau nak tenggelam. SUBHANALLAH..

Sepanjang kem ini, masing-masing sibuk bergambar. Sangat fun, tetapi saya lebih selesa cuma melihat aksi-aksi menadah muka itu dari tepi. Bukan apa, tidak wajarlah rasanya wanita seayu saya terkejar-kejar mengejar duniawi dan glamor (Aik?).

Saya belajar banyak perkara. Saya belajar berterima kasih. Dan saya belajar menghargai. Don’t get me wrong. Tidak bermakna saya ini jarang berterima kasih dan jarang mahu menghargai. Saya cuma semakin mengerti bahawa berterima kasih dan menghargai itu sebenarnya lebih dari apa yang kita praktikkan sekarang ini.

Di sini saya senaraikan 10 perkara yang bukan mudah untuk dilakukan oleh kita sebagai manusia..

- Meminta maaf
- Memulakan semua sekali lagi
- Mengaku salah
- Minta nasihat
- Tidak mementingkan diri
- Terus mencuba
- Berfikir sebelum bertindak
- Memaafkan dan kemudian melupakan
- Menerima kritikan
- Empati


Sejujurnya, saya hanya mampu melepasi beberapa perkara yang disenaraikan disini. Yang mungkin tidak perlu saya nyatakan. Yang lain? Nyata saya ini penuh kekurangan jua, seperti apa adanya manusia biasa.

7 lagi perkara yang sempat saya belajar ialah..

Jangan bertengkar membandingkan –
- Siapa yang lebih terpelajar
- Siapa yang lebih berpakaian cantik
- Siapa yang lebih tingi status
- Siapa yang mempunyai idea yang lebih baik
- Siapa yang lebih kacak atau cantik
- Siapa yang lebih berkuasa
- Siapa yang patut mengaku salah

Sama-sama kita renungkan. Saya juga sedang belajar..

Selepas keluar dari Pulau Sayak, kami pergi ke Pusat Serenti Sungai Petani (PSSP) untuk membuat sesi, kemudian balik ke kampus. Such a relieve! Boleh mandi puas-puas dengan air bersih. AH!

Habis.

Terima kasih pada Encik Din, Encik Hamdan, Encik Mi (Lecturer FPSM), Pak Abu (Dato’ Abu Seman Awang), dan Cik Siti Rozaina (Lecturer FPSM) kerana bersama-sama kami dalam kem ini dan membimbing kami menjadi insan yang lebih bermotivasi.


Share:

Sunday, January 25, 2009

Kenalan.



Belum pernah lagi dalam mana-mana sejarah UUM, pelajar antarabangsa menjadi JPMDPP kecuali bermula tahun ini. Unik kan? Waktu KPO, mereka ini teman-teman JPMDPP dari Indonesia yang sama-sama berjuang dalam satu pasukan dalam JPMDPP dan sama-sama belajar di UUM. Gambar pertama itu, saya dengan Ryasti. Kemudian gambar kedua ialah gambar kami bertiga. Saya, Ryasti dan Juita. Manis bukan?

Itu teman JPMDPP. Lain lagi teman sama kos- Sains Kaunseling. Boleh dikatakan 85% terdiri dari golongan wanita dan 15% lagi adalah golongan lelaki. Banyak beza, kan? Kos Sains Kaunseling di UUM majoritinya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu. Minoritinya adalah dari Sabah, Sarawak dan Antarabangsa. Merujuk kepada batch 2007/2008, hanya saya seorang dari Sabah, Niza seorang dari Sarawak, serta Putih dan Pipin pula dari Indonesia. Kem kaunseling baru-baru ini dengan mereka-lah. Gambar Putih dan Pipin nanti saya upload.

Moralnya di sini, saya bersyukur berpeluang berkenalan dengan ramai orang bukan saja rakan tempatan, tapi dari luar juga :)

Will be updated.
Share:

Thursday, January 22, 2009

3 NIGHTS AWAY

Saat entri ini terpublish, saya sudah dalam perjalanan ke Pulau Sayak, Sungai Petani. Actually I have no clear idea about what Pulau Sayak look like.

Kami bakal berprogram di salah satu kampung di Pulau Sayak. Encik Azmi pula sering membayangkan pada kami yang teruk-teruk tentang keadaan di Pulau Sayak. Modul sepanjang kami berada di Pulau Sayak itu disusun atur oleh pelajar-pelajar maktab (maktab mana satu? Entah - nampak sangat tak ambil tahu. Hehe). Encik Azmi kata, semuanya yang bakal torture kami. Wauw. Like it. Memang pakar psiko betul. Dan tujuan Encik Azmi begitu mudah sahaja difahami :)

Tadi google kat sana, boleh tahan view. Pulau la katakan. I always love beaches. Camwhoring? Hoho. No. No. I'm not that whore anymore. Oleh kerana semalam saya tidur agak banyak, saya berpeluang meninjau-ninjau pemandangan sepanjang perjalanan. Yehuu! Sambil-sambil itu beresemes dengan yang tercinta. Mau call mama dan ayah juga.

Bagi yang bertanyakan khabar, saya di sini sihat-sihat saja. Cuma sedikit batuk-batuk. Ini acara bulanan saya. Jangan risau. Haha.

Sekali lagi diulangi, blog Sufilara ini bakal tidak berupdate sehingga 25 Januari, (aduh, sedihnya tidak dapat bawa laptop). Kalau bosan-bosan, datanglah blog ini, saya percaya masih banyak entri saya kalian masih belum baca kan. Tengoklah banyak mana perubahan dan fasa yang saya alami sepanjang dua tahun saya berblog.

Till 25th of January! :)
Share:

Wednesday, January 21, 2009

Have I officially introduce you to my Mr Shan Jun Hou?

His name is [A][R]. A good man.
Dia setahun lebih tua dari saya, bulan Julai ini masuk 24 tahun. Pemegang sijil diploma dari Politeknik Kuching (Yes, he's a Sarawakian), dan sekarang ini sedang dalam Degree of Management of Technology di bawah College of Business (COB)- yup, also a fellow UUM. Anak tunggal lelaki dari 4 orang adik beradik. Anak bongsu tak jadi. Lahir dari keluarga yang berlatarbelakangkan pendidikan seperti saya. Dalam keluarga, dia ada Papa, dua kakak, dan satu adik perempuan.

Dan mama saya sangat sayang pada dia. Haha.

Selain seorang kekasih, dia ada macam-macam peranan. Peranan yang tiba-tiba datang sekali pakej dengan title kekasih. Tiba-tiba saja, dia akan jadi macam pakcik Unit Keselamatan (off topic : Pakcik UK di UUM sangat pantang dipanggil Pak Guard). Siasat itu ini. Kadang-kadang dia akan jadiustaz - tegur pemakaian dan solat saya. Kadang-kadang jadi macam cikgu waktu saya sekolah rendah - tegur kuku saya panjang (padahal taklah panjang sangat pun - tak puas hati). Sampai saya sarankan pada si dia, simpan satu potong kuku dalam poket dia tiap kali kami jumpa. Ada masa dia akan jadi macam seorang abang - sangat mengambil berat. Dan banyak lagi. Tapi selalu, dia akan jadi sahabat saya. Sentiasa sudi mendengar lawak saya yang kadang-kadang tidak berapa nak kelakar. Sentiasa sudi mendengar cerita-cerita yang nothing.

Campurkan sekali dengan kasih sayang yang dia curahkan, kesabaran yang bagai tiada penghujung, kadang-kadang ala-ala manja gitu (haha), dan segalanya pengorbanan yang pernah dia lakukan.. Saya cukup terharu.

Status hubungan?
Pada waktu ini, hati sedang berbunga-bunga. Jangan menyampah ya. Bagilah peluang. Haha. Hubungan yang tercipta ini lebih memandang pada masa hadapan. Cukup saya katakan begitu kerana saya tahu readers saya sudah mampu memahami bagaimana corak dan di mana halatuju perhubungan yang dibina atas dasar itu. Tiada keseronokan berlebihan kerana di sini ada misi lain yang lebih penting.

Boleh dihitung berapa kali kami bertemu dalam sebulan. Bukan seperti pasangan-pasangan yang lain. Biarlah yang luar dari kebiasaan. Selagi kami bersederhana. Walaupun kami belajar di kampus yang sama, namun untuk bertemu pun terpaksa buat temu janji dulu. Ya, masing-masing sibuk. Mujur ini zaman teknologi.

Dalam seminggu itu biasanya bertemu hanya sekali. Makan tengahari sama-sama. Itupun cuma sejam. Dalam sejam itu, kami berkongsi semua cerita dalam masa seminggu yang tidak larat untuk ditaip di telefon. Dan sekali dalam sebulan, kami akan keluar pergi KFC (our favourite) dan tengok wayang kartun. Dia suka bermain bowling, tapi saya tidak. Seronok tengok, tapi belum ada minat untuk mencuba. Ah. Kampungan ye? Haha. Tidak apalah. Saya adalah saya. Ada perkara tidak mempunyai sebab musabab yang jelas.

Pertemuan yang ada digunakan sebaiknya. Saya ini cuma tahu marah-marah di henset. Di alam nyata, sah saya ini angelic. Pijak semut tidak mati. Ketawa dan berlawak tidah henti sebab saya seronok tengok si dia senyum (Perhatian: Hanya Pada Orang Yang Saya Betul-Betul Rapat/Kenal). Iya. Very the selective. Allah mencipta saya begini - Observer. Slow Learner. Low-Profile. Dan punya matlamat dan cara sendiri yang mungkin kurang mampu difahami orang biasa-biasa. Tidak punya ramai kawan. Sangat senang bergerak sendiri-sendiri.

Dia juga saya pilih dari ramuan-ramuan asli turun temurun.
Ehh..
Mengarut.

Panjang entri kali ini.
Bukan apa. Esok kelas banyak batal. Yang ada cuma kelas pukul dua petang saja. Habis 3.30 petang. Pukul 5 itu bergerak ke Pulau Sayak. Di Sungai Petani Kedah. Untuk Kem Kembara Kaunseling.. 22-25hb Januari 2009. Saya akan tinggalkan Cik Barbara di sini. Broadband ini bawa la agaknya. In case. Kan?

Kita sempat lagi jumpa esok. See you.

Share:

Tuesday, January 20, 2009

Rumah Hati

Singgah lewat malam ke rumah saya yang ini. Baru saja selepas meng'key-in' SIRA untuk ahli-ahli jawatankuasa Malam Budaya Kontemporari. Masa sangat pack, dan semua kerja-kerja harus pula dikerjakan secepat mungkin. Saya masih terus berlari. Berehat sebentar, dan meneruskan lagi marathon. Ah. Cuti final semester bulan May ini pasti saat yang paling ditunggu-tunggu. Saat yang macam 'heaven'. InsyaALLAH. Sekarang baru bulan satu. 3 more months. Dalam kesibukan ini, moga saya tidak terlupa tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar dan seorang hamba ALLAH. Mujur saya ada dia untuk selalu di sisi. Walaupun tidak di mata, dia tetap di hati. Sanggup mengingatkan kala terlupa. Menegur kala tersalah langkah. Alhamdulillah..

Bukan senang ya deal dengan perempuan seperti saya. Tidak percaya, tanya dia. Bagaimana jerih pedih, derita dan sengsaranya melayan dan cuba memenuhi kehendak saya.

Saya rapat dengan mama. Iyalah, perempuan kan? Memang masing-masing lebih terbuka. Ditambah lagi dengan sifat wanita itu yang lebih halus perasaannya. Sentiasa mahu berkongsi cerita, berahsia-berahsia (walaupun bukan rahsia pun), main gelak-gelak, nyanyi kuat-kuat, gila sama-sama. Wah. Itu macam lebih kepada saya dan Dana. Haha. Sebut tentang Dana, anak itu mahu pindah ke sekolah baru. Yang lebih dekat dengan rumah. Setahun dia memujuk ayah dan mama. Baru kali ini berjaya. Tahniahlah buat dia. Tapi Dana. Ini pesan. Tolong jaga mentaliti. Naik boleh. Turun jangan. OK?

Sampai mana tadi? Ok. Ok.

Saya rapat dengan mama. But know what, setiap kali saya mengadu kisah cerita onak duri dan pergaduhan kami, (yang sebenarnya lebih selalu berpunca dari saya - told you right? Being with me is not easy. Kalau kau lelaki, kau sangat bertuah kau tidak mengenali saya). The first thing my mom would say is,.. "Mama tau kau yang salah, kan?"

What to do? She IS my MOM.
And mom always right.
Haha.
Nanti silap-silap kahwin nanti mama yang akan selalu back-up dia. Back-up? Aik, bunyik macam merancang nak membuli je?

Hehe. Tidaklah.
Tidak.
Saya bakal isteri yang penyayang :)

Dush!
Apesal cakap tentang kahwin ni?

Notes :: 22th-25th januari - Kem kaunseling.


Share:

Satu Pintu, Satu Orang Saja.

The one you love most DOESN'T love you.

The one, who love you most, is NEVER the one you love most.

And the one you spend your life with, is never the one you love most or the one who love you most.

He is just the person who person who happens to be at the right place at the right time.

(Anonymous)
Dikutip dari sini.

Bagi saya, pepatah dari si ano ini begitu bias. Dan di situ seperti ada nada kecewa dan terkilan dari si ano ini. Adakah saya saja yang terperasan?

Tapi betul.
Semua itu bisa saja terjadi pada mereka-mereka di sekeliling kita. Dan kau. Kau boleh pura-pura bersembunyi tidak mengaku yang kau pun alami rasa yang sama (Aik, kenapa tengok aku?)

Siapa kata hati kita ini ada satu pintu sahaja?
Share:

Monday, January 19, 2009

Perkara Terbaik Yang Anda Patut Lakukan Di Waktu Pagi

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup. Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup 'cas betri' saja.

Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.

Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.

Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!


Share:

Sunday, January 18, 2009

10 Formula Kejayaan Pergaulan Dengan Orang Ramai

NOTES : Telah dipraktikkan oleh Bekas Presiden Amerika - Presiden Lyndon Johnson.

  • Belajar untuk mengingati nama-nama orang lain. Ini membantu menunjukkan yang anda memberi perhatian terhadap seseorang itu.

  • Jadikan diri anda seorang yang mudah untuk didekati.

  • Pelajari untuk menjadi seorang yang sentiasa tenang dan mudah bergaul supaya anda tidak mudah tergugat.

  • Hindarilah sifat ego. Elakkan diri daripada memberi gambaran yang anda mengetahui segala-galanya.

  • Semaikan satu Kualiti untuk menjadi seorang yang berminat mengenai semua perkara supaya orang ramai akan mempelajari sesuatu yang berfaedah daripada pergaulan dengan anda.

  • Berusahalah untuk membuang elemen-elemen "yang tidak elok" pada personaliti anda walaupun sesuatu yang anda tidak sedari.

  • Berusahalah secara jujur untuk memulihkan segala salah faham yang telah ataupun sedang anda lakukan. Ketepikan perasaan negatif anda.

  • Amalkan untuk sentiasa menyukai seseorang sehinggalah anda berupaya melakukannya dengan ikhlas dan jujur.

  • Jangan Lepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang atau takziah kepada sesiapa yang ditimpa kesedihan atau kehampaan.

  • Berikan kekuatan rohani kepada orang lain dan mereka akan menunjukkan kemesraan yang asli kepada anda.


Maaf, saya tidak ingat sumber artikel ini kerana sudah berada lama di dalam draft blogger saya.

Share:

Saturday, January 17, 2009

Ngomong-Ngomong

1. APa PendaPat kamu tntng buLan ini?
***yah.. gitu2 aja koq..

2. Gimana kalo ada yg suka kamu?
****mau gimana lagi sih.. kita itu kan masing-masing punya hak masing-masing.
.
3. Apa yg kamu kerjakan tadi?
***nonton 'Just for laugh'. haha.

4. Apa PendaPat kamu tentang c0kLat?
***langsung pikiran temen2 yang gila banget sama coklat.
.
5. Abis ini maw aPa?
***mau tidurrrr..
.
6. Apa yg bikin kamu sedih?
***iyah.. banyak. hidup bagai roda koq!

7. Keinginan kamu sekaRang?
***senang banget kalau tidur nanti bakalan dapat mimpi yang indah2..

8. Jika enggak tercapai?
***gak apa2 koq..

9. Rasa iCe cReam fav0rite kamu?
***rasa strawberry.

10. PacaRan seagama?
***yang pasti, nikah yang seagama.

11. Suka bunYi hujan?
***iya. bikin gue bisa langsung ngantuk. malahan kalo atas katil dengan selimut tebal. uhhh.. nikmat banget!

12. Lagu yg terakhir kamu nyanyikan?
***Biarlah Rahsia - CT Nurhaliza.

13. Nuansa di kamar kamu?
***uiks.. nggak tau. apaan itu??
.
14. Apa yg pengen kamu Lakukan besok?
***oh.. ngedet sama dia! Dia mau temanin saya nyari henpon dan contact lens baru :)
.
15. Bagaimana dengan akademik kamu?
***lagi berusaha :D

16. Keadaan 0tak kamu gimana sekarang?
***baik-baik aja..

17. Tempat yg paLinng sering kamu kunjungi?
***mana ada cik barbara, situ ada saya. kahkahkah
.
18. NaPaen ke sana?
***lagi mau apain sama laptop?
.
19. PunYa mantan beRapa?
***oh. itu rahsia. gak bisa kasitau, nanti bisa bikin kontroversi.

20. Binatang kesaYangan?
***kucing. apa lagi :D
.
21. Kemaren apa?
***makan dan tidur.

22. Hari ini?
***sama aja. liburan dong..

23. Tempat yang ingin kamu datangi?
***somewhere i belong to.
.
24. Bunga yg kamu suka?
***sunflower.

25. Menurrt kamu, 0rang yang gimana bisa buat kamu jatuh cinta?
***yang funny, bisa bikin saya senang banget, dan bijak :)
.
26. unTuk 0rang yang kamu saYangi, apa yang maw kamu Lakuin?
***yang bisa buat dia makin sayang.

27. kaL0 kamu j0mbL0, udah beRapa Lama j0mbL0?
***jomblo=single. enggak. i'm taken :)
.
28. Ada yang kamu saYangi saat ini?
***ramai :D
.
29. PiLih mana, hubungan jaRak jauh at0 dekat?
***dua2 ada pro dan kontra. depends :)

30. Target kamu menikah kaPan?
***bila tiba seru :D

31. SecaRa fisik, tyPe pacaR kamu gimana?
***gamana yah.. yang idamannya mestilah yang sasa. tidak terlalu tinggi tapi bukan yang lebih rendah dari saya. kan saya ini sudah cukup rendah :D yang enggak rabun - karena saya rabun, nggak terlalu kurus - supaya saya nggak nmpak gemuk bila kami berganding, sedap mata memandang sebab saya lawa.. kahkah

32. Menurut kamu, teman baik bisa jadi pacaR?
*** bisa aja. Lihat pada keserasian.
.
33. Menurut kamu tempat yang paLing c0c0k untuk di tembak?
****ha? bikin aku heart-attack saja soalan ni. haha.
.
34. KaL0 0rg tua kamu beLum menyetujui?
***makanya perlu buat mereka setuju. kebimbangan mereka wajar kok :)


Tu dia. Fina cuba ber'omong' macam orang Indonesia. Sweet kan saya?
Haha.
Buat Pipin (Pin), Put, Ryasti, Juita (Wit), dan Dewi :)


Share:

Friday, January 16, 2009

3x12 Answers.

Tag dari Kak Seri.
Lama dah, baru jawap :P

THREE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU:
1. Nana
2. Fina
3. Hasnie

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-
1. The date i get married
2. The date i turn 30
3. The date i die.

THREE WAYS TO BE HAPPY:
1. Hang out with him or my friends
2. Karaoke
3. Shopping!

THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW:
1. Ayat-ayat Cinta - Rossa
2. Bulan Yang Mesra - Siti Nurhaliza
3. Percayalah - Siti Nurhaliza

THREE PERSONS(group)YOU MISS FROM YOUR PAST:
1. Amoy
2. Armin
3. Ziela

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. Kereta impian dan rumah impian
2. Bilik yang penuh dengan segala jenis buku
3. And a shopping complex would be enough.. :D

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Seasides
2. Japan
3. my kampung.

THREE MALLS YOU USUALLY GO TO:
1. Centre Point
2. Wisma Sabah
3. Kachi Mall

THREE FAVORITE DRINKS:
1. Fresh Orange
2. Iced Tea
3. 100 Plus

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG:
1. Compact Powder
2. Room Key
3. Pen

THREE FAVORITE COLORS:
1. Pink
2. Black
3. Brown

THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
1. Myself
2. My Family and him
3. My Friends


Tq tq!
Share:

Thursday, January 15, 2009

Wednesday, January 14, 2009

Selamat Pagi.

Saja menyinggah sebelum ke kelas.

Saya ada berlambak-lambak kerja. Kalau dapat elaun kan seronok juga. Terfikir, keistimewaan, dapat bawa kereta ke U. Why not UUM tukar polisi. Pelajar Aktif Di Universiti Dibenarkan Mendapatkan Kereta Secara Percuma.

Ada kereta, memang senang. Kelas 9.30 pagi boleh bangun pagi jam 9 (Haha. Nampak sangat pemalas). Ada kereta, boleh jalan-jalan keluar masuk UUM tanpa fikir sewa kereta, berapa jam nak pinjam, jam berapa nak balik, dan lain-lain. Ada kereta, boleh lambai-lambai kawan-kawan yang balik naik bas. Pendek kata, kau tanya saja lah pada pelajar UUM yang ada kereta.

Haihh.. In your dreams.

Share:

Tuesday, January 13, 2009

OH?

Quotes Myspace Comments


Jujurlah.
Ingatkan nak buat projek kecil-kecil saja. Tapi bila sudah banyak usul dan cadangan grand-gitu, ya Allah. Tuhan je lah yang tahu.

Ops. Projek lagi. Haha.
Okaylah. About my assignments.

Ada literature review, ada kena buat kaunseling individu beberapa sesi sekali dengan verbatim report dan rakaman, interview dengan mereka-mereka yang berada di dalam setting penjara, dan pembentangan. Setakat ini, itu saja lah. Tolonglah jangan tambah lagi. Kurangkan boleh. Hehe.

Hari ini, bangun pagi then sambung sampai tengahari (qada' 2-3 hari sebelum ni tidak cukup tidur), mandi, siapkan kertas promosi pengambilan ahli tarian, pergi print-out, dapatkan cop pejabat, dan lekat, kemudian terus meeting ad-hoc Sabah - Untuk Ad-hoc Sabah sahaja sudah ada 5 offer. Pastu makan, balik bilik, malam jam 8 pula turun ke studio blok F, jam 9 bincang dengan timbalan, past timbalan pergi meeting kat kampus dan saya sambung buat perbincangan dengan Huda dan rakan-rakan pula untuk projek karoke sempena pemasyuran (permasyuran?). Malam ni dapat 3 offer untuk hantar penyertaan. Satu projek pada bulan 3, dua projek pada bulan Februari. Oh. Itu baru 3. Yang lain banyak lagi. Kemudian bincang dengan salah seorang Emtee Kelab Perniagaan Antarabangsa untuk buat projek usahasama semester hadapan. Yang ini masih bawah perbincangan lagi.

Even jam satu pun sempat lagi ada perbincangan tentang projek J-Robik Ahad ni dengan Kak Akmar dan Nana.

Wow. Sangat padat.


Err..
Saya teringat-ingat akan assignment. Kerana, percayalah. Buat assignment lebih seronok dan simpel.
Dan oh.
Boyfriend saya.
Share:

Monday, January 12, 2009

The Shawl

Today is our last day to do the courses' add and drop. Two weeks. Long enough.

I wear the new shawl i bought at the expo today. Which, make me a bit different. Just imagine this. Each time, I'll realize that people who passed me by will stare at me twice. How unusual. Hehe. See, told you, i am beautiful with shawls and make-ups.

I love the shawl :)

Time kat mall, terserempak dengan Janisah. My old friend kat SEMAI. She's still the same girl I know. And, I think, physically I don't change that much cuz she still can recognize me after 8 years. She's now in second semester, previously took her diploma.

Selepas tu kat dewan ada slot bersama MPP dengan mahasiswa/i DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank. Hangatnye isu-isunye.. Paling hangat, isu bas. Hehe. Selagi ada bas, memang masing-masing akan ada pelbagai komplen. Tak puas hati itu dan ini. Wahai segelintir mahasiswa mahasiswi UUM yang bijaksana lagi outstanding, dari kalian menyalak-nyalak pada MPP dan pihak pentadbir UUM, pernah ke terfikir untuk mencabar pihak UNIC untuk membuat satu slot bersama pelajar, bagi menjawab segala isu?

Kalian persalahkan MPP, tapi sebenarnya kalian yang tidak nampak kerja mereka. Samada MPP ata JPMK, sebarang projek yang dijalankan adalah untuk anda. Dari karnival dan ekxpo tempat kalian bersukaria, majlis-majlis perayaan tempat kalian berhibur.. who had been struggling behind that?

Bukan apa. Agak terkilan dengan sikap segelintir dari mereka ini. Hanya pandai mencari kelemahan dan kekurangan. Itu satu. Satu lagi, malas. Sorry to say.

Haihh.

Since it's been three nights since I don't update, gonna update the 9th jan, 10th Jan, and 11th Jan.. today.

See ya.
Share:

Sunday, January 11, 2009

Updated On 12th Jan 2009

Siang tak buat apa. Kelas je.

Malamnya, meeting dengan pengetua baru - rupanya seorang pensyarah penasihat Ad-Hoc Sabah. Know him since i'm in my second semester.
After that, meeting with the dancers.

Issues, melihatkan tanggungjawap dan tugas lain, sepertinya sudah tiba masa untuk mengurangkan aktiviti tarian. Bagi saja pada orang baru.

Kan?

Share:

Saturday, January 10, 2009

Expo Karniawan

Updated on 12th Jan 2009

The lists

- 10 pagi, group discussion di library. Pinjam buku.
- Prgi ke Expo dengan ahli kumpulan, time dah nak balik, terjumpa dengan Beatrice. Temankan dia pusing-pusing expo lagi. hehe.
- Beli simkad Celcom, sehelai shawl, dan tudung dua helai.
- Malam. Pegi lagi expo. Haih.

Kiranya, hari ni hari untuk expo. Hehehe.

Share:

Friday, January 09, 2009

Sehari Ke Perlis

Updated once again on 25th Jan 2009

Saya dan Lynn


Gua Kelam





Ziela, saya dan Lynn


Bergambar pula dengan pakcik drebar bas




Niza main tolak-tolak pula ye..


Di Tasik Melati


Di Kuala Perlis


Sempat posing waktu lihat matahari terbenam..


Letih giler..


Klik terakhir dengan Ziela. Lepas tu terus tidur dlm bas hingga sampai kolej. Uhh..

Updated on 12th Jan 2009

Went to Perlis for the 'Program Sehari Ke Perlis'.

The 4 destinations - Gua Kelam, Padang Besar, Tasik Melati, and Kuala Perlis.

I'll submit some of the pics later.
Share:

Thursday, January 08, 2009

Peninglah tiap kali nak kena cari tittle.

Bangun pagi dengan rasa yang sedikit moody.

Sedikit kau cakap? Pulisss. Kau marah abg, kau ponteng kelas pagi. Kau makan banyak. Kau duduk bilik terperuk sampai jam 5 baru kuar pergi kuliah, kau cakap kau okay tapi kau menangis teresak macam tu? Seriously, you have issues.

Okay-okay.

Banyak perkara yang tidak teruruskan lagi. Ada yang masih kena hold lagi. Dan ada yang sepatutnya dah buat tapi belum berkesempatan lagi untuk diuruskan. Urgh. Don’t wanna talk about it here. It is plain boring students' issues. Believe me.

Petang tadi telefon mak. Wow. Tiba-tiba saja, airmata laju keluar. Aik. Begitu besar rupanya resah dalam hati ini. Memang menangis sungguh-sungguh.

Kawan-kawan, jangan panik. Saya ini orang biasa-biasa. Bukan besi. Bukan perisai. Bila ada yang mengganggu dan rasa terganggu, begitulah. Saya melaungkan prinsip – be true to your feelings. You have your right on your own feeling. Semua orang ada cara masing-masing kan? Dan saya memilih untuk menangis. Selepas itu, Insyallah, lega. But professionalisme is another thing, mind you. Bukan setiap kali itu mahu ikut hati dan rasa. Kelak binasa.

Saya bersyukur sangat malam ini dua pertiga beban dalam biro dah bukan lagi di tangan saya dah. Dengan kata lain, tugas-tugas sudah diagihkan dan saya dan timbalan juga ada modal untuk dibincangkan waktu meeting dengan pihak atasan nanti.

Alhamdulillah, Nana (One of pengarah projek di bawah biro) datang malam tadi nak teruskan projeknya yang tergendala semester lepas. Niza pun still bersedia jadi pengarah projek untuk dua projek lagi di bawah biro ni. Semester ini dan semester depan. Which, i feel very grateful. Bukan senang nak cari orang yang sanggup pegang title pengarah projek. Tapi baru dua. Ada satu lagi. Atau mungkin dua. Satu, projek pencarian bakat nyanyian. Dua, bengkel tarian. Projek yang belum ada pengarah projek lagi.

Okayh. Esok saya ada vacation ke Perlis. Hopefully sempat balik sebelum jam 9 malam, supaya sempat ke perjumpaan tugasan berkumpulan.

Feeling much more better :)

Later.
Share:

Wednesday, January 07, 2009

Need space 2

Hari ni, meeting blok lagi. Ahh.. letih.

Mesti kau dah bosan dengan cerita-cerita JPMK ni kan. Argh. Otak dah tepu dengan hal-hal JPMK ni. Projek ini, projek itu. Perkara ini, perkara itu. Orang ini, orang itu.

Yang seronoknya, everyday i get socialize with others. Barulah ada life. Ada agenda. I still have time to laugh. Get excited. The ‘looking-forward’ thingy. So, its not that bad. Cuma letih. Yep. Letih. Letih fizikal, masih boleh tahan. Letih minda? Honestly. I’m not the one who can deal with this ‘minda yang letih’. So Nana, GET ENOUGH REST.

Hal Encik Azmi mahu semua budak kaunseling berpindah masuk ke DPP Muamalat.
Hal kem kaunseling.
Hal meeting biro esok.
Hal assignment.
Missing him. He's at Langkawi. Plan yang sepatutnya milik saya, tapi akhirnya tidak jadi juga.

AS WELL AS I’M DYING TO HAVE A PROFESSIONAL BOOK ORGANIZER.

Nana? Please. STOP WRITING. U STILL HAVE TOMORROW.
Ya. Ya.
Okay, now I’m insisting myself to rest.

Full Stop.

Share:

Tuesday, January 06, 2009

Need space.

Dia datang ambil. Seperti yang telah dijanjikan. Dengan Ferrari Merun itu. Hihi. Sebelum ke Jitra, jumpa Timbalan Exco dan minta dia buat tugasan sedikit. Kemudian pergi ke PBS jumpa Baya, hantar penyertaan untuk Bengkel Zapin Jumaat ini. Sayang juga tak pergi sebab Jumaat ini saya pergi Perlis. Tidak apalah. Ada juga ahli kelab penari Kachi Dua, Kumpulan Tarian Audirasa, yang ikut bengkel itu. Jadi bolehlah cedok ilmu sebanyak mungkin.

Sampai Jitra, tengok wayang. Bodies Of Lies. Urghhh. Bosan. Lepas tengok tu baru timbul rasa menyesal sedikit sebab tidak pilih saja cerita Bolt itu. Cuz they're using Miley Cyrus’ voice for one of the character. I love her voice!

Selepas beli barang, lunch di KFC. Kemudian, balik. Singgah Changlun sekejap. Pelik. Mana pergi semua buku organizer?? Cepatnya habis. Siapa tahu kedai mana lagi yang masih jual buku organizer? Sangat-sangat memerlukannya.

Sampai saja bilik, terus terlelap. Bangun jam 9 malam, kemudian bersiap dan telefon kereta teksi sapu datang ambil kerana mahu pergi meeting di pejabat Pusat Budaya dan Seni (PBS). Meeting dalam 30 minit saja. Balik kolej. Alhamdulillah sempat menghadiri perjumpaan blok G, H, dan I. Meeting ni kira penting juga. Dan, iya. Riasti, temen JPMK juga udah pulang dari Indonesia.

Terkejar-kejar. Tidaklah sesibuk MPP or even PM, tetapi bahang itu memang terasa.

Later.

Share:

Monday, January 05, 2009

Ada masa, mata terlupa apa berharga. Betul?

Malas mau ulas panjang-panjang. Ini list.

♥ Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi.. Lalala..

♥ Kelas Kemahiran Menolong, lecturer adalah Cik Sara (Lecturer kelas Prinsip Asas Bimbingan & Kaunseling aku semester lepas)

♥ Tambah point bas dan aktifkan kad matrik di kaunter UNIC.

♥ Balik kolej, hal emergency.

♥ Jam 3.30 petang ke kelas Kemahiran Kaunseling Kelompok (Cik Sara lagi.. Kuat betul magnet antara kami ni. huahua) then straight kelas Kemahiran Kaunseling Individu di kelas yang sama, sampai jam 6.30 petang.

♥ Singgah Mall, beli early-dinner. Char Kuey Teow - Betul ke spelling ni?

♥ Balik makan, buat apa yang patut, Lynn datang bilik ajak jalan-jalan ikut rombongan pusing Perlis Jumaat ni. Aku on je kalau bab makan angin ni. Haha. Then tidur.

♥ Bangun jam 10 mlm, roomate ajak ke bilik JPMK. Actually malam ini perjumpaan dengan budak-budak Kachi Dua Blok A, B dan C. Tujuan untuk memperkenalkan barisan Felo, JPMK baru untuk tahun 2009, dan buat rombakan carta organisasi setiap blok.

♥ Selepas meeting, lepak sekejap di blok dan bilik baru Beatrice semester ni. Semester ni orang pejabat bagi dia bilik seorang je you, tanpa roomate. Suka dia.

♥ Selepas itu, jumpa pula dengan Erna (tahniah kat Erna dapat jadi Ketua Blok B yang baru) untuk bincang sekejap tentang offer dari Jitra untuk pinjam penari-penari Kolej. Latihan leh start next week eyh Erna, tau Erna busy dengan aktiviti Karniawan minggu ini.

♥ Singgah sebentar pula kat Blok G. Oi, Niza dapat jadi Ketua Blok G yang baru. Ingat untuk senyum selalu tau, baru comel. Huhu. Dia juga pemegang jawatan Pengarah Projek untuk salah satu projek di bawah Biro Kesenian dan Kebudayaan (BKK).

♥ Esok tengahari pergi Jitra dengan kawan-kawan.


Nota tambahan :: Rasa macam mahu menari juga waktu majlis kahwin 31hb Januari itu. Err, aku dan tarian memang tidak boleh dipisahkan. Aku sampai ke tahap ini bermula sebagai penari biasa okey. Dulu sempat la satu semester aktif perform atas nama penari Kumpulan Bidasari di Pusat Budaya & Seni UUM. Kemudian Fiza (Exco BKK lama, member aku juga) tarik pula aku dan beberapa orang lagi masuk jadi penari kolej di bawah BKK. Sampai ke tahap ini. But dancing always seems to come first. Kesimpulannya, AKU LEBIH GEDIK DARI KAU.

Semester ini ada harapan untuk menjadi lebih slim dan mengiurkan. Hohoho.

Itu, AZAM KEDUA.

Azam pertama saya di sini.

Pergi dulu. Jumpa esok.

Share:

Sunday, January 04, 2009

Mengintai Dari Jendela

Petang tadi dinner awal dalam jam 6 with Beatrice. Seperti biasa, dia jenis susah sikit nak decide tentang menu yang dia nak hari ini. Memang selalu akan tersama menu makanan dengan aku. Hehe.. but you know Beat, selera I pada makanan adalah unlimited. Haha. Alhamdulillah kenyang.. Barulah semangat sikit nak buat meeting hari ni.

Got two meeting. Jam 9 malam tadi meeting dengan penari-penari DPP SME Bank (formerly known as Kolej Bukit Kachi 2) yang cun dan grrrrrrand-gitu. Menerangkan tentang pembaharuan-pembaharuan dalam Biro Kesenian Dan Kebudayaan DPP – glad to see their excited reaction. Jam 9.30 pula meeting dengan JPMK-JPMK yang lain sentuh tentang pembaharuan dalam sistem pengangkutan di UUM dan projek-projek yang setiap Biro nak jalankan semester ini.

Banyak benda yang jadi hari ni, dari peluang untuk tambah dana Biro (Puan Mala, yes I know I know) cuz dapat offer buat persembahan untuk satu majlis perkahwinan di Jitra, then other planning yang sangat-sangat menarik until i don’t feel like working, but having fun! Really looking forward for all the tasks :)

Okay enough Fina. Don’t start it keyh.

Bersederhanalah.

Ingat Allah. *Quoting Chika* :)

Esok kelas jam 11 pagi. I have to go now dears. No more staying up till Subuh. Doakan saya boleh tidur selewat-lewatnya pukul dua ini. Miss me.

Share:

Asalkan saja hati sudi cuba memahami

Kenyataan : Aku rasa macam mahu marah saja sekarang ni.
Soalan : Kenapa ya.
Kenyataan : Sebab pembawaan kot.
Soalan : Err.. Pembawaan apa pulak nih?

Aik??
Jangan fikir lain.

Haih.
By the way
, kelas pertama aku hari ini sepatutnya bermula jam 11 pagi. Namun disebabkan masa untuk buat penambahan dan pengguguran kursus (course add and drop) masih lagi berjalan hingga 12 Januari ini, aku pun dapat mentol kat atas kepala yang tiba-tiba bernyala. Bersyukurnya aku dapat drop kelas jam 11 pagi tu dan ganti ke jam 2 petang untuk kelas dan hari yang sama. Hehehe..

Malam tadi member aku, Beatrice tumpang bilik sebab petang semalam dia tak sempat ambil kunci kat pejabat sebab baru sampai dari Sarawak. Seronoknya cuti sakan. Aku pula tinggal tunggu je anugerah pelajar terbaik UUM untuk Semester Kedua Sesi 2008/2009 ini sebab balik awal.

Sekarang ni tengah dengar lagu-lagu dari album tradisional Siti Nurhaliza, Lentera Timur, yang baru je release. Urmm.. Lagu Bulan Yang Mesra, Ada Masa Mata, Seloka Budi dan Bintang Malam adalah antara favourite saya :) Nak tahu kenapa? Dengarlah sendiri. Download link for full album at this website : syok.org.

For details, atau mahu dengar lagu secara online, boleh klik di sini. Lagu BULAN YANG MESRA, untuk kalian semua. Oh, ataupun lagu ADA MASA MATA. Untuk semua. Tapi kena pilih. Sorang satu saja, jangan tamak. Orang tamak selalu rugi. Haha.

Waduh-waduh. Bulan?
Tiba-tiba muncul sejenis rasa sentimental yang sangat mendalam.
Sangat dalam.

Share:

Saturday, January 03, 2009

Friday, January 02, 2009

Fall For You

There's a right or wrong to know for everything
And the truth is somewhere written in between
But there's always something missing in the dark
There you'll find the true condition of the heart

Well I can visualize the pieces of a dream
And it's not as far away as it may seem
But if truth be told, It's you that holds the key
To the question that defines my destiny

I've been in love, a time or two
I've seen the world, but not with you
I wanna fly, and spread my wings
Don't wanna cry, I wanna sing
I wanna live, and take a chance
I'm not afraid, to love again
I wanna fall, fall for you
And I want you to fall for me too

Me too, me too
I've had plenty conversations with my heart
Cause I want this thing to work not fall apart
So I ask my heart how it can be so sure
And it answers me because your heart is pure

I have every expectation that it's true
Cause my heart won't lie to me much less to you
But if truth be told its you that holds the key
To the future that becomes our destiny, whoa no, no, no

To the mountain snow that melts into the stream
My heart flows like the river to the sea
To the heavens up above
I pray to God our destiny is love

And I want you to fall for me too
Me too, me too, me too,
fall for me too




Share:

Thursday, January 01, 2009

Mari upgrade blog kita

Photobucket
:: Surat Khabar Sabah Times keluaran 19th Disember 2008 (kalau tidak silap) ::

Azam pertama saya :
Sempena Tahun Baru ini, marilah kita sama-sama menyahut seruan Dr M dalam menghasilkan blog yang memang rupa blog (oh?).
  • ETIKA – ingat RUKUN NEGARA yang ke-5, okay? Jangan cakap kau tak ingat pula =) CONTOH - Jangan copy & paste hasil tulisan orang tanpa izin atau sekurang-kurangnya anda seharusnya memberi kredit dengan menyertakan sekali pautan sumber atau source link pada entri anda tersebut.
  • Minimumkan penggunaan perkataan singkatan yang menyakitkan mata itu.
  • Tatabahasa Inggeris atau Melayu (atau bahasa Dusun?) yang tunggang langgang macam aku tidak mengapalah, yang penting jati diri itu. Haha.
  • Tidak perlulah agaknya yang 100% baku macam skrip berita – membosankanlah.
  • Tulis ayat campuran Melayu dan Inggeris pada saya tidak apa (sometimes we express something better in English), TETAPI campuran dan blender bahasa Inggeris dan Melayu TERLAMPAU dalam setiap satu ayat sewaktu bercakap depan khalayak memang BURUK sama sekali. Teringat waktu meeting tadi. Jengkel ah.
  • Bijak dan adil dalam penulisan.
  • Rancang apa yang ingin kamu tulis sebelum mula mengarang.
Other things that ALSO or MAY ALSO have sense,
  1. Originality
  2. Drafted and edited before publishing
  3. Noktah dan koma lah di tempat yang sepatutnya
  4. Be alert on your spelling
  5. Write on things you know well.
  6. (Pesanan penaja : Saya tidak gemar politik, jadi saya tidak bicara soal politik.)
  7. Don't be a fake.
  8. Penggunaan tanda seru dan noktah atau koma yang berlebihan.
Err.. Sebenarnya ini, saya tulis ikut peraturan saya sendiri.

Well, saya cakap macamlah saya ni bagus sangat. Apa pun, itu pandangan peribadi saya. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Ahaha.

Share: