2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Cikgu
Monday, December 29, 2008 posted at 14:55 ♥

hari pertama masuk sekolah
tak pandai membaca mengira
tetapi cikgu begitu tabah mengajar kami sungguh-sungguh

bermula ABC sampai Z
hitung 1 sampai 10
baru ejaan dan kira-kira
kami belajar dengan lancar

berkat kesabaran guru bijaksana
memberi pelbagai petunjuk
hari demi hari kami pun mengerti
pelajaran nilainya tinggi

kami ingat setiap masa
jasa guru mendidik bangsa
sambutlah ini ucapan kami
terima kasih cikgu


Tajuk : Terima Kasih, Cikgu

Aku tidak tahu tentang sekolah lain, tetapi lagu ini sangat signifikan dengan waktu zaman sekolah rendah saya. Lagu ini mengembalikan kenangan zaman sekolah rendah. I'd never heard this song anywhere except at my old school - Sekolah Kebangsaan Telupid Batu 4.

Malahan aku tidak pernah juga terfikir untuk mencari asal usul lagu ini, sehingga hari ini. Hasil google ke sini, lagu ini dikatakan datang dari Brunei, popular di Sabah dan Sarawak.

Saya menjalani kehidupan sekolah rendah dengan lagu ini. Bayangkan budak-budak tahap satu yang berlari-lari keriangan sambil menyanyikan lagu ni walaupun penghayatan kurang, atau sekumpulan koir kanak-kanak sekolah rendah menyanyikan lagu ini sedang berdiri di atas pentas dewan sekolah sempena Majlis Hari Guru atau mungkin juga sempena Majlis Penyampaian Hadiah pada setiap akhir tahun. Sweet memory.

Sekolah Kebangsaan Telupid Batu 4.
Sekolah itu dinamakan begitu kerana lokasinya di Kampung Batu 4 berdekatan dengan Pekan Telupid di mana tempat aku tinggal dengan keluarga. Ayah aku guru besar Sekolah Kebangsaan Telupid Batu 4 waktu itu. Aku ingat lagi pada tahun 1991, aku menjejakkan kaki ke tahun satu pada usia 5 tahun. Sungguhpun masih muda, aku mudah sahaja merebut ranking nombor satu. Latar belakang aku dari keluarga yang amat mementingkan pendidikan mungkin menjadi faktornya. Ayah aku sendiri kini masih lagi bekerja dalam sektor pendidikan dan mama juga waktu itu merupakan seorang guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid (sekarang businesswoman).

Darjah 1 (1991 & 1992) di SK Batu 4 dua kali masuk darjah satu sebab lompat sekolah tadika. Aku kat sekolah tadika waktu tu cengeng habis asyik menangis sebab tak suka main dengan budak-budak lain T___T Sejak kecil lagi dah nampak perangai bila dah besar. Tak suka nak bersosial sangat what to do. Adik-adik jangan ikut watak ini sebab tak baik untuk perkembangan hidup. Cehh.. cakap soal berkembangan hidup dengan budak-budak macamlah diorang faham.. err.. macamlah diorang baca blog ini T___T
Darjah 2 (1993) di SK Batu 4
Darjah 3 (1994) semester pertama di SK Batu 4 dan semester kedua di SK Pekan Telupid
Darjah 4 (1995 dan 1996) SK Pekan Telupid dua kali masuk darjah 4 sebab umur muda (- -')
Darjah 5 (1997) SK batu 4
Darjah 6 (1998) SK Batu 4

Dalam tiga tahun setengah aku di SK Pekan Telupid di bawah jagaan mama. Waktu itu, bestfriend merangkap jiran aku, Ziela, sekolah kat situ. Dan waktu itu juga aku kenal dengan seorang budak perempuan yang cukup popular, Amoy, dan sekarang jadi antara kawan rapat aku. Dan awal tahun 1997, balik semula ke SK Batu 4 (waktu itu aku memang cukup excited dapat bersekolah kembali di SK Batu 4) di bawah jagaan ayah pula supaya ayah senang nak perhatikan perkembangan pelajaran aku di sekolah, since 1998 tu aku akan menduduki UPSR.

Cerita zaman persekolahan sekolah rendah memang terlalu banyak untuk dirungkai. Manisnya tidak terkira. Tidak mungkin untuk aku ulangi semua itu, but I'm hoping that my future children will have such an amazing life as I ever had as a primary school student.

Walaupun sudah lost contact dengan kebanyakkan kawan-kawan sekolah rendah, but I believe that we still share this kind of special bond in our memories.

Tiada gambar dalam simpanan aku sekarang, tapi sewaktu kali terakhir meninggalkan sekolah itu (1998), seingat aku, SK Batu 4 Telupid punya 3 bangunan panjang yang digunakan sebagai bilik guru, 6 bilik darjah utk tahun 1-6, 1 bilik muzik, 1 perpustakaan, 1 bilik stor. Selain itu, tandas, 1 surau, 1 bangunan kantin, dan 4 buah rumah guru. Segalanya serba sederhana. Itupun selepas beberapa perubahan dan pembangunan dibuat berbanding waktu 1992. Ohya. Dan satu padang sekolah yang cukup besar. Hehe. Sekolah itu didirikan atas tanah merah. Masih jelas dalam ingatan sebab kerja suka round sekolah. Dapur kantin yang student tak boleh masuk pun, aku dan geng senang-senang je dapat masuk sebab baik dengan makcik yang jaga kantin tu. Masuk sebab tolong makcik tu jual nasi dan kami dapat nasi tambahan free tiap kali rehat! Haha. Perpustakaan adalah tempat favourite saya kalau masa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sebab saya tak suka bersukan dulu. I hate sweating during school. Boleh tu duduk seorang jaga kaunter perpustakaan, well, because I was a librarian. Pengawas Perpustakaan hehehe sampai sekarang agak musykil why saya jadi librarian waktu tu. Adakah sebab kekerapan berada di dalam library? Ekekek.

Di padang sekolah tu pun banyak juga kenangan manisnya. Dekat padang tu selalu ada puting beliung. Kadang-kadang sekecil lengan saja. Kadang-kadang besar macam orang. Habis semua daun-daun kering disapunya. Kadang-kadang kagum je tengok dan tertanya-tanya bagaimana ia boleh terjadi. Kecil-kecil dulu memang bersifat comel sebab kagum kat semua benda. Haha. Dari rasa ingin tahu itulah saya belajar bahawa puting beliung itu adalah disebabkan pertembungan dua angin yang datang dari arah bertentangan.

And the teachers yang waktu itu selalu bawa rotan ke hulu ke hilir sampai murid-murid bukan tengok muka cikgu dulu, tapi tengok rotan, pastu bertempiaran lari.

Antaranya :

♥ Cikgu Jamal. Cikgu matematik sekolah rendah bermisai lebat yang kawan-kawan selalu kenenkan aku ni murid kesayangan sebab top-scorer untuk subject beliau. Lagipun Cikgu Jamal memang selalu beri perhatian pada saya samada waktu kelas atau di luar. Hehe. Antara cikgu paling saya sayang waktu sekolah rendah dulu.
♥ Cikgu Mahani. Isteri Cikgu Jamal. Cikgu Mahani Mohd Aslie. Nama bapa beliau sebijik nama ayah saya. Sampai ayah sendiri usik-usik saya adik beradik dengan cikgu Mahani yang chinese-look itu. Muka pun agaknya lebih kurang. Ehehe. Waktu sekolah rendah ramai juga yang takut dengan beliau, sebab suara beliau yang lantang. Cikgu Bahasa Inggeris pulak tu. Memang student takut. But not me, cuz I love English classes. Hehe.
Pastu yang ganti mengajar subject Bahasa Inggeris (kalau tidak silap time tu cikgu Mahani amik cuti bersalin kot..) , Cikgu Raymond. Kitorang panggil Sir. Jambu muka cikgu ni, macho lagi. Putih. Satu je, garang sikit. Waduh, apesal cikgu-cikgu Bahasa Inggeris garang eyh? Waktu aku sekolah menengah pun macam tu. Nasib baik kelas bahasa Inggeris adalah antara kelas yang aku suka. I don't feel too much pressure during my english classes berbanding rakan2-rakan lain yang rata-rata kurang minat belajar (baca: tak pandai) bahasa inggeris.
♥ Ustaz Hamdan. Berasal dari Kedah. Ustaz ni suka cakap ikut apa yang beliau nak cakap, suka bercerita tentang kisah-kisah waktu dia kecil yang semuanya lawak sangat-sangat sampai dengar 10 kali pun tak bosan. Paling hafal kisah beliau ponteng puasa sampai lari sembunyi masuk bendang lepas tu satu kampung cari termasuk abah beliau. Sebab tak terhitung berapa kali cerita tu rewind dan rewind dan rewind lagi. Hehe. Tak kering gusi duduk kat kelas beliau. Kelas Agama Islam kitorang kat surau sekolah. Tiap kali masuk kelas tu, kena lalu satu kawasan kecil yang selalu ditumbuhi lalang. Jadi rutin aku tiap kali baru sampai surau, aku akan duduk bersimpuh kat barisan paling depan dan sambil-sambil telinga dengar celoteh Ustaz Hamdan, aku tarik skirt sekolah aku dan cabut benih rumput tu satu-satu. Pernah sekali waktu kelas Ustaz cakap, 'Selepas ni bolehlah kite adakan pertandingan buang rumput dari sarung sekolah', sambil ekor matanya tajam pandang aku. Aku tarik tangan ke belakang dan buat muka tak bersalah. Kawan-kawan ada yang tergelak. Aku pun tunduk je laaa.. takut nak melawan. Tapi sepanjang kelas hari tu aku geram sangat sebab tak tahan melihat rumput-rumput yang masih melekat kat sarung sekolah. Seksa tak seksa.
♥ Cikgu Suhailin dan Cikgu Jimaya. Ehehe.. Cikgu-cikgu jangan sangka saya dah lupa pada cikgu tau. Waktu aku masih di bawah tunjuk ajar cikgu-cikgu ni (darjah 6), beliau berdua masih belum berkahwin. Kata orang Dusun, masih sumandak lagi. Cikgu Jimaya ajar subject Bahasa Melayu. Cikgu Suhailin pula ajar subject sains. Untuk kelas sains, Cikgu Suhailin adalah guru yang kreatif. Selalu bawa macam-macam ke kelas. Pernah ajar kitorang recycle surat khabar jadi kertas tebal. Hasil teksturnya macam kotak telur yang kaler kelabu tu. Dan disebabkan sekolah aku tu sekolah dikelilingi tumbuh-tumbuhan dan kawasan hutan (sekolah yang dibina di tanah kampung ROCKS!), Cikgu Suhailin akan bawa kami jalan-jalan kenal pasti jenis-jenis tumbuhan.

Antara cikgu yang banyak memberi pengaruh pada saya juga adalah ayah saya sendiri, of course.


Tidak lupa juga kepada cikgu tusyen saya waktu saya di sekolah menengah :) ...
♥ Cikgu Clara, cikgu matematik tuition class. time kelas ni aku kenal dengan anak pengetua sekolah (time tu form 3) dan selepas acara usha mengusha, akhirnya kitorang kapel dan melalui bermacam2 dugaan dan masuk tahun ke-6 (lama wo..), akhirnya hubungan yg byk pasang surut tu berakhir seminggu selepas raya aidilfitri 2006.. (pada sapa yg ikut blog ni dari awal msti tau la sikit2 tentang hubungan aku dgn mamat tu). eh citer pasal hubungan lak.. balik pada cikgu Clara. tak byk sbb dia sndiri kurang merapatkan diri dgn pelajar dia, cuma sgt terhutang budi kat dia sebab atas tunjuk ajar yg sgt berdedikasi dr dia, akhirnya aku dpt B dlm subject Maths time PMR. eh dpt B je? syukurla. aku ni pun bknnya pintar sgt. hehe.

Apapun, TERIMA KASIH CIKGU!

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish