2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




ADAT PERPATIH DAN ADAT TEMENGGUNG DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU
Tuesday, September 23, 2008 posted at 22:33 ♥

Sehingga kini, keseluruhan orang-orang Melayu di Semenanjung dibahagikan kepada dua pengikut-pengikut adat: orang-orang Melayu di Negeri Sembilan dikategorikan sebagai pengikut-pengikut Adat Perpatih, dan orang-orang Melayu di negeri-negeri lain dikategorikan sebagai pengikut-pengikut Adat Temenggung.

Istilah ‘Adat Temenggung’ digunakan oleh pengkaji-pengkaji barat sebagai adat masyarakat Melayu yang pangkalnya bertitik tolak dari tanah Minangkabau. Sekiranya dianalisis secara terperinci dan dihujahkan secara kritis, kita akan mendapati bahawa penggunaan istilah ‘Adat Temenggung’ sebagai mana yang digunakan selama ini adalah tidak tepat. Penggunaan istilah ‘Adat Temenggung’ bagi merujuk kepada adat-adat yang diamalkan di Tanah Melayu adalah berpunca dari kesilapan pengkaji-pengkaji barat tentang undang-undang adat orang Melayu.

Di Minangkabau, sebenarnya tidak terdapat penggunaan istilah ‘Adat Perpatih’ dan ‘Adat Temenggung’. Yang ada hanyalah Baca Selanjutnya … keselarasan Bodi Caniago yang mengikut dasar-dasar kepimpinan Datuk Perpatih dan keselarasan Koto Piliang yang mengikut dasar-dasar kepimpinan Datuk Temenggung. Apa yang perlu kita tahu ialah, yang membezakan kedua-kedua ini adalah bentuk kepimpinan dan bukan berkait dengan sIstem kekerabatan kerana orang-orang Minangkabau yang mengikut sistem kepimpinan Datuk Temenggung juga mengamalkan sistem kekerabatan berbentuk matrilineal. Tidak ada perbezaan sistem kekerabatan di antara keselarasan Bodi Caniago dan Koto Piliang.

Kemunculan istilah-istilah ‘Adat Perpatih’ dan ‘Adat Temenggung’ adalah hanyalah hal-hal yang berlaku di Semenanjung. ‘Adat Perpatih’ wujud di Negeri Sembilan adalah hasil kesinambungan sistem beraja Datuk Perpatih) di Minangkabau, yang kemungkinan dibawa oleh orang-orang dari Tanah Minangkabau yang datang merantau ke Negeri Sembilan. Terdapat beberapa gambaran bahawa sama ada secara langsung atau tidak langsung, adat yang diamalkan di Negeri Sembilan itu mempunyai pertalian dengan keselarasan Bodi caniago yang diasaskan oleh Datuk Perpatih. Amat besar kemungkinan suku-suku terawal yang datang ke Negeri Sembilan adalah berasal daripada nagari-nagari (perkampungan) yang mengamalkan keselarasan Bodi Caniago. Inilah situasi yang menyebabkan timbulnya istilah ‘Adat Perpatih’ di Negeri Sembilan.

Dari penyelidikan yang dijalankan, dapat dilihat bahawa orang-orang Melayu tidak wajar dikategorikan sebagai pengikut-pengikut ‘Adat Temenggung’. Dengan perkataan lain, walaupun sistem kepimpinan masyarakat Melayu (kecuali Negeri Sembilan) mengamalkan sistem kepimpinan yang hampir sama dengan ‘Adat Temenggung’, namun orang-orang Melayu bukanlah berpegang kepada adat yang dinamakan sebagai ‘Adat Temenggung’. Kewujudan istilah ‘Adat Temenggung’ yang kononnya merujuk kepada adat-adat masyarakat Melayu adalah disebabkan oleh faktor utama yang berikut - terdapatnya penggunaan istilah ‘Adat Perpatih’ sebagai kesinambungan adat dari Minangkabau ke Negeri Sembilan

Wujudnya istilah ‘Adat Temenggung’ adalah berkait dengan munculnya istilah ‘Adat perpatih’ di Negeri Sembilan dan terdapatnya persepsi yang meletakkan orang-orang Negeri Sembilan dan orang-orang Melayu di negeri-negeri lain di Semenanjung sebagai suatu keseluruhan orang-orang Melayu yang sama sejarahnya. Melalui persepsi ini, mereka melihat bahawa di Semenanjung, terdapat dua kelompok orang-orang Melayu. Ada yang mengamalkan sistem kekerabatan berbentuk matrilineal dan ada yang mengamalkan sistem kekerabatan berbentuk bilateral. Oleh kerana telah wujud istilah ‘Adat Perpatih’ sebagai nama kepada adat yang diamalkan di Negeri Sembilan dan sarjana-sarjana yang mengkaji tentang adat-adat ini tidak mendalami sejarah kepimpinan dan sejarah sistem kekerabatan orang-orang Melayu, maka orang-orang Melayu di negeri-negeri lain di Semenanjung dikaitkan pula dengan suatu bentuk adat yang dinamakan ‘Adat Temenggung’.

Ringkasan :


Situasi Di Minangkabau

Tidak terdapat penggunaan istilah Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Yang ada hanyalah laras Koto Piliang (Kepimpinan Datuk Temenggung) dan laras Bodi Caniago (Kepimpinan Datuk Perpatih).
Sistem kekerabatan Datuk Perpatih dan Datung Temenggung adalah berbentuk matrilineal.

Situasi Di Negeri Sembilan

Sistem kekerabatan berbentuk matrilineal termasuk sistem sosial masyarakat di Negeri Sembilan disebut sebagai ‘Adat perpatih’.

Ketidakwajaran

Adat orang-orang Melayu dalam negeri-negeri lain di Semenanjung tidak wajar dinamakan ‘Adat Temenggung’ kerana sistem kekerabatan masyarakat mereka berbentuk bilateral dan mereka tidak ada kena mengena dengan Datuk Temenggung di Minangkabau.





Labels:


4 Comments:

Anonymous amirwashere said...

salam..ouh nape banyk posting psl adat?
anwy thanx 4 the information

23 September, 2008 23:06  
Anonymous FiNa SoPHie said...

amir.
assignment.. *biggrin*

07 October, 2008 15:52  
Anonymous NA_SR said...

salam perkenalan.

boleh bertukar link blog?

13 November, 2008 17:28  
Anonymous Fina said...

NA_SR,

boleh dipersilakan =)

02 June, 2009 21:00  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish