Pages

QUOTE

Thursday, May 29, 2008

when they burn a photo that mean deeply to themselves, they actually engraves the memory forever in their heart..

S U R V E Y

Monday, May 26, 2008

Name 12 people that you could think of right now.

i'm listing up those i remembered today :)

.1- Membe2 kat UUM
.2- Ziela
.3- Amoy
.4- Pipie.. (huh..)
.5- Ayah
.6- Abg
.7- Fuad
.8- Izzam
.9- Asrol (i sent him belated birthday wish)
.10- Aspariah (late birthday wish)
.11- Jasminah (late birthday wish too)
.12- Kili
.
1 Are you into number 10?
~ i like that sweet girl. panggil die AS. ex-schoomate time sklh mngah dulu dan ada yang usik die dgn panggilan Asparagus or Aspariah Rai (dr name aishwarya rai) and now bie terdengar lagu Aspalela tu pun teringat kat die. amat sesuai nynyi lagu hindi, cuz sore die yg kecik tp amat sedap di dengar. aku ske dgr die membebel, n slalu suh die nynyi lgu hindi. haha. skrg ni jrg dah le contact..
.
2 Do you hate number 9?
~ Asrol? he's a gud n very2 a sweeeeeeet guy. working at kuching as a policeman. he appreciate friendships a lot, n there's so many times he told me how he missed the gud old days back to our zaman sekolah mngah. hehe. i dont hv reason for hating him ..

3 When was the last time you chat with number 11?
~ one of the nicest friend. spent 4 years studying in the same class. last talk with her, a year ago i guess.. miss her.. :(
.
4 Do you hate number 2?
~ how come i hate her. my beshpren lor :)

5 Is number 8 your bf/gf?
~ i juz know him a month ago. he's 22, asal penang, blm prnah bercinta and really passionate in everything about car. pertama kali nmpak budak ni, mmg lama juga mata lekat kat muke die. really gud looking, kerjaya da ade, senyuman manis yang bisa wat pompuan cair, mata redup.. jd mcm tak caye die ni tak pernah kapel. die leh je gune kelebihan die tu utk carik ramai awek tp byk2 awek dlm dunia ni, kereta juga yang die paling minat. dan sdikit manja orgnya. hehe.. okay we're juz fren. izam, if u reading this, hope u find one soon, smpai bile nak berbini ngan keter. hakhak~
.
6 How is number 1 related to you?
~ Member2 kat UUM. Chu, Niza, n Fiza. gud luck for ur intersession guys! :)
.
7 Have you ever kissed number 4?
~ Nope.
.
8 What was the last thing that number 3 said to you?
~ i dun remember.. but the last thing she told me about after her marriage was that she's pregnant, due by end of this year! cant wait!
.
9 Are you in love with number 7?
~ Fuad? ermm.. nope for now. but i like him. gud friend from kulim.
.
10 Are number 2 and 4 currently together?
~ my bestfriend and my ex? they dun really get along with each other. hehe
.
11 Did you talk to number 6 today?
~ talk to him everyday, hehe.
.
12 Have you ever lied to number 5?
~ isn't it is too gud to b true if i say 'never'?
.
13 When was the last time you went out with number 12?
~ when we having our sem break togthr.

14 What is number 7 favourite colour?
~ urm? i'd never asked him i guess.. :p
.
15 What is the thing you like the most about number 1?
~ their friendship.. the trials n triangals.. hehe

16 How did you meet number 10?
~ studied at the same school.. become closer when i move in to hostel :)
.
17 What's so special about number 6?
~ his smile, the way he handle me during my worse, pendengar yg baik, never care about my past dan sntiasa bleh duduk berbincang :)
.
18 Do you think number 11 is beautiful?
~ ya ya~ i do! :)
.
19 Where is number 9?
~ Kuching sarawak.
.
20 When is the last time you see number 2?
~ oh my.. almost two years..

SISTERS

AKADEMI FANTASIA 6

Saturday, May 24, 2008

Nubhan - Aku Untuk Mu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita


I love this song. i love it since the first time i hear it sang by Nubhan on the last AF6's concert - i dun really watch the diaries.

Nubhan - i saw his effort through this song. the 'angsa' doesn't really come out this time. and yah. he got the voice. gemersik gitu. hehe. there's some thing. some mimik muka of him reminds me of my childhood boyfriend, Razif. oh.. where are u now Razif?

and congratulation to Miss Alamak Terlebih Sudah for winning. setelah 4 musim berturut2 Sabahan hanya mampu berpuas hati dengan gelaran naib johan. now? stacy, u go girl!!

THE LUNCH

Friday, May 23, 2008

aku di meja makan. pipie juga. lunch. usai makan, aku melihat pipie.

"Pipie.. mkn pelan2", pesanku bila melihat anak itu makan agak rakus.

aku mencapai gelas dan minum. mata masih tertancap pada anak itu. masih lagi seperti tadi. berpura tidak mendengar. aku yang sudah biasa dengan keadaan itu cuba lebih bertegas.

"makan pelan-pelan pie." mata dibulatkan sedikit merenung gerak geri pipie. sebenarnya lucu juga dengan reaksi anak itu selepas itu.

dia buat muka mr Bean ke arahku, muka curious. aku tidak bereaksi melihat anak itu begitu - sebab da biasa sangat. kemudian dia menyuap nasi ke mulut dengan gerakan yang slow motion. amat slow. rasanya semut berjalan lagi laju. kunyahan di mulutnya jgn cakapla. agaknya kalau dibiarkan 5 minit pun belum lagi ditelannya. agaknya dah berkuah di dalam.

"kenapa lambat betul tu?"

"ckp tadi pelan2."

aku senyum. geram sdkt. loyar buruk budak ni..

aku kemudiannya perasan pipie masih lagi menggunakan tgn kiri ketika menyuap mknan. lalu berpesanlah lagi seorang kakak..

"makan guna tangan kanan bah pie..."

and after giving me that mr Beans strange look.. again, die masukkan tgn kanan dan kirinye ke dalam baju tshirtnya. menyilangkan kedua-dua tangannya d dalam, dan tangan kirinya keluar dari celah bahu tshirt sebelah kanan. kemudian sambung makan tanpa rasa bersalah.

aku terbahak seorang sedang pipie masih begitu. bingkas ke ruang tamu pening bercampur lucu dan sedikit geram memikirkan telatah budak2 zaman sekarang.

AKULAH KEKASIHMU

Thursday, May 22, 2008

::: WAHAI HATI..
AKU TAK BISA MENYENTUH CINTANYA.. :::


ketika simfoni merah menerjah tiba

tibalah saat malam merampas senja

dan kerinduan mula merantai masa

lantas ku jejaki dirimu

mengejar bayang-bayang hitam milikmu

tapi aku terkedu

hatimu bagai terkunci untukku

lalu ku cuba menggapai realiti

yang melayar pergi

namun aku tak peduli

biar pun kesamaran yang ku perolehi

tapi ku tabahkan hati

kerana kaulah kekasih hati

sajak ini bukan ciptaan aku, tapi bait kata dalam sajak ini masih amat segar di ingatan. aku cukup hafal sajak ni. sajak yang aku dapat dari novel AKULAH KEKASIHMU. Maaf, kurang ingat siapa penulisnya kerana dah 7 tahun aku kembalikan novel itu pada si pemiliknya tapi yang aku ingat novel ni diterbitkan oleh RHYTHM. ada beberapa sajak lagi dalam novel itu, pernah sempat menyalinnya ke kertas lain yang kemudiannya aku simpan. jika aku berhasil menemukan kertas itu semula, nti aku post.

Sajak ini tidak menggambarkan apa2 tentang sy waktu ini yaaa.. :)

right now, dr satu sisi lain, if my mood is a kind of weather, It would be a gloomy rainstorm. i'm a bit depressed and really needing someone to cheers me up.

CUTI SEMESTER

Tuesday, May 20, 2008

Tapi Bukan Aku - KerisPatih

jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima

aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati

reff:
berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya

semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku

Hari ni aku bangun awal lagi. seperti hari2 lepas bermula minggu sudah. bukan seperti rutin harianku d UUM. matahari sudah hampir meninggi atas kepala baru terpisat2 bangun mencapai tuala. Lunch dijadikan sebagai sarapan. lebih2 lagi saat cuaca mendung. sampai ke jam 6 petang pun masih dirasakan awal pagi.
biasanya berbaring2 lagi menghabiskan bacaan novel UNGU KARMILA. waktu mlm sblm tidur, dan pagi selepas bangun. novel itu saban waktu menjadi penunggu katilku. oh.. novel karya Ramlee Awang Murshid semakin lama semakin overdose kurasakan. kadang-kadang ku rasakan ia mempengaruhi psikologi dalaman ini. walau apapun, satu novel yang ku tunggu2 selepas ini.. Hijab Sang Pencinta. seperti yang pernah aku beritahu sedikit waktu dahulu. kesinambungan bagi novel Bagaikan Puteri dan novel Cinta Sang Ratu. lebih tepat, disebut trilogi untuk novel Bagaikan Puteri.

pagi tadi tidak seperti biasa. pembacaanku baru sampai setengah muka surat. faham2 saja la.. novel tebal kemain. jika dulu, aku bisa sahaja menghabiskan sebuah novel itu seharian. atau dua hari. tapi kini, keghairahan itu telah kurang.

setelah mandi dan jenguk kucing d belakang rumah, aku kembali ke bilik. online sekitar jam 9.30 pagi hingga jam 11. take time berbual dengan Hyuuga kat YM (die ngadu putus cinta). ni le kawan yang baik, saat ada masalah tidak lupa pada rakan2. hehehe. sambil2 itu lagu yang menjadi halwa telinga ini.. Tapi Bukan Aku by KerisPatih, dan Salah by Lobow. keduanya diperkenalkan oleh orang yang sama. lagu Tapi Bukan Aku dinyanyikan oleh Nubhan pada konsert AF6 yang baru lalu. arhh.. aku tensen Stanly disingkirkan. i love his second last concert when he sang Naluri Lelaki. i was like ..'wow!' haha. ya~ his own choice rite? no wonder la he sang that song really well. pada Hyuuga, lagu Tapi Bukan Aku tu i dedicate kat u bagi pihak ur ex eyh.. hakhak.. sje usik. jgn mare.. insya ALLAH die milik anda jika memang ditakdirkan utk anda key? byk sabar.. :) LOVE IS NOT ALL ABOUT WINNING.

aku siap menyelesaikan kerja di dapur sekitar 12.15 tengahari. tanpa langsung makan tengahari, aku kembali ke bilik. utk info, aku pindah ke bilik sebelah. restrukturing bilik tu mmg memenatkan. kalo Dana ada sekali leh la minta dia tolong. barang2 die pun kemain lagi banyak. err.. of cos la bawa budak tu sekali pindah bilik. tema bilik aku, Pink! haha.. since when la aku ske kaler pink nih..

sambil2 tu mesej ngan abg, berborak biasa sahaja. semalam ada slh fhm kecil, hari ni pula buat mcm takde ape.. masing2 sefahaman nak cool down dulu agaknya, sbb tu tak sentuh lagi hal tu smpai skrg. biasalah, normallah. lautan mana tak berombak. ombak itu yang memberi kehidupan pada lautan. dan, muka mana yang tak berjerawat.. betul tak? haha.

aku teringat janji kami.. ada apa2, bw bincang. agaknya adakah SEMUA perkara perlu diperbincangkan dan dipanjangkan? sekadar bertanya cuma.

tepat jam 2, aku turun. dengar la suara budak2 yang dtg latihan tu.. aku senang. they always come on time. really punctual kids. 6 orang semuanya. Boton, Ana, Nadirah, Baby, Teni, Afaf. keletah keanakan mereka selalu mencuit hatiku. kadang2 aku terpaksa menyembunyikan tawa dlm hati, mengalihkan perhatian mereka utk segera berlatih. aku sebenarnya banyak memberi suasana santai pada mereka, sbb itu mereka tidak segan silu bercerita pelbagai perkara. dalam jam 4, trening selesai. utk hari ini.

my cousin, Mimie datang waktu aku train budak2 tu. dalam jam 3 rasanya. selepas hbs trening, aku take lunch, then menyusul Mimie kat atas. die online. gile download daa.. sambil2 borak2 la.. bez la die. da hbs pengajian. da nak praktikal.

hati galau.

hari ni aku asyik resah.. rasa mcm nak demam ni. penat sgt kot. badan or hati yang penat?

dah jam 11 mlm. erm. later..

P/S Cek tiket flight MAS balik ke kedah.. utk tarikh 4hb Julai 2008. harga keseluruhan telah turun sedikit berbanding 1-2 minggu lepas. dari RM545 ke RM502. ciput jek perbezaan.. Kota Kinabalu - Kuala Lumpur RM199. dulu RM300+. KL ke Alor Setar dulu RM0. juz bayar tax je.. so total RM75. sekarang ni? da naik g RM89 so total RM175. jadi kite kena fhm knpe org yg study luar ngra kdg2 dari mula sampai la pas habis pengajian baru balik kampung halaman. hehe..

SALAH

Monday, May 19, 2008


SALAH oleh LOBOW

sepanjang perjalanan cintamu
kau bilang aku yang paling tangguh
tapi mengapa kau tinggalkan aku
dengan alasan yang tak jelas

ref:
apa aku pernah mengeluh
apa aku pernah berlari
saat kau ada masalah
apa aku pernah mendua
apa aku tak mengimbangimu
sayang kau menilaiku salah

sepanjang perjalanan cintamu
kau puji setiap waktu
tapi kenyataannya berlawanan
kutak pernah ada baiknya

back to ref:

salah…
salah…
salah…

back to ref: [2x]

sayang kau menilaiku salah

salah…



someone ask me to hear this song. well, lagu ini mmg sedap didengar..

jujur, aku ada terkedu seketika bila sampai lirik "sayang, kau menilaiku salah". satu soalan terbetik di kalbu, pernahkah aku menyedari yang mungkin aku pernah tersilap menilai seseorang? lebih teruk lagi bila kita takkan pernah sedar? did i? ohh.. i guess i've done it..

bagaimana pula jika ketulusan kita diragui orang tersayang.. isn't it hurts?

when someone didn't love you the way you want them to,
doesn't mean they didn't love you with all they have..


a bit more wiser huh?

KOTAK KHAZANAH

Saturday, May 17, 2008

TAK HENGAT LA TIME NI UMUR BRAPE.. TP BELOW 7 KOT..




SISI DEPAN DAN SISI BELAKANG. PETIKAN LAGU SITI NURHALIZA 'NIRMALA', DAN BUNGA TU BUNGA HIDUP YANG TERAWET. ORANG BAGI. THANX SO MUCH! DAH 3 TAHUN PENANDA BUKU NI AKU BUAT..


'KEINDAHAN PELANGI ADALAH..~' LALALA~



HADIAH VALENTINE 2002. GELANG BERWARNA HIJAU KEETNIKAN YANG DIPERBUAT DARI BENANG TEBAL DAN KASAR.. HANYA SEKALI PAKAI, PASTU SIMPAN SAHAJA DALAM BEKAS.. SAMPAI BILA SIMPAN, AKU TIDAK PASTI.. :)


LOKET BIASA, KHAS UNTUK MEMUATKAN DUA FOTO KECIL. BELI WAKTU AWAL FORM 5. TAHUN 2003. MY FRIEND, AMOY, GOT THE SAME LOCKET :)


CINCIN PEMBERIAN RAKAN BAIKKU, ZIELA. SAAT DETIK PERPISAHAN MENGHAMPIRI.. WAKTU FORM UPPER 6, AKHIR 2005.


Akhirnya sampai juga anginku menyelongkar kotak2 yang penuh kenangan manis, masam, manis dan pahit. Semestinya yang paling manis antara yang termanis.. saat ini, adik aku kat bilik sebelah sedang menjalankan latihan vokalnye dengan menyanyikan lagu pencinta wanita, harap maklum. Hehe..

Kotak pertama.

Di dalamnya terdapat pelbagai bentuk kotak2 kecil yang comel. Salah satu kegemaranku dulu hingga kini – membuat koleksi kotak2 yang dirasakan comel. Cuma bezanya sekarang ini, tidaklah serancak dahulu. Ada dua kotak Cadbury dan satu tin Vochelle sederhana besar, coklat kegemaranku.

Terdapat juga kotak2 jewelry, di situlah tempat aku menyimpan loket dan beberapa cincin pemberian org. cincin persahabatan yaa..

Dalam kotak tu juga aku menemukan set geometri, kalkulator, dan piala anugerahku waktu aku d sekolah menengah, frame gambar ex, penanda buku buatan sendiri, beg kamera, frame2 kosong, buku panduan mencetak baju-T sekali ngan kayu blok pencetak (pernah ikut kursus ni waktu tahun 2004), dan.. termasuklah gelang hijau pemberian Pp. Masih tersimpan kemas dalam bekasnya hingga kini. Sempena Valentine. 2002. Sebenarnya ia hasil kerja tangan kakaknya, Yaya. Thanx so much Yaya.

Pada kotak kedua pula..

Byk terdapat foto2 dan catatan2 dalam bentuk diari. Aku. Seorang manusia yang penuh dengan rahsia hati. Kotak ini terdapat banyak lembaran2 cerita.. hakikatnya aku seorang yang suka bercerita. Kalau bukan pada orang lain, aku tetap selesa bercerita pada diri sendiri. Melaluinya aku tahu susun atur dan posisi hidup aku. Aku tahu emosi ku ke arah yang mana. Aku jelas dengan setiap inci perasaanku. Aku banyak belajar, banyak memaafkan, dan tahu melampiaskan kemarahan ke arah yang tidak membahayakan dan penuh berhikmah. Aku jadi pasti apa yang aku mahukan dalam hidup ini. Dan paling penting, inilah catatan kenangan. Catatan merapu-rapu yang ikhlas, keanak-anakkan namun kadangkala berbicara bagai sudah cukup matang, penuh dengan kata perangsang pada diri sendiri, penuh dengan air mata dan ketawa, kekeliruan, dengan tanda tanya dan bermacam2 corak catatan lagi yang kini semakin dapat aku telusi dan halusi – mengapa dan bagaimana semua itu berlaku. Apa pun ia, ia sesuatu yang bertemakan nostalgia.

Melaluinya, aku sedar banyak mana aku telah berubah. Berapa banyak pandanganku yang telah berubah sisi. Boleh jadi telah bertentangan dengan yang asal dek perubahan2 yang aku lalui dan lihat sepanjang beberapa tahun selepas itu. Membaca kembali coretan2ku pada diari sewaktu aku awal usia belasan tahun seringkali membuat aku tersenyum sendiri. Ah.. Sedikit terkilan kerana ada banyak lagi catatan2ku yang aku telah bakar dan buang. Lantaran rajuk, kecewa dan sedih. Sayangnya kan? Aku pernah jadi insan yang penyedih di sudut yang org tidak nampak kecuali di mata teman baikku.

But it is not all about me. Kerana dalam catatan2 itu juga, aku tidak pernah lepas dari membicarakan tentang kehidupanku waktu itu. Tentang orang2 sekeliling yang ada d sisi aku waktu itu. Teman2 yang sama2 menempuhi alam persekolahan. Selagi mereka pernah hadir dan pernah mewarnai hari-hari ku – the good old days :) – selagi itu pasti ada terukir walau sekali nama mereka dalam lipatan sejarah peribadi ini..

Sampai ini dulu. Nanti aku sambung lagi, jika diizinkan Tuhan dan masih punya ruang waktu. Sekarang ini ada kerja perlu dibereskan. Maklumlah.. satu2nya anak dara di rumah ini.

P/S kalian juga pewarna kanvas hidup ini :)

ADA SESUATU DI ANTARA KITA BERADA DI BAWAH RENCANA-NYA..

Thursday, May 15, 2008

Telah jauh terpisah diriku dan dirimu
Dalam ruang dan waktu
Sendiriku jalani sepiku tanpa dirimu
Resahku tanpa hadirmu
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah darimu
Dan hadirnya menyentuh hatiku
Untuk cintainya
Hatiku pun inginkannya
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena ku terhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Di dalam hatiku tuk mencintainya

(Terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya)


Lagu 'Tak Bisa Memilihmu' oleh 6ixth Sense.

liriknya seakan memberitahuku. seolah inilah bicara hatinya yang selama ini terpendam dalam lipatan cinta silam kami. kata-kata yang terkunci di hatinya selama ini. aku yakin, itulah antara kata yang tak sanggup dia ucapkan waktu itu. dan tidak pernah terucapkan lantaran kebimbangannya melukai perasaanku. dan aku? tidak pernah mahu mengerti. bukan tidak menyadari, tp hanya aku sendiri tidak pernah mahu memahami isyarat yang terzahir di matanya. dari perilakunya. kerana aku takut kehilangannya. skrg, andai bisa aku kembali ke dua tahun lepas, ingin aku tatap matanya sepenuh hati ini. dan mengatakan betapa aku mencintainya tapi terpaksa memilih untuk melangkah pergi kerana sedar yang dihatinya sudah tidak terlukis namaku.. andai saja bisa ku katakan itu semua waktu itu.. cuma yang aku lakukan saat itu, pergi begitu shj..

after all the obstacles, now i'm happy with someone else.

but i'll never forget all the love we've shared, Pi. i've learnt so much so thank you, with all my heart. apa yang pernah berlaku antara kita - saat tertawa dan menangis, merupakan satu kenangan terindah dalam cerita hidup ini. aku takkan pernah memadamkannya, jauh sekali menggantikannya. cuma apa yang aku lakukan sekarang hanyalah mencipta satu lagi kisah bahagia. bersama dia. bukan lagi dirimu yang pernah aku impi-impikan. sesungguhnya sedikit sebanyak dari apa yang aku pernah lalui bersamamu kini menjadi panduanku dalam mencintainya.. dalam mempertahankan hubungan ini. apa yang pernah aku lalui bersamamu telah memberi aku kekuatan dan suntikan semangat bagi menjadi yang terbaik untuknya. untuk menggantikan penyesalanku kerana tidak pernah cuba memahami isi hatimu, begitu mementingkan diri sendiri, jarang mengungkapkan rahsia hati ini yang pernah cukup menyayangimu....

buat si dia yang kini mengisi ruang hati ini,
DIA takkan pernah berhenti menguji hamba-NYA, syg. apa yang kita miliki hari ini adalah ketentuan-NYA. Hadirmu dlm hidupku juga merupakan slh satu ketentuan-NYA. sesungguhnya aku bersyukur dipertemukan dengan dirimu. hati yang keras yang pernah hanya memandangmu sebelah mata ini telah kau tanam benih keikhlasan dan kejujuran, kau siram sedikit demi sedikit dengan kesabaran, dan kini kita berkongsi kisah cinta yang sama..

bukan mudah sayang, untuk memberi kepercayaan bila kepercayaan kita pernah dikhianati suatu ketika dulu. namun aku tidak mahu menyesal lagi, tidak tega rasanya menghukum perasaan sayang yang tiba2 hadir tanpa dipinta.. yang semakin meresap di hati ini, hanya kerana kepahitan kisah silam.

walau apa dan di mana penghujungnya kisah ini, aku tidak akan pernah menyesal memilihmu.

ALLAH menghadirkan rasa ini dalam hati kita, bermakna ada sesuatu di antara kita berada di bawah rencana-NYA..


OH..

Tuesday, May 13, 2008



its been 3 hours now.
stopped all my tears since 2 hours n half ago.
ya its ur right to cry even for silly things, but never let it takes over every piece in you.

by the way,..

Hari esok ke kantin sekolah lagi. jadi tauke sementara mama ada urusan yg tidak dpt dielakkan di luar.

pasti berdepan lagi dengan karenah budak-budak sklh itu. teringat pada seorang kanak2. Adam. darjah satu, anak Cikgu Awang. Amat mencuit hati dan ada masa, aku pun boleh terbeliak dibuatnya.

Dan bila ada sesekali aku terlihat renungan tulus dan wajah polos kanak2 itu, aku seakan mahu kembali ke zaman waktu aku seusia mereka skrg. waktu bila tiada masalah menerjah, yg terlalu tega merampas ketenangan diri ini.

oh..

suara masih ada getar. Sendu di sudut hati masih terasa. Mata pedih.

THE TRUTH

Monday, May 12, 2008


Sometimes..
when i say "oh i'm fine :)"
i want someone to look me in the eyes,
and say,

"tell the truth"

SUMANDAK DO ALAWA

Wednesday, May 07, 2008


i took this pic today. my latest pic. sweet me. and gediks me.

Alawa no mala kopioh iti sumandak..! (in english means, this girl is beautiful) ..wakaka..

oya.. i wanna show u this :



its my left hand.

i use it mostly on my daily routine. and ouch. it hurts at the ankle. i dunno how, tp mungkin sebab angkat brg2 berat tempoh hari.

let us see the rings. The silver one is really silver. it worth rm26 (i know the price since i bought it for myself. haha).. started wearing it since sept or oct or nov 2006. quite a long time.

and the gold one is also the real gold. i dunno exactly how much the price is but i've been told that it worth rm200 n above, quite a big number for me. but its not a big deal.

it was just..
it's old fashioned n i don't like wearing gold but ironically, i'm wearing it now.

jee..

BERTAKHTA DI HATI



Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat, lihat..
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat, lihat..
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Kusandarkan jiwa

I SURRENDER..

Sunday, May 04, 2008

There's so much life I've left to live and this fire's burning still. When I watch you look at me, I think I could find the will to stand for every dream and forsake the solid ground and give up this fear within, of what would happen if they ever knew that I'm in love with you..
'cause I'd surrender everything to feel the chance to live again. I'll reach to you, I know you can feel it too.. We'll make it through. A thousand dreams I still believe i'll make you give them all to me.. I'll hold you in my arms and never let go. I surrender.

I know I can't survive another night away from you. You're the reason I go on and now I need to live the truth. Right now, there's no better time from this fear I will break free. And I'll live again with love and no the they can't take that away from me. And they will see.

Every night's getting longer and this fire is getting stronger, babe. I'll swallow my pride and I'll be alive.. Did you hear my call? I surrender all.. Right here, right now. I give my life to live again. I'll break free, take me, my everything I surrender all to you..

***

and i love him so much! :)

TAGGED

Friday, May 02, 2008

Namakan software yang plg penting d dlm laptop/pc anda (ikut ranking)

1. Aku selesa dgn dua browser ni, Internet Explorer 7 dan Firefox 2.00 untuk wat surfing. Selalunya guna Internet Explorer.

2. Ad-Aware 2007 (for scanning)

3. Video MP3 Converter (edit lagu)

4. Sony SoundForge 7.0a (edit sound)

5. Windows Media Player, Real Player, dan WinAmp

6. Internet Dowload Manager - jarang mendownload tp if download, ske gune software ni.

7. Portable Antivirus



Barangan Plg Berharga

tak byk asset lah. uhuk!

1. Hanpon

2. Digicam

3. Laptop

4. Supplement2 aku tu.. haha, masuk dlm list gak. jgn main2, harga die mahal tuh.

5. Pemberian2 org kat aku. tak ternilai harganya.

6. termasuklah barang2 yang aku sayang even harga tak sampai ratusan ringgit.



Sukan yg pernah anda terlibat dr sek hgga ke Universiti

aku tak bersukan sgt.

1. rebut gula2 time darjah satu

2. bola beracun. aku tak ske 'sukan' ni tapi aku antara org paling terer main ni time sklh rendah. haha.

3. lompat getah. dulu boleh la main lompat2 ni. skrg da nak jadi mak org, tak leh da lompat tinggi2. wakaka

4. badminton. juz utk isi masa lapang je. still main smpai kat universiti skrg ni.

5. main kejar2

6. main sembunyi2

7. dan byk lagi permainan time bebudak dulu. hehee..



Web/Blog yg plg dilawati

1. sufilara.blogspot.com.. and the other blogs

2. Friendster.com

3. myspace.com

4. google.com (cari-cari)

5. yahoo.com (cek emel)

6. messenger.yahoo.com (chatting ngan kwn2 kat ym dlm web je)

7. syok.org (leh download2 lgu, n wat request. lgpun superadmin web tu, bg la support sket)

8. kaunseling2u.com (aku antara org 1st jd ahli dlm laman web ni.. yeahu! pelawaan kenalan dr PKPG UUM. sape nak dptkan khdmat kaunseling secara forum leh g laman web ni, utk menyumbangkan idea, memberikan pndapat, dan membantu2 rakan2 dlm tu pun dialu2kan)



ANSWERED... Zzzzzzz..

PAKAIAN PALING CANTIK KE KULIAH [TAGGED BY HYUUGA]

Thursday, May 01, 2008



Yer.. byk2 pic, ni la antara pic yang paling siyes pernah aku tangkap. kerana gambar2 aku hampir sume menonjolkan wajah yang tersenyum. haha.. abaikan aksi yang aku buat tu. gimik semata2. hoho. gambar ni ditangkap sebelum g kelas. sebab pilih gambar ni : jarang pakai baju kurung ke kuliah. nampak biase je tapi setiap kali memakai baju kurung, paling tidak, teman2 yang mengenali akan bertanya.. "demam ke??"

atau.."ape mimpi semalam??"

tidak kurang juga yang terpaku dan terpesona (nipuuuu..)

so cantikla tu kan? ^^

haha.
ANSWERED!!

WHEN IT COMES TO LOVE

My past, it kills me
the pain never goes away
my heart broken to pieces
not a piece left to stay
Its hard to let a new love in
when you can't seem to forget the past
its hard to have trust inside
since nobody else could make it last

but..
sometimes you have to try though
no matter how hard your last fall
the right one could be
just around the corner
waiting for you to answer his call

i think maybe i found the one
to at least make my heart once again whole
it's the way he can take away my past
and unleash what i had hid in my soul

I want to show him how much i can really care
and i'm ready to give love another shot
and if he's willing to give me the chance
I'll give him what i never got.
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS