2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




MELAWAN KESEPIAN
Friday, April 04, 2008 posted at 12:17 ♥


semalam.
2342 sistem 24 jam.
esemes diterima..

"assalamualaikum Nana.. xyah balas. sy cuma nak cakap je. sejak akhir2 ni, fikiran sy sukar berhenti memikirkan dia. hampir tiap pagi sy menangis sebelum bangun, kalo bleh taknak buka lg mata ni selamanya. sy kuar mencuba tapi hasil tetap sama. sy bukan minta dia kembali.. cukupla dia tidak menyisihkan sy begini.."

aku terkedu.

selalunya pantas sahaja aku membalas esemesnya, memberi kata perangsang. wajarkah aku kini masih membahasakan diri sebagai teman baik bila patah kata dari aku pun mungkin sudah tidak mampu menenangkannya?

aku teringat. aku juga pernah buta mata, tuli telinga. saat kekecewaan merajai hidup dan jiwa. teman ini lah tempat aku mengadu. dialah yang senantiasa sudi mendengar segala rintihan dan keluh kesah. tanpa sedikit pun rungutan.

persahabatan kami semenjak di bangku sekolah rendah amat bermakna. kami jiran. aku paling sering ke rumahnya. bermain bersama dengan jiran2 lain. di kuaters guru itu. menginjak ke usia dewasa juga masih bersama2. kami hadapi pahit manis kehidupun bersama2. matang bersama2. ketawa dan menangis bersama2.

sekali ini bila aku memikirkan tentang persahabatan kami, aku jadi bingung. masihkah aku ini Nana yang dahulu? masihkah aku ini Nana yang rakan2 lama kenal sedikit waktu dahulu? aku nyata telah amat berubah.

ya. mmg teman itu sedang dalam kemelut. kemelut hidup. bukan setakat cinta, malah lebih dari itu. Ya ALLAH.. bawa dia pergi dari kepompong itu..

pagi hari ini, ku kirim esemes kepadanya.. dgn sedikit gubahan. sebuah lirik lagu Siti Nurhaliza, MELAWAN KESEPIAN. buat Ziela.. Lirik ini mungkin biasa2 sahaja, tp renungkan dan dengarkanlah lagu ini dari sudut hati yang paling dalam...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergiannya
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kau lawan
Kesepianmu

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti



Labels:


4 Comments:

Anonymous Gadis said...

slalu dgr lagu tu..
best melodi n lirik dia..
:\

07 April, 2008 17:21  
Anonymous dandeLLion_geisha said...

u will owez nana yang sya kenal.
even ur fina or whatever name u hv.

28 April, 2008 12:52  
Anonymous dandeLLion_geisha said...

nangis sya baca...huhuhuhu

28 April, 2008 12:54  
Anonymous Fina said...

i love you friend.
T______T

27 May, 2009 04:20  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish