2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




LAGU DARI PENJARA [UPDATED]
Thursday, March 06, 2008 posted at 21:37 ♥

Berkali2 juga saya memutarkan lagu ini..

Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan...

Lagu ini bertajuk ‘PERANGKAP CINTA’[click here to download]. Jika kalian cari dalam YouTube pasti banyak versi lagu ini yang dipaparkan.

Dan cerita disebalik lagu ini juga punya beberapa versi. Tidak tahu-lah mana satu yang betul. Atau memang cerita itu bohong belaka. Hanya gimik untuk mempopularkan lagu ini.

Begini..
Hasil research melalui internet [kalian tahu internet mmg sering menyajikan bermacam2 kisah untuk sesebuah cerita], lagu ini dinyanyikan dalam penjara. Seorang banduan penjara yang bakal dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh telah menyanyikan lagu ini sebagai permintaan terakhirnya..


Part 1 : Gadis itu serba salah.. memilih Hazwan, atau kekasih lamanya, Haris (bukan nama sebenar) yang tiba2 datang semula menyentuh hidupnya. Cinta gadis itu tumpah pada keduanya, membuatkannya kaku berdiri di antara dua persimpangan. Dia tidak mampu menolak cinta lamanya, namun juga tidak tega melukakan perasaan Hazwan, insan yang terlalu baik dan menyayanginya setulus hati.


Part 2 : Belum sempat memilih, Hazwan mengetahui dan lantaran terlalu menyintai dan tidak sanggup kehilangan, Hazwan menemui bekas teman lelaki gadis kesayangannya dan bergaduh. Secara tidak sengaja, Haris terbunuh dalam pergaduhan tersebut. Gadis itu menyaksikan sendiri peristiwa itu, lantas sigap bereaksi. Berkali-kali menuduh Hazwan sebagai pembunuh!

Part 3 : Hazwan dimasukkan ke dalam penjara, dan mahkamah memutuskan hukuman tali gantung bakal dijalankan ke atas Hazwan. Sebagai permintaan akhir, Hazwan merakam lagu yang diberi tajuk ‘Cinta Tiga Segi’ khas buat gadis itu.

Lastly..Sebaik mendengar lagu tersebut dan mengetahui yang Hazwan telah dijatuhi hukuman mati, gadis itu tidak dapat menerima hakikat, telah menjadi tertekan dan akhirnya gila..

Jika benar dan sahih cerita ini, pada hemat saya, rasa bersalah itu yang membuatkan gadis itu menjadi sebegitu. Kasihan. Tapi siapa yang patut dipersalahkan? Hazwan? Seorang lelaki yang terlalu mencintai dan begitu berusaha mempertahankan dan memperjuangkan cintanya, tanpa niat telah menjadi seorang pembunuh? Haris? Haris, mungkin cinta pertama gadis tersebut, yang mencuba nasib menagih semula kasih lama setelah mungkin pernah melukakan perasaan gadis tersebut. Atau gadis itu? Yang keliru memilih antara dua jalan. Bagai antara hidup dan mati layaknya.. dan akhirnya mati yang menjadi jawapan kisah ini. Gadis itu pula hidup, masih menghirup udara segar bumi, tapi bagai tidak di bumi nyata lantaran separuh jiwanya telah mati. Dia hilang kedua2nya, dan dia juga hilang dirinya sendiri. Ada yang mengatakan gadis itu juga terbunuh dalam pergaduhan tersebut, kerana itu Hazwan sendiri meminta hukuman mati dijalankan ke atasnya kerana tidak sanggup hidup dalam penyesalan. Atau harus disalahkan takdir? No matter what it is, some things do meant to be.. dan takdir bukannya satu hukuman.
Tiada siapa yang patut disalahkan. Hazwan tidak bersalah. Haris juga. Gadis itu juga. Hanya jika segalanya diselesaikan dengan cara baik, maka baiklah jadinya. Ah sadis dan tragiknya jika cerita ini benar. Jika tipu maka tipulah saya.

Ada satu kenyataan yang aku baca.. macam ni..

huhu.. yang citer aku post ni telah pun disahkan oleh seorang kawan baik arwah yang bernama SOFIA.. dan aku sendiri dah ke kubur arwah di sebelah Sekolah Teknik Pendang.. Tak percaya?? trust me.. kini,family dia menetap di Jitra. Bulan Mei ni, family dia nak wat gotong royong bersihkan kubur arwah n kenduri.. Jemput r datang pada sesiapa yang mengenali arwah...
someone_special said... on February 20, 2008 9:57 PM

maknanya peristiwa ini terjadi di kalangan masyarakat utara?


salam....bnyak betul jln citer yg aku dgr....lain2 lak 2...yg aku thu si arwah ni muda lagi ms kena hukum gantung...18thn...aku xpasti lak sapa yg,tp apa yg diaorg gtau...arwah ni minat kt sorg awek sejak sek lg..tp awek ni xlyn...dh tmt sek tue awek 2 kapel ngn sorg mamat a,tp xlm..diaorg pts..so arwah ni pn try la tackel...tackel pny tackel pastu dpt. diaorg pn nk khwin.1minggu sblm khwin awek dia mintk pts coz nk baik blik ngn mamat a.arwah xnk coz syg sgt2 kt awek.akibt xpk pnjg secr xsengj arwah 't'bnh' mamat a n awek dia skali.hukuman gantung tue permintaan arwah sendiri.dia meninggal dunia pd mei 2005.klu nk thu mn aku dpt citer ni,korg try cari kt youtube.
Anonymous said... on February 18, 2008 9:54 PM


Dan sebelum tu ada dinyatakan yang arwah Hazwan merupakan bekas pelajar SMK (A) Baling.
Cerita ini penuh kekaburan. Banyak percanggahan fakta. Juga punya terlalu banyak versi dalam internet. Dalam YouTube sendiri banyak sampai bergaduh budak2 tu menegakkan cerita masing2. Sudahnya, aku putuskan.. dengar lagu tu je sudey.. tak yah pening kepala.

walau apapun versi yang kita dengar dan samada cerita ini benar atau tidak, lagu ini mmg amat menyentuh rasa. Dari pertama kali saya mendengar lagu ini, saya merasakan penyanyi ini benar2 menyanyi dengan penuh perasaan, bagai sedang bercerita. Bagai terasa bagaimana seksanya jiwa watak2 dalam cerita ini. Ada sumber mengatakan lagu itu dinyanyikan sendiri oleh arwah Hazwan sehari sebelum hukuman dijalankan dengan membawa rakan2 bandnya untuk memainkan gitar (bila dengar elok2, lagu ini kedengaran menggunakan dua gitar), dan sumber lain mengatakan bukan arwah yang menyanyikan lagu ini sebaliknya orang lain yang diberi kepercayaan.

Kerana cinta mereka terpaksa melalui dugaan dan jalan yang langsung tidak terfikirkan sebelum ini. Moga kisah ini jadi pengajaran buat kita semua dan saya sendiri. Setialah pada yang satu sebelum terjadi perkara yang bakal buat kita menyesal seumur hidup.

Cinta memang benar2 punya kuasa..

UPDATED


dapat dari Hyuuga time lawat blog die.

ATTENTION ALL:
Saya Ayie nk bobal bahasa melayu pulak memandangkan ade lagi org yg TAK PAHAM BAHASA ENGLISH.

Sebelum saya mulakan,cerita tentang wujudnya video Hazwan membunuh tunangnya itu sebenarnya adalah TIPU.. Pls search for "HONOR KILLING - IRAQI GIRL STONED TO DEATH".. itu bukan video sebenar pembunuhan yg dikatekan dilakukan oleh Hazwan.. Tolong hentikan cerita yg MENGARUT ni k.

Tajuk sebenar lagu ni adalah "PERANGKAP CINTA". Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999. Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.

Tapi oleh kerana ianya adalah silap saya sendiri yg menyebarkan lagu ni kepada kawan2 yg saya percayai,dan ianya tersebar luas hingga mcm2 cerita yg timbul,saya tk dapat buat apa2.

Lagi satu,cerita tentang BANDUAN yg mati DIGANTUNG di malaysia yg dikatakan mencipta lagu ni adalah TIDAK BENAR. Saya juga TIDAK MENGENALINYA. Kalau betul dia yg mencipta lagu ni SILA DAPATKAN KELUARGA ARWAH untuk menghubungi saya secepat mungkin supaya nama baik arwah dan juga nama saya dapat dibersihkan. Saya juga mahukan BUKTI KUKUH dari keluarga arwah. Lagu ni juga BUKAN DARI KUMPULAN STRATEGY. Rakaman versi rock lagu ni ialah dari kawan baik saya yg merakamkan lagu itu mengunakan PC dirumah. Kepada pihak2 tertentu yg SENGAJA mengeluarkan cerita yg TIDAK BENAR atau dlm ertikata lain MEMFITNAH,satu saja yg boleh saya katakan- Kamu semua lebih teruk dari 'arwah' yg dikatakan membunuh sebab DOSA MEMFITNAH TU LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.. Dan kalau tak tahu cerita sebenar,baik DIAM saje ok. Saya tak marah tau,ni pun saya type dgn penuh sopan santun (",)..

Saya pun tak perlu nak perasan sendiri sebab memang lagu ni saya yg cipta. Yg dikatakan suara banduan yg nyanyikan dari penjara tu adalah suara saya sendiri yg dirakam dirumah. Saya tak takut kalau ada org yg nak cakap saya menipu sebab bukti ditangan saya dan kawan2 saya semua tahu tentang kesahihan lagu ni dari saya sendiri.


Akhir sekali,saya ingin meminta maaf kepada semua jika ada pihak yg tidak puashati tentang kesahihan lagu PERANGKAP CINTA. Yg benar akan tetap benar,tapi yg SALAH selama-lamanya TIDAK AKAN MENJADI BENAR. Sekarang semua dah FAHAM?? Kalau tk FAHAM2 jugak,sila hubungi saya secara peribadi. Buat masa sekarang saya harap anda semua terhibur dgn lagu PERANGKAP CINTA ini dari saya,Ayie dan kawan saya Berd..Terima kasih...

Regards,AYIE.
E-Mail: guastyle2023@hotmail.com

Labels:


2 Comments:

Anonymous Si Kachak Yang Masih Teruna said...

kau x terfikir ke, cerita tu disensasikan ntuk melariskan musik bawahtanah yang dinyanyikan oleh penyanyi yg masih tak dikenali?

aku syak je la..

10 March, 2008 02:33  
Anonymous SuFiLaRa said...

oho.. si pesilat yang kachak, aku sudah terfikir segala kemungkinan, yg itu juga. and, who cares?? hehe

10 March, 2008 14:01  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish