Monday, March 31, 2008

TANDA TANYA

hari ni 31hb Mac. esok 1st April.

1 April yang menjengkelkan. 1 april itu seakan satu hari berlesen bagi sesiapa sahaja mempermainkan orang lain tanpa perlu merasa bersalah.

bodoh.
**************

salahkan mood aku.

tadi aku ke Garden Terrace. janji yang mahu aku tunaikan untuk bertemu seseorang yang agak istimewa.. janji yang telah dipateri dua hari lalu. pertemuan pertama setelah kenal selama setahun. pertemuan setengah jam itu berlalu hambar, aku diruntun rasa bersalah dan segan yang amat..

dalam senyuman yang terbit, dalam tawa yang lemparkan, hati bergelora dlm ombak pertanyaan.. serasi kah kami? layak kah aku untuk dia?

masa yang singkat itu aku gunakan untuk cuba mengenali dia sebaiknya. mengambil waktu menilik inci wajahnya. memang dia ada iras mawi. mawi akademi fantasia, raja SMS.

dia insan yang terlalu baik di mata ini.. renungan tulusnya, kejujuran, kesederhanaan.. jika dia tidak pernah sekuliah denganku, ada kemungkinankah aku bertemu dengan insan seperti ini? melihatkan jalan hidupku yang begini sekarang ini, mungkin payah untuk bertemu ketelusan seperti yang ada pada dia.. aku jadi kedu. dan banyak berdiam. apa yang boleh aku ceritakan pada dia? tentang dunia ronggengku? biar dia kenal siapa diri aku yang sebenar, dan biar dia tahu yang aku ini terlalu berbeza dengannya?

dia terlalu baik untuk orang seperti aku yang penuh pincang.. benarkah aku yang dia pilih??

aku percaya melalui pertemuan pertama kita sudah boleh mengagak hubungan itu boleh sampai setakat mana. dan beberapa minit pertama setelah kami berpisah, aku sebetulnya mula merasakan harapan itu mengecil, masa yang sama, dia mengirim teks ringkas mengatakan yang masih ada dan banyak masa lagi untuk saling mengenali..

positifnye.. sedangkan aku pula sedang berputus asa.

ironinya selepas itu, dalam hati aku sudah merasa satu ketenangan.. otak berfikir waras kembali. everything needs time.

aku sepatutnya berbaju kurung hari ini. hehe..
Share:

Thursday, March 27, 2008

YAA RABB...

Yaa Rabb...
Ketika aku terlalu MENDAMBAKAN seorang KEKASIH yang belum sampai waktu untuk aku temui...
INGATkanlah aku pada Cinta SEJATI-MU...
Agar keRINDUanku terhadap-MU semakin BERTAMBAH...

Yaa Rabb...
Jika aku hendak MENCINTAI seseorang...
TEMUKANlah aku dengan orang yang menCINTAI-MU...
Agar bertambah KUAT CINTAku pada-MU...

Yaa Rabb...
Saat aku MENYUKAI seorang TEMAN...
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah AKHIR...
Sehingga aku ketemu dengan YANG TAK PERNAH BERAKHIR...

Yaa Rabb...
Ketika aku sedang JATUH CINTA...
BANTU aku menJAGA CINTA itu...
Agar tidak meLEBIHi cintaku PADA-MU...

Yaa Rabb...
Ketika aku berucap AKU JUGA CINTA PADAMU...
Biarlah kukatakan kepada dia yang HATInya TERPAUT padaMU...
Agar aku TAK JATUH dalam CINTA yang bukan KERANA-MU...

Yaa Rabb...
Ketika aku berikrar AKU AKAN SETIA sampai maut memisahkan...
Biarlah kuNYATAkan kepada dia yang MENGGENAPKAN Visi-Mu atas hidupku...

Yaa Rabb!
Seandainya ENGKAU telah menTAKDIRkan dia itu MILIKKU,
dan aku ini MILIKNYA...
Maka DEKATkanlah HATIKU dan HATINYA...
Namun sekiranya aku dan dia tidak ditakdirkan saling MEMILIKI,
Maka JAUHKANLAH dia dari PANDANGAN MATA dan HATIKU...

AMIN, AMIN YAA RABBAL AL AMIN..

salam..

kita memilih. kita mahu mencari yang sempurna. kita mahu yang terbaik antara yang terbaik. kita mahu yang punya segala-galanya.

dengar dulu.

sebenarnya, kita mahu yang sempurna dalam sebuah kesederhanaan. sederhana di mata hati ini. yang terbaik di mata hati ini.. tidak semestinya yang terbaik dan yang punya segala-galanya di mata dunia...
Share:

Saturday, March 22, 2008

CAMPUS LIFE

"ko ade kelas pukul berape lagi?" beep! message received.
"takda lagi. tapi malas nak balik kolej awal ler. napa?"
"saja tanya sbb jap g aku nak g mall kampus.. ada barang nak beli"
"jam berapa tu?"
"pas makan ke.."
"ok gak"
"ko ni kalo bab berjalan..."
"haha"
"k ar, jumpa nanti.. aku ade kelas ni. huhu"

itu perbualan esemes ku dengan seorang teman baik. kesibukan aku akhir2 ini membuatkan aku hanya dapat dan sempat berjumpa dengan teman2 ronggeng cuma (latihan meronggeng) dan selebihnya hanya berpeluang menatap wajah room mate yang tersayang.

bermula rabu lalu, aku memulakan lagi sesi latihan tarian d kolej kachi dua. biasanya latihan ditangguhkan pada malam hari sabtu, ahad, isnin, dan selasa untuk memberi laluan saya dan rakan2 lain memberi fokus pada akademik. kalau intensif diperlukan, latihan akan diadakan hanya selepas jam 11 malam pada hari2 tersebut. manakala hari2 lain pula (waktu malam hari rabu, khamis, jumaat, dan hari cuti) bermula jam 9.30 malam.. kehadiran tidak strict, datang bila2 masa. mane budak2 DPP Bukit Kachi Dua yang berminat, or ade kwn2 dr Bukit Kachi Dua yang berminat, leh la datang ke bawah bilik JPMK pada masa yang telah dinyatakan. huahua.. siap wat iklan. juga kepada yang nak amik khidmat kami, Penari Kebudayaan DPP Bukit Kachi Dua UUM, boleh la approach kite ye.

minggu ni intensif lagi. akhir minggu ni me n d geng kat Kachi insyallah buat persembahan kat dewan Kachi. esoknya pula untuk integrasi kokay. Integrasi Ko-Kurikulum untuk Seni Tampak (Tarian Melayu, Khat, Seni Lakon....). di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) tapi tak pasti lagi kat dlm dewan ke, or kat foyer tu je. baju penari, baju penari! mane nak carik.. info setakat ni PBS tak dpt sewakan baju cuz baju sume angkat ke sarawak, huhu..

khamis dan jumaat lalu. juga sibuk dgn tarian. aku jadi rindu banget untuk online, tp sebenarnya mengambil kesempatan ini jika ada teman siber yang merindui. hehe..

sabtu pula sejak awal pagi lagi aku dan teman2 ko-kurikulum Tarian Melayu bertolak ke Taman Budaya Negeri Kedah untuk aktiviti Kegiatan Luar Kampus (KLK). we really have fun there.. terutamanya bila sampai waktu mengambil gambar. havoc giler2 ah. diorang la. aku masih cukup bersopan. hehe. gambar2 akan aku upload kemudian sebab nak tunggu dulu aku dapat sume gambar2 kitorang. kebetulan juga waktu kami datang, ada sesi penggambaran sedang diadakan. untuk program bercorak dokumentari bertajuk lebih kurang mcm ni : 'Seni Warisan dan Gerak Masyarakat Malaysia'. berkenaan seni warisan bangsa di setiap negeri di Malaysia. sorang dari kru tu cakap diorang dah hampir siap jelajah seluruh Malaysia ni, tinggal kat kawasan utara lagi. perjalanan yang bagi aku agak memenatkan untuk dokumentari yang disiarkan dalam sejam sahaja, tapi kalo dikira dari segi pengalaman, mmg cukup berharga.

tahu tak sape pengacara pogram tu? pelakon watak jahat filem REMPIT tu. watak ketua samseng. zulhelmi kalo tak silap. tak minat pun tapi sempat juga amik gambar sbb borak2 skjp dengan die. cool person, cukup segak pakai baju melayu, mata yang memikat, senyuman manis yang nampak jujur, dan perokok. uhuk uhuk!(dan sedikit kontrol macho. tak bleh blah! haha)

sampai sini dulu ya.. i nak rehat. fenin banget.
Share:

Friday, March 14, 2008

"ONE AND ONLY" [Mariah Carey feat. Twista]








I'm lookin' for my one and only
Every time I turn around
I find my heart in pieces on the ground
So so lonely
I'm lookin' for my one and only

[Verse 1]
I'm riding home in pain again baby
But that don't mean s*** to you
You're currently engaged
In an intimate conversation
With a young groupie or two
They say "players only love you
when they're playing games"
Still I gave my heart to you
I should have stayed away
Like my friends all told me to

[Chorus]
Every time I turn around
I find my heart in pieces on the ground
So so lonely
I'm lookin' for my one and only
Every time I turn around
I find my heart in pieces on the ground
Why can't I find my one and only

[Verse 2]
See I'm looking for a man that'll rub me slow
Make me sing real high
When he goes down low
But see it ain't just a physical thing
He's gotta treat me affectionately
And I gotta know he won't betray my trust
Just like every other motherf***** does
Is this just an impossible dream baby
To elusive to pursue
It's been such a sad and windy road for me
Just searchin' for the truth

[Chorus]
Every time I turn around
I find my heart in pieces on the ground
So so lonely
I'm lookin' for my one and only
Every time I turn around
I find my heart in pieces on the ground
Why can't I find my one and only

[Twista]
Now you know roll a beemer and a benz
When I'm dishin out ends
Why you trppin on a player baller
Havin good conversation while we rollin on 2-4's
And I know you got doubts
But why you listenin to what people talkin bout
You ain figured out why they call ya
The hefas steady hatin cause you rollin on 2-4's
See how yo money flo
You dressed in designer clothes from head to ya toe
You ain't satisfied well tell me what you lookin for
(I'm lookin for my one and only)
Well I'll be yo one and only if you give me a chance
I'll make a change for you girl
I know I ain been the mos faithful n**** in the world
But lets stay togetha so we can shine like pearls
Spit it to her while I fill her got her hot like fire
To kiss yo lips I desire
Twis and Mariah togetha like them grips on ya tires
(Lookin for my one and only)
Well come here shawty well let me make it better
We can do whateva while we sittin on sued and leather
Flickin through the city while we ridin on chrome
Lets kick it in the Chi
I know I messed up wit you an i ain gon lie
I know you was feelin you really know yo guy
But baby girl I ain't mean to blow yo high
Let me pick the pieces up and but um back togetha
Cause I wanna be wit you don't wanna leave you lonely
Ride wit you like a hommie neva no fony
Shawty can I be yo one an only

Every time--oh-mmm
Every time I turn around
I find my heart in pieces on the ground
So so loney
Why--
I'm looking for my one and only
Every time I turn around
Agh--ha ha ha ha
I find my heart in pieces on the ground
Whey can't I find my one and only
Still lookin' for my one and only
Every time I turn around
Agh--ha ha ha ha
I find my heart in pieces on the ground
So so lonely
Yay-
I'm lookin' for my one and only
I'm lookin' for my one and only
Every time I turn around
Agh-ha ha ha ha
I find my heart in pieces on the ground
I'm lookin' for my one and only
Why can't I find my one and only
Agh--

P/s Gambar2 di atas di ambil waktu sambutan kemerdekaan d UUM tahun 2007..
Share:

Wednesday, March 12, 2008

Abang Angkat Saya

semalam godek2 picture gallery kat friendster abg angkat.

saya panggil die abg abu, kwn2 die ramai panggil dia Burn. Berumur 23 tahun (waktu entri ini ditulis). in a relationship. belajar kat Universiti Malaysia Sabah dalam program ijazah Sains Sukan, waktu ini dalam semester akhir. . asal dari Besut Terengganu. fasih berbual dalam loghat tawau sabah. gambar bwh ni waktu awal perkenalan kami dalam program baktisiswa di kampung-ku. dia anak angkat keluarga-ku sepanjang program tu berjalan. so practically i'm his lil sist rite? i always always always want to have a big brother!


ayyarrkkk.. candid pic.

LELAKI YANG PAKAI BAJU SERAGAM BIRU TU. AKU DENGAN MUKA BLUR. ABG ABU TGH CAKAP APE AKU PUN TAK INGAT DA.




gambar puncak gunung kinabalu ini pun aku jumpa dalam friendsternya. wah.. i believe he took this during that time he's at kampung. i'm familiar to this scene. oh i miss my kampung. kedinginan waktu malamnya, kedamaian, family, budak2 tu.. oh well.. :(

hmm.. its been almost 2 years i dont get to see him. gambar yg paling atas tu lah last day aku jumpe. iyela.. time cuti dia balik semenjung, aku pula balik sabah. maybe kapal terbang aje la yang berselisih. haha. tapi d era teknologi ni, ape sgtlah yang hendak dibimbangkan. kan? friendster ada, henset ada. noktah.

p/s Buat abg. Moga abg tabah selalu menghadapi dugaan mendatang :)

Share:

Tuesday, March 11, 2008

ONE SWEET DAY

oh hari yang memualkan. semenjak smlm lagi sbnrnya.

hari ni aku bangun awal bergegas ke kampus, dengan chu. waktu berdiri dengan chu d satu ceruk, dalam kekalutan 'itu', seorang handsome guy dari China, menegur.

''so what's wrong with you?''

aku yang tidak meng-expect ada org yang menegurku memandangkan mood ku yang kurang stabil waktu itu (baca: tiada mood utk berbual), memandang andar lelaki itu dgn rasa sedikit kurang senang. ape hal ngan die ni? tiba2 je.

aku kecilkan mata memandangnya, dan menjawab,
''nothing wrong with me''. percayalah, nada waktu aku tuturkan itu ayat itu mmg tidak manis didengar dari mulut seorang gadis berbaju kurung. tidak sedar yg mata ini sedikit tajam merenung lelaki asing itu.

tp faham sajalah. mood aku bagai angin lintang d lebuh raya. seketika memandang, aku terdiam seketika.. dlm rasa tidak senang, mengagumi. aku, gadis biasa, yang mudah saja terusik pada sesuatu yang indah,.. hoh!

he's a handsome chinese. i guess he's a mix. he speak fluently in english. bercerita. peramah juga orangnya. seketika teringat pada S.

nti sambung! membe da panggil. lupe pla jam 11 nie ade training tarian. bye!

later.


********

[sambung citer..]

Hmm.. okay. a good-looking and nice Chinese foreigner. who reminds me to S. dengan peramahnya menceritakan aku sesuatu. katanya hari itu dia ke salah satu pusat pengurusan utama di UUM. menghadapi perbicaraan. aku jadi tertarik. perbicaraan?

"Stealing" dia menunggu reaksiku. "i stole chair.. at my college."

senyuman sedikit tersungging di hujung bibirnya as if its kinda funny. apa yg aku rasa? aku pantang melihat senyuman manis..

sebenarnya aku hampir tergelak. nasib baik cuma dalam hati sahaja. perkara remeh cuma, tapi sampai jumpa TNC. nasiblah kerana terkantoi.

"so i've told mine, what's urs.. hv u done such thing like that?"

aku mengerutkan dahi. hey do i look like one? selembut mungkin aku berkata, "i'd never ask u to tell me that"

i know it sounds rude, but i have the right. dua org rakannya di sebelah menertawakannya. dia tersengih lagi, nampak sedikit terkena.

"u know i got exam at 9.30 am."

aku melihat jam. 9.15 a. "so?"

dia tersenyum. dengan senyuman yang manis itu. semanis senyuman S.. atau aku sahaja yang merasakan persamaan itu lantaran mungkin ada rindu di hati yang tak terasakan?

kemudian dia meminta diri. aku melihat sahaja dia pergi. seketika dia menoleh ke arahku, aku melambai. tiada balasan. a bit down-feeling inside. so this is how it ends. bile la dapat jumpa lagi. hehe..

P/S .. there's no moral of this story i guess. So sorry S.. for always mentioning ur name.


Sorry I never told you
All I wanted to say
And now it's too late to hold you
'Cause you've flown away
So far away

Never had I imagined
Living without your smile
Feeling and knowing you hear me
It keeps me alive
Alive

And I know you're shining down on me from Heaven
Like so many friends we've lost along the way
And I know eventually we'll be together
One sweet day

Darling, I never showed you
Assumed you'd always be there
I took your presence for granted
But I always cared
And I miss the love we shared

And I know you're shining down on me from Heaven
Like so many friends we've lost along the way
And I know eventually we'll be together
One sweet day

Although the sun will never shine the same
I'll always look to a brighter day
Lord I know when I lay down to sleep
You will always listen as I pray

And I know you're shining down on me from Heaven
Like so many friends we've lost along the way
And I know eventually we'll be together
One sweet day

And I know you're shining down on me from Heaven
Like so many friends we've lost along the way
And I know eventually we'll be together
One sweet day

Sorry I never told you
All I wanted to say

Share:

Monday, March 10, 2008

I LIVE MY LIFE




Telah ku temui banyak cinta
Di hati ini datang dan pergi
Selimut kasihku yang biru
Di dalam diri hati

Biar ku rentangkan cintaku
Menari aku di atas senduku
Sendirinya aku tak berkasih
Di dalam milik hati

Karna cinta aku jadi sepi
Karna cinta aku jadi riang
Karna cinta aku jadi pilu
Karna cinta kini ku sendiri

Karna cinta membuatku hilang
Karna cinta matahari pergi
Namun ku yakin dalam hatiku
Cintaku tak boleh membunuhku


lalala.. i have no idea about this song (or poem?), jumpe time jenjalan dlm internet td kat link ni.


dan list perkembangan hidupku bebaru ni..

  • aku bakalan jadi seorang Umi. Umi angkat. by end of this year, insyallah. can't wait for that special day!
  • i'm dealing with one of my greatest prob..
  • dpt tau aku ade 'admirer' yg busuk hati. huh
  • group aku dpt byk offer wat show!
  • sedang memikirkan utk masuk pertandingan nyanyian kat kolej. anjuran cafe kolej (DPP) bukit kachi 2. well.. hadiah lumayan, i can sing n i love to have fun. so y don't i grab the chance rite?
  • beli raket badminton. dalam jadual sudah ada masa untuk main badminton tiap hujung minggu waktu lapang.
  • and else.. which i forgot.. (sigh)
and u know what? i'm happy for all that. i'm happy with the way things turn me around - in and out. good and bad. i'm living my life! yea!!
Share:

Friday, March 07, 2008

YANG TERINDAH HANYA-LAH SEMENTARA




Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan di pertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alang kah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tiada hentinya memanjang kan doa semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa Oh oh oh

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun ku sepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa Oh oh oh

Tak rela ku turut kan hati
Menyesali apa terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini

Beronak berliku jalan ku lalui
Selagi berupaya ku teruskan..



P/S ...Doakan agar aku terus tabah...
Share:

Thursday, March 06, 2008

LAGU DARI PENJARA [UPDATED]

Berkali2 juga saya memutarkan lagu ini..

Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan...

Lagu ini bertajuk ‘PERANGKAP CINTA’[click here to download]. Jika kalian cari dalam YouTube pasti banyak versi lagu ini yang dipaparkan.

Dan cerita disebalik lagu ini juga punya beberapa versi. Tidak tahu-lah mana satu yang betul. Atau memang cerita itu bohong belaka. Hanya gimik untuk mempopularkan lagu ini.

Begini..
Hasil research melalui internet [kalian tahu internet mmg sering menyajikan bermacam2 kisah untuk sesebuah cerita], lagu ini dinyanyikan dalam penjara. Seorang banduan penjara yang bakal dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh telah menyanyikan lagu ini sebagai permintaan terakhirnya..


Part 1 : Gadis itu serba salah.. memilih Hazwan, atau kekasih lamanya, Haris (bukan nama sebenar) yang tiba2 datang semula menyentuh hidupnya. Cinta gadis itu tumpah pada keduanya, membuatkannya kaku berdiri di antara dua persimpangan. Dia tidak mampu menolak cinta lamanya, namun juga tidak tega melukakan perasaan Hazwan, insan yang terlalu baik dan menyayanginya setulus hati.


Part 2 : Belum sempat memilih, Hazwan mengetahui dan lantaran terlalu menyintai dan tidak sanggup kehilangan, Hazwan menemui bekas teman lelaki gadis kesayangannya dan bergaduh. Secara tidak sengaja, Haris terbunuh dalam pergaduhan tersebut. Gadis itu menyaksikan sendiri peristiwa itu, lantas sigap bereaksi. Berkali-kali menuduh Hazwan sebagai pembunuh!

Part 3 : Hazwan dimasukkan ke dalam penjara, dan mahkamah memutuskan hukuman tali gantung bakal dijalankan ke atas Hazwan. Sebagai permintaan akhir, Hazwan merakam lagu yang diberi tajuk ‘Cinta Tiga Segi’ khas buat gadis itu.

Lastly..Sebaik mendengar lagu tersebut dan mengetahui yang Hazwan telah dijatuhi hukuman mati, gadis itu tidak dapat menerima hakikat, telah menjadi tertekan dan akhirnya gila..

Jika benar dan sahih cerita ini, pada hemat saya, rasa bersalah itu yang membuatkan gadis itu menjadi sebegitu. Kasihan. Tapi siapa yang patut dipersalahkan? Hazwan? Seorang lelaki yang terlalu mencintai dan begitu berusaha mempertahankan dan memperjuangkan cintanya, tanpa niat telah menjadi seorang pembunuh? Haris? Haris, mungkin cinta pertama gadis tersebut, yang mencuba nasib menagih semula kasih lama setelah mungkin pernah melukakan perasaan gadis tersebut. Atau gadis itu? Yang keliru memilih antara dua jalan. Bagai antara hidup dan mati layaknya.. dan akhirnya mati yang menjadi jawapan kisah ini. Gadis itu pula hidup, masih menghirup udara segar bumi, tapi bagai tidak di bumi nyata lantaran separuh jiwanya telah mati. Dia hilang kedua2nya, dan dia juga hilang dirinya sendiri. Ada yang mengatakan gadis itu juga terbunuh dalam pergaduhan tersebut, kerana itu Hazwan sendiri meminta hukuman mati dijalankan ke atasnya kerana tidak sanggup hidup dalam penyesalan. Atau harus disalahkan takdir? No matter what it is, some things do meant to be.. dan takdir bukannya satu hukuman.
Tiada siapa yang patut disalahkan. Hazwan tidak bersalah. Haris juga. Gadis itu juga. Hanya jika segalanya diselesaikan dengan cara baik, maka baiklah jadinya. Ah sadis dan tragiknya jika cerita ini benar. Jika tipu maka tipulah saya.

Ada satu kenyataan yang aku baca.. macam ni..

huhu.. yang citer aku post ni telah pun disahkan oleh seorang kawan baik arwah yang bernama SOFIA.. dan aku sendiri dah ke kubur arwah di sebelah Sekolah Teknik Pendang.. Tak percaya?? trust me.. kini,family dia menetap di Jitra. Bulan Mei ni, family dia nak wat gotong royong bersihkan kubur arwah n kenduri.. Jemput r datang pada sesiapa yang mengenali arwah...
someone_special said... on February 20, 2008 9:57 PM

maknanya peristiwa ini terjadi di kalangan masyarakat utara?


salam....bnyak betul jln citer yg aku dgr....lain2 lak 2...yg aku thu si arwah ni muda lagi ms kena hukum gantung...18thn...aku xpasti lak sapa yg,tp apa yg diaorg gtau...arwah ni minat kt sorg awek sejak sek lg..tp awek ni xlyn...dh tmt sek tue awek 2 kapel ngn sorg mamat a,tp xlm..diaorg pts..so arwah ni pn try la tackel...tackel pny tackel pastu dpt. diaorg pn nk khwin.1minggu sblm khwin awek dia mintk pts coz nk baik blik ngn mamat a.arwah xnk coz syg sgt2 kt awek.akibt xpk pnjg secr xsengj arwah 't'bnh' mamat a n awek dia skali.hukuman gantung tue permintaan arwah sendiri.dia meninggal dunia pd mei 2005.klu nk thu mn aku dpt citer ni,korg try cari kt youtube.
Anonymous said... on February 18, 2008 9:54 PM


Dan sebelum tu ada dinyatakan yang arwah Hazwan merupakan bekas pelajar SMK (A) Baling.
Cerita ini penuh kekaburan. Banyak percanggahan fakta. Juga punya terlalu banyak versi dalam internet. Dalam YouTube sendiri banyak sampai bergaduh budak2 tu menegakkan cerita masing2. Sudahnya, aku putuskan.. dengar lagu tu je sudey.. tak yah pening kepala.

walau apapun versi yang kita dengar dan samada cerita ini benar atau tidak, lagu ini mmg amat menyentuh rasa. Dari pertama kali saya mendengar lagu ini, saya merasakan penyanyi ini benar2 menyanyi dengan penuh perasaan, bagai sedang bercerita. Bagai terasa bagaimana seksanya jiwa watak2 dalam cerita ini. Ada sumber mengatakan lagu itu dinyanyikan sendiri oleh arwah Hazwan sehari sebelum hukuman dijalankan dengan membawa rakan2 bandnya untuk memainkan gitar (bila dengar elok2, lagu ini kedengaran menggunakan dua gitar), dan sumber lain mengatakan bukan arwah yang menyanyikan lagu ini sebaliknya orang lain yang diberi kepercayaan.

Kerana cinta mereka terpaksa melalui dugaan dan jalan yang langsung tidak terfikirkan sebelum ini. Moga kisah ini jadi pengajaran buat kita semua dan saya sendiri. Setialah pada yang satu sebelum terjadi perkara yang bakal buat kita menyesal seumur hidup.

Cinta memang benar2 punya kuasa..

UPDATED


dapat dari Hyuuga time lawat blog die.

ATTENTION ALL:
Saya Ayie nk bobal bahasa melayu pulak memandangkan ade lagi org yg TAK PAHAM BAHASA ENGLISH.

Sebelum saya mulakan,cerita tentang wujudnya video Hazwan membunuh tunangnya itu sebenarnya adalah TIPU.. Pls search for "HONOR KILLING - IRAQI GIRL STONED TO DEATH".. itu bukan video sebenar pembunuhan yg dikatekan dilakukan oleh Hazwan.. Tolong hentikan cerita yg MENGARUT ni k.

Tajuk sebenar lagu ni adalah "PERANGKAP CINTA". Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999. Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.

Tapi oleh kerana ianya adalah silap saya sendiri yg menyebarkan lagu ni kepada kawan2 yg saya percayai,dan ianya tersebar luas hingga mcm2 cerita yg timbul,saya tk dapat buat apa2.

Lagi satu,cerita tentang BANDUAN yg mati DIGANTUNG di malaysia yg dikatakan mencipta lagu ni adalah TIDAK BENAR. Saya juga TIDAK MENGENALINYA. Kalau betul dia yg mencipta lagu ni SILA DAPATKAN KELUARGA ARWAH untuk menghubungi saya secepat mungkin supaya nama baik arwah dan juga nama saya dapat dibersihkan. Saya juga mahukan BUKTI KUKUH dari keluarga arwah. Lagu ni juga BUKAN DARI KUMPULAN STRATEGY. Rakaman versi rock lagu ni ialah dari kawan baik saya yg merakamkan lagu itu mengunakan PC dirumah. Kepada pihak2 tertentu yg SENGAJA mengeluarkan cerita yg TIDAK BENAR atau dlm ertikata lain MEMFITNAH,satu saja yg boleh saya katakan- Kamu semua lebih teruk dari 'arwah' yg dikatakan membunuh sebab DOSA MEMFITNAH TU LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.. Dan kalau tak tahu cerita sebenar,baik DIAM saje ok. Saya tak marah tau,ni pun saya type dgn penuh sopan santun (",)..

Saya pun tak perlu nak perasan sendiri sebab memang lagu ni saya yg cipta. Yg dikatakan suara banduan yg nyanyikan dari penjara tu adalah suara saya sendiri yg dirakam dirumah. Saya tak takut kalau ada org yg nak cakap saya menipu sebab bukti ditangan saya dan kawan2 saya semua tahu tentang kesahihan lagu ni dari saya sendiri.


Akhir sekali,saya ingin meminta maaf kepada semua jika ada pihak yg tidak puashati tentang kesahihan lagu PERANGKAP CINTA. Yg benar akan tetap benar,tapi yg SALAH selama-lamanya TIDAK AKAN MENJADI BENAR. Sekarang semua dah FAHAM?? Kalau tk FAHAM2 jugak,sila hubungi saya secara peribadi. Buat masa sekarang saya harap anda semua terhibur dgn lagu PERANGKAP CINTA ini dari saya,Ayie dan kawan saya Berd..Terima kasih...

Regards,AYIE.
E-Mail: guastyle2023@hotmail.com
Share:

Wednesday, March 05, 2008

I Love My Friends









I’ve already forgotten when was the last time i spend my time with my friends – lepaking at The Kachi Mall. Sudahnya, malam itu kami bertemu setelah masing-masing reda dari kesibukan kehidupan kampus seperti yang telah dijanjikan beberapa hari lepas. Maklumlah, esoknya cuti. Hingga cukup 4 hari bercuti, minggu kuliah akan disambung seperti biasa. Mat tak datang, sedang dia sudah menyatakan persetujuan. Single is simple, double is trouble. Kwang kwang.
Minggu ini saya menumpukan sepenuh perhatian pada akademik yang semakin menuntut komitmen penuh dari saya, menyepi seketika dari dunia tarian. dari satu sudut, mungkin juga merajuk.

Topik perbincangan kami lebih berkisar pada kehidupan kampus, perancangan semester hadapan - mahu ke Genting Highland dan mungkin ke Pangkor! [Niza merungut dalam lucuannya, katanya saya ni semua pulau pun nak pegi], tentang keluhan kawan lelaki yang mengatakan perempuan sekarang mata duitan [why guys always think that way bout girls?], diselang-selikan dengan usikan dari teman2 tentang profesion bakal kaunselor yang saya pegang sekarang ini. Rakan2 saya kini semakin memerlukan kaunseling nampaknya. Haha..
Dan saya seperti biasa, seperti yang kalian tahu, saya lebih gemar mendengar dan tertawa bila kelucuan. Cuma sekali sekala bersuara juga jika dirasakan perlu.

Kalian tahu, saya kalau berkumpul dengan teman2, mmg langsung lupa pada sekeliling.. pada masa yang berlalu pantas. Saya teringat kata-kata ayah, “nana ni kalau jumpa kawan lupa-lah dunia” (My family call me as Nana). Dan itu satu sindiran yang pernah saya sambut dengan muka sardin.

Dalam keramaian itu, saya rasa sedikit terasing bila mereka mula bicara soal kuliah, soal pensyarah, soal program2 untuk International Business Management Society IBMS (Dzul aktif dalam persatuan tersebut).. aku bagai orang bodoh mendengar sahaja perbualan mereka yang agak rancak. Mereka ini teman2 yang dulunya seperjuangan dalam program International Business Management. Sejak menukar kos pengajian ke bidang kaunseling, agak sukar juga mencari teman. saya lebih selesa berteman dengan teman2 dari program lama. Mungkin sebab telah terbiasa bersama mereka semenjak semester pertama lagi. Muka2 itulah antara muka terawal yang saya kenali di UUM ini. Agak sukar untuk saya tempuhi buat masa ini kerana saya bukan termasuk dalam golongan orang yang cepat sahaja mendapat teman susah dan senang, tetapi saya tetap yakin pasti ada jalan keluar dari kemelut ini. Pasti ada..

Tidak lepas juga dari berbicara soal teman2 lain yg tidak ada waktu itu - Bila saya berfikir kembali, saya tertanya-tanya.. siapa saya untuk mempersoalkan dan mempertikaikan orang lain? Di satu sisi pasti orang itu lebih baik dari saya, dan di satu sisi lagi ada sesuatu dalam diri saya yang lebih baik dari orang tersebut. Saya perlu beri lebih fokus pada diri, meneladani sebanyak mana kebaikan orang dan menyempadani mana-mana yang tidak sesuai menjadi ikutan. Bukankah senang begitu.

Ditakdirkan sehingga tengah malam itu masing-masing kelihatan belum mahu angkat kaki balik ke kolej masing2. Ditakdirkan juga pakcik Unit Keselamatan (UK) tidak lupa menjalankan tugas malam itu. Berteraburlah kami selepas itu, tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

P/S ..Ah, penat juga membahasakan diri sebagai ‘saya’ dalam entri ini. Uhuhu.. macam formal.
Share:

Monday, March 03, 2008

HAVE U EVER REALLY LOVED A WOMAN



To really love a woman
To understand her
You gotta know her deep inside
Hear every thought
See every dream
And give her wings when she wants to fly

And when you find yourself
Lying helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman
You tell her that she’s really wanted
When you love a woman
You tell her that she’s the one
She needs somebody
To tell her that it’s gonna last forever
So tell me have you ever really
Really really ever loved a woman

To really love a woman
Let her hold you
Do you know how she needs to be touched ?
You gotta breath her
Really taste her
To you can feel her in your blood
Then when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman
You tell her that she’s really wanted
When you love a woman
You tell her that she’s the one
She needs somebody
To tell her that you’ll always be together
So tell me have you ever really
Really really ever loved a woman

You got to give her some faith
Hold her tight
A little tenderness
You gotta treat her right
She’ll be there for you
Taking good care of you
You really gotta love your woman

And when you find yourself
Lying helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman
You tell her that she’s really wanted
When you love a woman
You tell her that she’s the one
She needs somebody
To tell her that it’s gonna last forever
So tell me have you ever really
Really really ever loved a woman
Just tell me have you ever really
Really really ever loved a woman
Just tell me have you ever really
Really really ever loved a woman..



err, da byk kali ulas pasal lagu ni rasanya. hehe.. i just can't help it. this song is super romantic! love it love it!

"Have You Ever Really Loved a Woman?" is a 1995 song by Bryan Adams for the film Don Juan DeMarco. It is featured on the soundtrack and also on the album 18 Til I Die. It was at number one for five weeks on the Billboard Hot 100 in theUnited States. The song was written by Bryan Adams, Michael Kamen and Robert John "Mutt"Lange. It was their third number one song together as a songwriting team, and went onto earn them their second Oscar nomination. In the song the flamenco guitar isplayed by the Spanish guitar player Paco de LucĂ­a. He can also be seen in the video. Various women's groups contacted Adams when the song becamepopular, which led to his publishing a series of books of photos, with all proceeds going to breast cancer research.
Share:

Sunday, March 02, 2008

Gambar saja. :D

no gosipping guys!


Credit to Mr Ralph


"wo yuan bian cheng tong hua lini ai de na ge tian shi.." hoho. isn't he sweet n gentle?


with my bestfriend, Chu



Chu with her dinner partner



My Friends




Good Bye Lumut


Share: