2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




PROGRAM TEKNOLOGI PENJANA MODAL INSAN DI KAMPUNG BARU POKOK SENA
Thursday, February 07, 2008 posted at 21:04 ♥

Assalamualaikum..
Spjg beberapa hari ni aku bersenang2 tanpa meng’update’ blog (maksudku, mengepost entri). Malas. Aku dijangkiti sindrom malas.


31 JANUARI – 3 FEBUARI 2008


31 JANUARI 2008
ESEMES

Sedang aku melayan lagu ‘I still Believe’ dendangan Mariah Carey di kafe Kolej Kachi 2, mata tertangkap susuk tubuh seorang teman UUM, budak Kachi 1, lalu di hadapan cafe melalui kaca lutsinar. bekas teman sekelasku sewaktu di Sabah. Dia yang sedar akan kehadiranku kelihatan seperti ingin cepat. Saling senyum dan berbalas lambai cuma. Hati terdetik, apa agaknya yang dia lakukan cuti tahun baru cina ini..

Dan jari pantas mencapai punat telefon, mengesemes teman tersebut.

Setelah beberapa kali berbalas esemes, dia bertanya..
[word, excel, powerpoint.. ok kan?], dia memberitahu mereka kekurangan ahli. Ada yang tarik diri saat akhir. Lalu mengajakku ke Kampung Baru, Pokok Sena. Katanya tempat itu di area Alor Setar.

[Program bawah fakulti. Program Teknologi Penjana Modal Insan. Objektif program, mendedahkan kepada penduduk kampung tentang aplikasi komputer], Ujarnya setelah ditanya. Aku cepat sahaja bersetuju. Bukan senang punya waktu senggang utk aktiviti seperti ini.

KAMPUNG BARU, BATU 14, JALAN NAKA, POKOK SENA

Jam 5 aku sudah duduk di hadapan pejabat am kolej. Khaliq akan menemankanku hingga ke shahab, dan teman yang bernama Robert itu akan datang mengambilku di Shahab bersama ketua projek.
Sampai di Shahab, baru aku tahu, imran-lah ketua projek tu. Biasa nampak. Juga biasa tercuri dan mencuri pandang.
Sampai di dewan kampung.. Robert sahaja yang benar2 aku kenali di sana. Yang lain kelihatan familiar. Selain aku dan robert, ada 5 lagi perempuan dan 4 lelaki. Dalam 8-9 orang budak kachi. Aku salam dan berbual sebentar dgn mereka agar nanti tidak kekok bersama2 bekerja.

BRIEFING

Aktiviti malam itu ringkas sahaja. Pengenalan kepada komputer. Peserta2 dalam lingkungan kanak2 sekolah rendah, dan pelajar2 sekolah menengah dari kampung tersebut. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan satu fasilitator setiap kumpulan. Ohya.. fasilitator. Aku, Cikgu Saiful dan Cikgu Hamzah. Cikgu Hamzah sebagai ketua fasi. Briefing tentang komputer, dan fasi setiap kumpulan cuma menolong menjadi tempat rujukan dan memperjelaskan lagi apa yang diterangkan di hadapan kepada adik2. Itu sahaja. Mata aku banyak melilau2.. masih mempelajari suasana dan orang2 d sana sebenarnya.

Setelah post-mortem, tiba masa balik. Aku ditempatkan dengan Asma di rumah keluarga angkat tidak jauh dari situ. Melihatkan cara dan perwatakkan Asma, aku terkenangkan bekas roomate-ku sehingga semester dua, Aila. Rindu kat Aila!

MOTOSIKAL

Asma tarik keluar motosikal dari perkarangan dewan. Dan aku mula kaget. Motor?

‘kita naik motor?’

Melihatkan keaadaanku asma bertanya, ‘kenapa?’

‘err.. fobia sket. Pernah accident.’ Bohongku dalam satu nafas. Narik nafas lagi dan hela. Mmg pernah accident, tapi dengan kereta. Kereta terbalik melepasi penghadang jalan. Arghh.. Bkn accident dgn motor. Tp benar, aku kurang gemar bermotosikal. Nampaknya kali ni mmg kena naik juga.... sepanjang program, inilah transport aku dan asma.

Dlm perjalanan.. ‘asma bawa slow sikit yea..’ suara bergetar yang ditahan. kesiannya aku. aku shocked sebenarnya. Kali terakhir aku menaiki motosikal waktu sepupu aku dengan selamba membawa laju motosikal dan aku dgn tidak malunya menjerit2 spjg perjalanan. Nasib baik cuma jalan kampung.tapi selepas itu aku mmg tdk berani. Dengan keadaan tidak berhelmet dan tiada dinding pelindung seperti kereta, aku tiba2 jadi cukup cerewet dalam soal keselamatan.

‘jgnla macam tu’

‘saya percaya.’ Aku cepat membalas. Tidak mahu ada gelodak lain d jiwa teman baru itu.

Teman itu lega.

Perjalanan dalam 5 minit sahaja sebenarnya. Sepanjang jalan tadi gelap sahaja. Seperti melalui kawasan hutan. Oh Tuhan. Sedikit seram. Manusia bertopengkan haiwan yang paling ditakuti. Tetapi bila terasa bayu nyaman menyapa kulit d sepanjang perjalanan tadi, segalanya hilang d bawah angin lalu. Kampung ini terasa begitu mendamaikan.

Kami ditempatkan di bilik sederhana kecil. Namun cukup terasa selesa. Tdk ramai orang d rumah itu. Mak angkat, abah angkat, akak, abg dan seorang cucu kecil, airil.


1 FEBUARI 2008

SESI PEMBELAJARAN

Hari ini dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran aplikasi komputer. Microsoft office. Microsoft Word pada waktu pagi, Microsoft Excel pada waktu petang, dan malamnya pula Microsoft PowerPoint..

Robert berkata dalam senyuman nakal.. ‘kau tdk biasa naik motor kan’

Dan aku jadi pasti mesti nampak lawak aje reaksi muka aku waktu pertama kali aku membonceng motor semalam. Kau perhati ya bert.. haha..

Aku berkhidmat di makmal komputer. Berhadapan dengan karenah2 nakal peserta2 cilik yang asyik meminta utk dibenarkan bermain game dan macam2 lagi karenah lain, dan peserta2 dari sekolah menengah yang kadang2 mengada2. Kelihatan ganas, tapi manja. Itu jolokan pada budak2 sekolah menengah tersebut. Hehe..

KONVOI

Petangnya pengisian habis lebih awal. Teman2 merancang konvoi keliling kampung. Dan konvoi semestinya dengan motor. Aku? Aku cuba mengelak.

‘mengantuk’..

Namun setelah dipujuk sedikit dan memikirkan yang aku sendiri bukan selalu punya peluang ini, maka aku menurut sahaja. Kerisauan tdk berpenghujung yang mencanak2 hanya akan merugikan bukan?

Kami terus ke homestay, tempat tinggal Wie dan Jijie. Solat di sana. Kerana telah berjanji utk berkumpul d sana, sementara menunggu yang lain tiba, aku berjalan2 sebentar d perkarangan homestay. Sangat comel. Ada kolam buatan sendiri, pondok2 tempat istirahat seperti yang biasa aku lihat d filem2 atau drama2 melayu dengan padanan warna ceria, laluan kecil yang dihiasi dengan rimbunan pepohon yang dicantas dan dibentuk.. lanskap yang sangat cantik. Difahamkan pemilik homestay ini mmg cukup meminati seni landskap.

Antara destinasi sewaktu konvoi. Ladang getah, kandang lembu dan kandang kambing. Encik Mat penduduk kampung tersebut yang menjadi pemandu kami. Aku juga sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan motor. Lepas ni boleh ambil lesen motor pula. Hehe..
Pada malamnya, diteruskan dengan sesi pembelajaran Microsoft PowerPoint.


2 FEBUARI 2008

MAJLIS PERASMIAN

Pagi. Majlis perasmian. Program dirasmikan oleh YB. Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim. Merupakan seorang ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Program ini anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Pokok Sena dan Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Northern Corridor Economic Region Research Center (NCER-RC), dan ITU-UUM Asia Pacific Center Of Excellence. Ada nama yang agak baru dipendengaranku.

PENGISIAN

Pengisian hari ini. Waktu petang diisi dengan memberikan assignment mencipta slideshow yang paling kreatif utk peserta2 menengah sambil waktu riadah utk peserta2 sekolah rendah.

Utk acara riadah kanak2, antara pertandingan yang diadakan adalah Cari Gula Dalam Tepung, Tiup Belon Sampai Pecah, Kerusi Berlagu, dan Harimau & Kambing. Kakak fasi ikut bermain Harimau & Kambing. Sungguh seronok. Haha..

Malamnya lebih kepada majlis perpisahan. Juga penyampaian hadiah. Dan, ohya.. mempersembahkan hasil kreasi anak2 itu sepanjang petang mereka memerap di dalam makmal komputer. Assignment. Sambutan yang amat menggalakkan. Juga kreativiti yang patut dipuji. Kelihatannya kehadiran kami ke sini tidaklah sia-sia kerana nampak sangat pengetahuan yang kami terapkan telah mencambahkan minat dalam diri anak2 ini. Alhamdulillah.. syukur itu sesungguhnya milik ALLAH.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang cilik, juga pemenang2 slideshow paling kreatif. Kemudian hadiah kepada kami anak2 angkat kampung tersebut, dan hadiah balasan daripada kami kepada keluarga angkat masing2.

BERUCAP

Setelah itu, MC mempersilakan sebarang ucapan setiap daripada kami. 11 orang semuanya. Cikgu Saiful memulakan bicara dan mengakhirinya. Kemudian aku, maju menuju ke stage-mic dengan rasa sedikit debaran. bercakap d hadapan org ramai sebenarnya di luar kepakaran aku.

Seingat aku, setelah memberi salam dan salam yang dijawap sepenuh hati oleh anak2 cilik itu buat aku tersenyum sedikit di hadapan mereka. Semua mata tertancap padaku dan aku mula bersuara. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada seluruh warga kampung yang bertungkus lumus bekerjasama menyediakan yang terbaik sepanjang kami di situ dan juga telah bersama2 kami dalam menjayakan program tersebut. Kemudian kepada mak dan abah angkat yang menjaga aku dan asma bukan sahaja bagai anak sendiri, malah bagaikan puteri. Aku lihat mak tersenyum manis di tepi sambil mengangguk2 kepalanya kepadaku. Semangat menjalar dalam diri. Juga aku berpesan pada adik2 agar memanfaatkan apa yang mereka pelajari daripada kami melalui program ini..

Mmg ada jeda 2-3 kali sebelum aku menyambung bicara. Sempat juga aku mengerling ke belakang tempat d mana rakan2 lain berdiri sambil memikirkan perkataan yang sesuai. Tapi alhamdullillah ku lepasi dengan baik saat seperti itu.

Setelah selesai acara berucap, sampailah waktu sesi bermaaf-maafan. Sesi bergambar kenangan juga bermula (sejak program bermula beberapa hari lalu lagi sebenarnya), bermacam2 aksi, dan aku tetap dgn low-profilenya. Lebih memilih utk menyaksikan sahaja. Hanya menyertai bila dipelawa. Robert-lah teman di sisi paling setia sepanjang program. Hehe..

POST-MORTEM TERAKHIR. INI KEJAYAAN KITA.

Post-mortem. Post-mortem terakhir. Kami dmaklumkan Van UUM yang akan membawa kami pulang ke kampus (dan separuh yang akan ke Shahab terus balik ke daerah masing2) adalah pada jam 10 pagi. Berkumpul esok pagi dalam jam 9.30 di lokasi terakhir, Dewan Kampung Baru.

Ketua projek menyimpulkan yang misi kedatangan kami ke sini tercapai dengan jayanya. Dengan kerjasama dari semua pihak.

‘Ini kejayaan kita.’ Sambil memberitahu yang program ini mendapat pujian dari UUM sendiri. Masing2 mengukir senyum senang.

Malamnya, tidur lewat seperti biasa. Asma juga seperti biasa, sebelum lelap, sempat lagi menaip2 sesuatu pada laptop. Menyelesaikan tugasnya sebagai setiausaha.


3 FEBUARI 2008

KEMBALI KE UUM

Aku dan Asma sampai d dewan sekitar jam 9.45 pagi. Abah hantar. Aku membawa sekali bekalan yang mak sediakan. Ada lemang! Hehe.. Mak masih d rumah, katanya bakal menyusul. D dewan ramai lagi keluarga2 angkat rakan2 lain yg datang. Masing2 beramah mesra aku yang sedikit pendiam hanya tahu membalas senyum dan menjawap jika disoal. Sesopan mungkin. Bagaikan bertemu bakal mak mentua rasanya.

Van datang. Dengan lambang UUM d pintu van. Aku menyalami mak dan abah. Insyallah datang lagi bisikku. Mak menghadiahiku sehelai kain tudung dan minyak wangi yang dibawa dari Kota Mekah.

PENGHARGAAN

Mmg sudah aku ucapkan, tp sekali lagi dikesempatan ini, aku mengucapkan terima kasih kepada kalian kerana menerima aku menyertai kalian utk program fasa pertama ini. Memang ada perbezaan latar pengajian di mana aku pelajar kaunseling sedang yang lain pula semuanya pelajar IT dan dua daripada mereka pelajar edu-IT namun kerana pengetahuan dan minat aku juga ada sedikit tumpah pada IT dan juga pengalaman khidmat masyarakatku maka tidaklah terasa canggung sangat. Terima kasih kepada ketua projek Imran, MPP wakil FTM yang menjemput aku bersama mereka lagi utk fasa ketiga. Fasa ketiga katanya lebih berbentuk kemasyarakatan seterusnya melancarkan laman web kampung tersebut. Insyallah.

Alhamdulillah selesai...

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish