2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




AH HA TEE
Saturday, February 09, 2008 posted at 23:46 ♥

Apabila membicarakan tentang cinta pertama, seolah2 ada satu rasa sentimental yang menyelubungi. Cinta pertama adalah pelajaran pertama kehidupan yg tidak ditulis dalam mana2 manual.

Hari itu. Aku tekad. Ketika malam masih muda, ku hubungi sepupuku. Bertanyakan nombor telefon seseorang. Panggilanku benar bersambut. Dia masih seperti dulu.. masih dengan lenggok tawa yang sama, sifat yang agak nakal, lembut bicaranya.. dan aku masih terpesona tentang segala2nya tentang lelaki itu. Sudah hampir dua tahun berlalu dan meski cuma berbicara melalui telefon, aku masih merasakan debaran yang sama. Ah.. hati. Apakah ini brmakna kau masih menyimpan rasa yang sama?

Kami bertukar khabar. Tentang hidup masing2. Keluarga masing2. Juga tentang myspacenya yang di situ terdapat profile beberapa lagi ex-girlfriendnya. Katanya. Heh.. really. Really the old him. Cuma melalui cerita2nya, aku dpt merasakan tanggungjawap yang dia pikul skrg ni. Jadinya dia kelihatan makin matang. Aku.. entah. Tumpang gembira.

Setelah talian diputuskan, hati jadi sedikit tidak keruan. Ah hati. Kau gelisah ya.. kesian. Aku mengerti yang amat kerana kau dan aku adalah satu. Kita dalam tubuh yang sama. Kau menafikan tp rasa sayang itu masih ada, bukan. Rindu masih ada. Suaranya masih mampu menjentik rasa.. Jangan kau hanyut sudah.

Ya Allah.. Apakah ada hikmah lain lantas Kau wujudkan rasa aneh ini? Kerana setelah hampir dua tahun berpisah, mengapa hadirnya masih mampu menggetar rasa? Sesungguhnya aku redha dengan setiap ujian-Mu..

Kami mula menyulam perkenalan kami dengan bibit2 kasih pada awal remaja. Dan kenangan zaman sekolah menengah itu banyak terlukis namanya. Pada diari2 tahunanku, pada hati dan pada kenangan. Dia antara orang terawal yang mampu menjadi begitu sebati dalam hidup ini, masih ku akui. Meski waktu ini aku sudah mampu mencipta kenangan indah tanpanya..

Dia yang aku kenali merupakan seorang yang berwajah tenang, meski jiwanya bergelodak kencang. Mudah jatuh cinta. Penangan darah muda mungkin. Berkulit cerah, rambut ikal, sepasang mata redup dan senyuman yang menawan. Punya cinta untuk bidang muzik. Cukup aku katakan, dia memang digilai ramai. Pada page myspacenya aku dapat tahu dia vokalis utk band yang ditubuhkan bersama teman2nya. Suara yang mendamaikan itu, pantas sahaja digunakan sebaiknya.

Sepanjang bersamanya, aku menetapkan ikatan hati hanyalah ikatan hati. Bukan ikatan yang membolehkan kami berkelakuan lebih dari yang sepatutnya. Dia sentiasa mengerti..
Pipie, jika kau membaca, aku ingin sekali menitipkan penghargaan. Terima kasih melayanku sebagai wanita terhormat waktu bersamamu. Maruah ku jaga, dan kau memudahkan. Kau satu dalam seribu..

Aku bukan menggilainya. Aku cuma pernah mencintainya. Mencintai kebaikan dan keburukkannya. Pernah mempercayai ada istana untuk kami sedang menanti. Sama sekali aku menafikan kalau cinta ini dikatakan cinta monyet. Aku bersungguh. Dia juga. Tapi dengan dugaan yang semakin mencabar, sampai mana sajalah bertahan. 6 tahun bermain rasa, bila aku menjejak kaki ke Universiti, menjelang peperiksaan akhir semester pertama, aku dengan separuh kerelaan melepaskannya pergi..

Itu.
Hanya mengimbau kenangan yang semakin jauh meninggalkan.


‘ANTARA DUA CINTA YANG INGIN KU MILIKI,
CINTA INSANI DAN CINTA ILAHI.
PASTI YANG UTAMA CINTA ILAHI,
KERANA CINTANYA YANG HAKIKI.
ANTARA DUA INSAN YANG INGIN KU MILIKI,
KEKASIH HATI DAN SAHABAT SEJATI.
PASTI YANG UTAMA SAHABAT SEJATI,
KERANA SETIANYA SUKAR DITEMUI..’

Labels:


3 Comments:

Anonymous 13may said...

perghhhh!!!

blues sungguh :D

cinta itu umpama kurap...
makin di garu makin sedap..

woohhooo!!!

ps: number tepon kita, tanak ker??? wahahahaha :P

13 February, 2008 10:50  
Anonymous Fina said...

girls, biasala. suka pada subjek cinta. arif betul. hahahahah

27 May, 2009 03:52  
Anonymous Fina said...

13may,

oya, nmbor telefon bro ade brape ni? byk sgt ke smpai nak sedekah pulak kat org. haha :D

ok. x lawak.

02 June, 2009 21:46  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish