Pages

AH HA TEE II

Thursday, February 21, 2008

saya pernah kehilangan. dan juga telah melepasi saat sakitnya kehilangan itu. saya mengambil masa hampir dua tahun utk melupakan satu-satunya cinta insani yang pernah singgah dalam hidup ini. now, i'm totally free..

proses penyembuhan amat memakan masa yg panjang, sebab itu ada ungkapan 'TIME WILL ALWAYS KILLS THE PAIN'. tidaklah perlu terlalu memaksa diri melupakan bekas kekasih anda kerana anda akan sedar jiwa dan hati anda takkan mampu menampung kepedihan yang dirasai. memanglah memaksa perasaan sesuatu yang menyakitkan bukan..

mengenang kembali waktu dulu saat saya broke up dengan bekas kekasih, pada hari itu juga saya memaksa fikiran saya untuk rasional, cuba menerima hakikat jurang perbezaan antara kami terlalu besar hingga sukar utk disatukan. perbezaan buat kita saling melengkapi tetapi apa yang saya pelajari pada kisah lalu, ada perbezaan yang amat sukar disatukan. dan itu kenyataan yang terlalu pahit untuk saya terima. saya sedaya upaya mengatakan pada diri tiada guna bersedih semata-mata perkara seperti itu tetapi sebaliknya situasi saya semakin teruk. saya tertekan dan dalam masa yang sama saya berusaha utk membuang dia terus dari ingatan.

kemudian saya sedar, forgeting and letting go is something beyond my control. dan saya akhirnya cuba menerima atau dalam kata lain, menikmati rasa kecewa itu. memang pada mulanya, setiap kali menikmati rasa itu, saya sejujurnya berasa amat terluka. the journey is extremely painful. but this pain was better than avoiding or controlling feelings.

memang ambil masa dua tahun lamanya. tiada shortcut. tiada ruang utk mengelak. saya akui saya antara org yang paling takut pada sebuah kehilangan, tapi bila kita terpaksa berhadapan dengannya, kita mesti menghadapinya. saya gemar ungkapan ini.. 'LIFE NEVER HURTS WITHOUT REASON, IT'S TEACHING US'. Ya, bila kita meminta sesuatu dengan sepenuh hati, doa kita pasti dimakbulkan, dan ALLAH memberinya kepada kita dengan cara paling berhikmah. jika kita meminta kekuatan, ALLAH memberi kita kekuatan dengan cara paling berhikmah.

biar kelukaan keluar dengan airmata. keluarkanlah sepenuh hati, agar tidak ada yang tertinggal di dalam agar kelak tidak memakan diri sendiri. learn the art of accepting pain willingly. satu hari, percayalah, tidak akan ada kelukaan lagi dalam hati

cuba kenalpasti dan libatkan diri dalam aktiviti2 yang anda sukai yang boleh membuatkan ataupun membantu anda lupa sebentar dengan hal2 yang berkaitan dengan cinta. ada yang menyukai sukan, dan berbagai2 lagi aktiviti lain yang menjadi hobi. saya meminati aktiviti kemasyarakatan dan juga tarian. bagi saya, ini bukan proses melupakan, tapi mengisi apa yang kosong dengan perkara lain.

saya telah mencuba, dan walaupun bukan mudah, namun sekarang saya sudah tiada apa untuk ditangisi tentang cinta yang itu.

dua tahun sudah nyata berlalu, baru2 ini saya menghubunginya kembali bertanyakan khabar dan tidak lama selepas itu barulah saya benar2 sedar yang berbanding dengan waktu dulu, saya sudah bisa tersenyum saat membicarakan soal cinta, sudah bisa berfikir dan mempelajari hikmah yang terselindung di sebalik kehilangan tersebut, dan yang paling penting tidak ada dendam yang tersurat dan tersirat malah saya sudah bersedia mencipta bahagia tanpa sedikitpun bayangan dia..

No comments:

Post a Comment

Thanks for simply being here! *love*

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS