Pages

THE PERFECT STRANGER

Tuesday, February 26, 2008

Urghh.. sakit kepala ku yang berbentuk denyut-denyutan (tatabahasa tunggang terbalik!) seringkali menyerang. stress! Minggu ini antara minggu tersibuk. Dengan assignment, mid-term exam dan lain2. Ungkapan yang begitu klise dari seorang student universiti tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. And I’m looking forward for this Friday night. Despite those hectic life, we still have to entertain ourselves, agree? [wink wink! Hee..]

Ok here’s the story. Someone from my friendster’s friend list messaged me 2-3 days ago using friendster asking for my phone number for something urgent. And why i’m so easy giving out my number this time, that i can’t explain. Maybe cuz he’s also sabahan and i do know him for i used to have some chat with him on fs last year?

I was just starting to forget about it when the next morning, he called me. After introducED himself (which i appreciate so much ~ i hate people playing kind of riddle on me), he invited me to be his partner for a dinner. I was just like.. 'huh? He’s somewhat crazy or what?' (if u’re reading this, sorry Mr Ralph. Of coz u’re NOT. Hee)

As i know he’s dialing the right number, i gave him chance to explain just what he have to. From what he told me, that function is kinda fun, but it’s not that all to judge. I could take the risk meeting someone i haven’t meet before, but only after i was satisfied and sure with his seriousness, his sincerity, his arrangements, my safety, and all things in particular. Cuz if he didn’t reach the level, then the first word come into my mind would be ‘NO’.

I’m not going to tell u anymore details until i get back from there soon..


i got this pic from his fs.. entitled 'back to 60's'. as i remembered, he'd never change this primary pic since the first time i know him~ guess that he loves this pic so i put it here.. (or he was just doesnt really into changing primary pic once he had choose one?)..

EX
I met couple of my friends from my ex-course when i’m on the way from the Square to Lego to take my brunch. I smile to them, actually to one of them.. which used to be my.. kinda special one.

‘hey.. lama tidak nampak, pegi mana?’ tanyaku berbasa basi. My ex berjalan terus jauh ke hadapan as if there’s no one there saying ‘hi’ to them. Huh, not even a reply with those hell strange look? He’s acting like such an egoistic. Why on the earth i had ever fallen for that kind of man? After all, guess that we could start all over as friends but after this incident, there’s no way giving those chances. its not the way he ignoring me that hurts. Its the way he treat me like i’d never touched his life. That we’ve never know each other deeply. That he disrespect me. Oh.. why did i ask for his respect. he doesn’t even know how to respect girls.

Well.. i guess he’s the only ex that i ‘can’t get along again’ (read: HATE) after we’re broke up. Yea, falling to me is kinda easy, but to make it last, most of them giving up easily. I’m getting used to it.

teringat,
waktu ke PKU dulu, aku tertarik dengan ayat yang aku jumpa ini :

Ingat kesalahan kita pada orang,
Lupakan kesalahan orang pada kita,
Ingat kebaikan orang pada kita,
Lupa kebaikan kita pada orang.


Ayat tersebut tertera besar di dinding kaunter PKU. Nampak ringkas tapi punya simbolik mendalam lagi mudah difahami.. mudahkah menunaikan?

ULASAN FILEM
I need to watch a film. That was published around 2007-2008. Malay one. For my assignment.
Well actually i already got one in my mind.. filem CINTA. That film had touched me deeply. Oh and also filem MUKHSIN. But i dont have those CDs. I’ll see what i can do about it.

STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL
Oh iya.. aku ketemu dengan encik Hyuuga rabu lalu waktu ada sesi diskusi dengan seorang teman d foyer library. Around 11am. We talked just a while, he says he kinda busy now.. but what i see is he really got many free time. Hehe.. maybe cuz he looked like waiting for someone but when i asked him about that he deny it. Oh.. and he will be taking the same mid-term paper this night (which ends just now- i just came back from the examination hall). Boleh la jawap.. its multiply choice question, and all the maths formulas are already given.

Kenapa speaking sgt ni? Ini semua sebab encik Ralph la. I spent my two days texting him almost fully in english. And my electronic dictionary is always there for me. uhuk uhuk.

gotta go. Its rainy n cloudy today. Feel dizzy again..

HIDUP PENUH BICARA

Monday, February 25, 2008

hari ini di UUM sudah dua petang hujan turun. setelah berminggu-minggu bumi Sintok ini kemarau. sakitku belum sembuh sepenuhnya sebenarnya. tengahari tadi dalam perjalanan dari DKG 5 ke DKG 1, kepala terasa berdenyut. mungkin sbb cuaca panas. hari ini aku berbaju kurung biru muda dengan tudung putih. aku cakap macam ni sbb aku jarang berbaju kurung ke kuliah kerana lebih selesa berkemeja dan seluar. hoho.

minggu lalu adik bongsu berumur 11 tahun yang kami panggil Pipie masuk hospital, ada pembedahan susulan pada bahagian organ. bukan sakit, cuma posisi organ Pipie itu sedikit misplace. tersasar sedikit dari tempat yang sepatutnya. dari lahir lagi sebenarnya, tapi waktu masuk sekolah rendah, barulah masalah itu dirujuk pada pihak hospital. Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

'kami sebagai ibu bapa hanya mampu berusaha yang terbaik utk anak2..'

aku terkedu sebentar di hujung talian. suara mak begitu lirih. dan kedengaran agak letih dan mengantuk.

'mama di mana sekarang?'

'sini wad, jaga Pipie. baru habis bedah ni. pipie tidur..'

'mama tidak tidur?' aku kesian pada mama. mama seorang ibu yang punya jadual yang padat dengan bermacam2 aktiviti dan tanggungjawab dan ayah sebagai seorang pegawai kerajaan juga begitu. hanya Pipie sahaja yang tinggal di rumah, yang lain tiada.

'mama tidur juga. Pipie masih kesakitan lagi ni Na, nanti dia bangun karang merengek2 la tu kalau tiada yang layan'

'doktor kata apa mak?'

'belum lagi.. skrg ni suruh rehat dulu. isnin depan baru keluar hospital, skrg ni (sabtu) cuti. hari isnin lah baru boleh keluar. ayah kamu tu lagi ada meeting hari isnin. lepas tu baru boleh balik'.

aku menelefon tak lama, tapi kerap. ada sekali aku berpeluang bercakap dengan Pipie, cuma berbual biasa sahaja sambil bertanyakan khabar. suara dengar macam budak baik je, tapi nakalnye bukan main.

aku juga sudah tentu menelefon ayah sekali, bertanyakan khabar. mmg rutinku setiap minggu. tapi lebih kerap tepon mak la. hehe..

teringat hari tu Kili kat sarawak tepon, sekarang sedang buat latihan industri. or praktikal. telefon bersebab.

aku mulanya tdk kenal nombor tepon yang die guna.

'helo..'

'heiiii.. lembut smcm ja suara tuh'

'hoi. tukar nombor lagi ka?' sergahku bila sedar yg itu adikku.

'wahahaha' dia gelak sebentar dan memaklumkan tentang tentang simkad celcom 3G yang bleh online 24 jam tanpa henti dengan hanya RM8. aku sedikit pun tak heran. kami berbual sebentar sahaja, baterinya habis.

okaylah.. itu sahaja tentang citer familyku yang terbaru. hehe..

JUST PIC

BALIK FREE

Saturday, February 23, 2008

teman itu ketawa terbahak2 sambil berguling2 d atas katilnya yang berdekatan dgn dinding bilik kerana sangat seronok dapat balik free menjelang cuti pilihanraya nanti. aku membelek2 wajah di hadapan cermin bila..

'ahahahahahahahahehehhehehohohoho...~~~~auww!' tiba2 teman itu mengadu kesakitan.

aku menjenguknya dari tepi. mengangkat kening.

'sy termakan dinding ni wktu sy gelak td..' terang teman itu tanpa diminta.

dan aku membayangkan dia gelak smbil guling2 atas katil tu smpai tak sedar wajahnya dah dekat kat dinding bilik, then mulut yg tengah ternganga tu terus tertancap kat dinding tersebut. hohoho.. aku rasa sgt lucu.

aku belek wajah lagi skali dengan senyuman yang melebar, dan teman itu menyambung smula keseronokannya dpt balik free dengan bergelak ketawa..

Lagu Cina

Friday, February 22, 2008

bernyanyilah aku lagu cina kegemaranku yang cukup aku hafal ini sebaik sahaja terkatupnya pintu bilik mandi.. suasana agak lengang kerana masih awal petang lagi.

wang le you duo jiu
zai mei ting dao ni
dui wo shuo ni zui ai de gu shi
wo xiang le hen jiu
wo kai shi huang le
shi bu shi wo you zuo cuo le shen me

ni ku zhao dui wo shuo
tong hua li du shi pian ren de
wo bu ke neng shi ni de wang zi
ye xu ni bu hui dong
cong ni shuo ai wo yi hou
wo de tian kong xing xing dou liang le

wo yuan bian cheng tong hua li
ni ai de na ge tian shi
zhang kai shuang shou
bian cheng chi bang shou hu ni
ni yao xiang xin
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
xin fu he kuai le shi jie ju



dan kedengaran suara seorang perempuan cina menegurku dari bilik mandi sblh, dalam bahasa cina. aku mematikan suara.

agaknya da hbs mandi, perempuan tu berhenti dan ketuk2 pula pintu bilik mandiku. she keeps calling me with another name, maybe she'd mistaken me with her friend.
ok oww...

aku just nyanyi lagu cina, aku tak bersalah.

sudahnya aku cuma membatu, buat2 tak dgr. nyanyi lagu melayu pula. rasa lucu pula sikit. hihihi... pasni takkan nyanyi lagu tu lagi kat bilik air.

AH HA TEE II

Thursday, February 21, 2008

saya pernah kehilangan. dan juga telah melepasi saat sakitnya kehilangan itu. saya mengambil masa hampir dua tahun utk melupakan satu-satunya cinta insani yang pernah singgah dalam hidup ini. now, i'm totally free..

proses penyembuhan amat memakan masa yg panjang, sebab itu ada ungkapan 'TIME WILL ALWAYS KILLS THE PAIN'. tidaklah perlu terlalu memaksa diri melupakan bekas kekasih anda kerana anda akan sedar jiwa dan hati anda takkan mampu menampung kepedihan yang dirasai. memanglah memaksa perasaan sesuatu yang menyakitkan bukan..

mengenang kembali waktu dulu saat saya broke up dengan bekas kekasih, pada hari itu juga saya memaksa fikiran saya untuk rasional, cuba menerima hakikat jurang perbezaan antara kami terlalu besar hingga sukar utk disatukan. perbezaan buat kita saling melengkapi tetapi apa yang saya pelajari pada kisah lalu, ada perbezaan yang amat sukar disatukan. dan itu kenyataan yang terlalu pahit untuk saya terima. saya sedaya upaya mengatakan pada diri tiada guna bersedih semata-mata perkara seperti itu tetapi sebaliknya situasi saya semakin teruk. saya tertekan dan dalam masa yang sama saya berusaha utk membuang dia terus dari ingatan.

kemudian saya sedar, forgeting and letting go is something beyond my control. dan saya akhirnya cuba menerima atau dalam kata lain, menikmati rasa kecewa itu. memang pada mulanya, setiap kali menikmati rasa itu, saya sejujurnya berasa amat terluka. the journey is extremely painful. but this pain was better than avoiding or controlling feelings.

memang ambil masa dua tahun lamanya. tiada shortcut. tiada ruang utk mengelak. saya akui saya antara org yang paling takut pada sebuah kehilangan, tapi bila kita terpaksa berhadapan dengannya, kita mesti menghadapinya. saya gemar ungkapan ini.. 'LIFE NEVER HURTS WITHOUT REASON, IT'S TEACHING US'. Ya, bila kita meminta sesuatu dengan sepenuh hati, doa kita pasti dimakbulkan, dan ALLAH memberinya kepada kita dengan cara paling berhikmah. jika kita meminta kekuatan, ALLAH memberi kita kekuatan dengan cara paling berhikmah.

biar kelukaan keluar dengan airmata. keluarkanlah sepenuh hati, agar tidak ada yang tertinggal di dalam agar kelak tidak memakan diri sendiri. learn the art of accepting pain willingly. satu hari, percayalah, tidak akan ada kelukaan lagi dalam hati

cuba kenalpasti dan libatkan diri dalam aktiviti2 yang anda sukai yang boleh membuatkan ataupun membantu anda lupa sebentar dengan hal2 yang berkaitan dengan cinta. ada yang menyukai sukan, dan berbagai2 lagi aktiviti lain yang menjadi hobi. saya meminati aktiviti kemasyarakatan dan juga tarian. bagi saya, ini bukan proses melupakan, tapi mengisi apa yang kosong dengan perkara lain.

saya telah mencuba, dan walaupun bukan mudah, namun sekarang saya sudah tiada apa untuk ditangisi tentang cinta yang itu.

dua tahun sudah nyata berlalu, baru2 ini saya menghubunginya kembali bertanyakan khabar dan tidak lama selepas itu barulah saya benar2 sedar yang berbanding dengan waktu dulu, saya sudah bisa tersenyum saat membicarakan soal cinta, sudah bisa berfikir dan mempelajari hikmah yang terselindung di sebalik kehilangan tersebut, dan yang paling penting tidak ada dendam yang tersurat dan tersirat malah saya sudah bersedia mencipta bahagia tanpa sedikitpun bayangan dia..

Life

Wednesday, February 20, 2008

lama tak update. aku kekurangan selera dlm semua hal smnjak dua menjak ni. kejap lagi g PKU lak. Pusat Kesihatan Universiti. Bukan senang nak buat aku rela ke sana, nasib baik mengenangkan sakit yang aku deritai 3-4 hari ni, terpaksa menggagahkan diri juga. kalo tak, haram jadah aku tak g. aku lemas dengan bau2 ubat. dan bau rokok. dan bau kereta.

setiap malam semenjak isnin bebaru ni, malamku menjadi malam yang agak meletihkan. training lagi. kali ini bukan bawah Bidasari, tetapi kerana ditawarkan menjadi part time dancer ke Langkawi setiap minggu. aku masih dengan projek Bidasari tapi kerana Pesta Boria di USM hanya akan diadakan selepas pilihan raya, buat masa ni komitmen aku beri banyak sikit pada projek pegawai pusat kokay tu. awal2nya begitu teruja, namun dengan keadaan kesihatan skrg ni, aku jadi sedikit tertekan. tengah malam baru balik, mmg agak memenatkan..

ade calling ler. later..

TENTANG KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Tuesday, February 12, 2008

Berkata Ibnu Abbas r.a. :

Sesungguhnya kebaikan itu membuahkan 5 perkara:

1. Cahaya pada hati

2. Perhiasan pada wajah

3. Kekuatan pada tubuh badan

4. Keluasan pada rezeki

5. Rasa cinta di dalam hati setiap makhluk

Sesungguhnya kejahatan itu melahirkan 5 perkara:

1. Kegelapan pada hati

2. Kesuraman pada wajah

3. Kelemahan pada tubuh badan

4. Kesempitan dan kekurangan rezki

5. Kebencian dan kemarahan setiap makhluk

DOA YANG INDAH

Sunday, February 10, 2008

Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Allah menjawab.., akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

AH HA TEE

Saturday, February 09, 2008

Apabila membicarakan tentang cinta pertama, seolah2 ada satu rasa sentimental yang menyelubungi. Cinta pertama adalah pelajaran pertama kehidupan yg tidak ditulis dalam mana2 manual.

Hari itu. Aku tekad. Ketika malam masih muda, ku hubungi sepupuku. Bertanyakan nombor telefon seseorang. Panggilanku benar bersambut. Dia masih seperti dulu.. masih dengan lenggok tawa yang sama, sifat yang agak nakal, lembut bicaranya.. dan aku masih terpesona tentang segala2nya tentang lelaki itu. Sudah hampir dua tahun berlalu dan meski cuma berbicara melalui telefon, aku masih merasakan debaran yang sama. Ah.. hati. Apakah ini brmakna kau masih menyimpan rasa yang sama?

Kami bertukar khabar. Tentang hidup masing2. Keluarga masing2. Juga tentang myspacenya yang di situ terdapat profile beberapa lagi ex-girlfriendnya. Katanya. Heh.. really. Really the old him. Cuma melalui cerita2nya, aku dpt merasakan tanggungjawap yang dia pikul skrg ni. Jadinya dia kelihatan makin matang. Aku.. entah. Tumpang gembira.

Setelah talian diputuskan, hati jadi sedikit tidak keruan. Ah hati. Kau gelisah ya.. kesian. Aku mengerti yang amat kerana kau dan aku adalah satu. Kita dalam tubuh yang sama. Kau menafikan tp rasa sayang itu masih ada, bukan. Rindu masih ada. Suaranya masih mampu menjentik rasa.. Jangan kau hanyut sudah.

Ya Allah.. Apakah ada hikmah lain lantas Kau wujudkan rasa aneh ini? Kerana setelah hampir dua tahun berpisah, mengapa hadirnya masih mampu menggetar rasa? Sesungguhnya aku redha dengan setiap ujian-Mu..

Kami mula menyulam perkenalan kami dengan bibit2 kasih pada awal remaja. Dan kenangan zaman sekolah menengah itu banyak terlukis namanya. Pada diari2 tahunanku, pada hati dan pada kenangan. Dia antara orang terawal yang mampu menjadi begitu sebati dalam hidup ini, masih ku akui. Meski waktu ini aku sudah mampu mencipta kenangan indah tanpanya..

Dia yang aku kenali merupakan seorang yang berwajah tenang, meski jiwanya bergelodak kencang. Mudah jatuh cinta. Penangan darah muda mungkin. Berkulit cerah, rambut ikal, sepasang mata redup dan senyuman yang menawan. Punya cinta untuk bidang muzik. Cukup aku katakan, dia memang digilai ramai. Pada page myspacenya aku dapat tahu dia vokalis utk band yang ditubuhkan bersama teman2nya. Suara yang mendamaikan itu, pantas sahaja digunakan sebaiknya.

Sepanjang bersamanya, aku menetapkan ikatan hati hanyalah ikatan hati. Bukan ikatan yang membolehkan kami berkelakuan lebih dari yang sepatutnya. Dia sentiasa mengerti..
Pipie, jika kau membaca, aku ingin sekali menitipkan penghargaan. Terima kasih melayanku sebagai wanita terhormat waktu bersamamu. Maruah ku jaga, dan kau memudahkan. Kau satu dalam seribu..

Aku bukan menggilainya. Aku cuma pernah mencintainya. Mencintai kebaikan dan keburukkannya. Pernah mempercayai ada istana untuk kami sedang menanti. Sama sekali aku menafikan kalau cinta ini dikatakan cinta monyet. Aku bersungguh. Dia juga. Tapi dengan dugaan yang semakin mencabar, sampai mana sajalah bertahan. 6 tahun bermain rasa, bila aku menjejak kaki ke Universiti, menjelang peperiksaan akhir semester pertama, aku dengan separuh kerelaan melepaskannya pergi..

Itu.
Hanya mengimbau kenangan yang semakin jauh meninggalkan.


‘ANTARA DUA CINTA YANG INGIN KU MILIKI,
CINTA INSANI DAN CINTA ILAHI.
PASTI YANG UTAMA CINTA ILAHI,
KERANA CINTANYA YANG HAKIKI.
ANTARA DUA INSAN YANG INGIN KU MILIKI,
KEKASIH HATI DAN SAHABAT SEJATI.
PASTI YANG UTAMA SAHABAT SEJATI,
KERANA SETIANYA SUKAR DITEMUI..’

No Point

zwani.com myspace graphic comments



wah wah..

POKOK SENA

Friday, February 08, 2008



KELUARGAKU SEWAKTU 4 HARI 3 MALAM BERADA DI KAMPUNG BARU POKOK SENA ALOR SETAR. AKU, ASMA DAN AIRIL.

PROGRAM TEKNOLOGI PENJANA MODAL INSAN DI KAMPUNG BARU POKOK SENA

Thursday, February 07, 2008

Assalamualaikum..
Spjg beberapa hari ni aku bersenang2 tanpa meng’update’ blog (maksudku, mengepost entri). Malas. Aku dijangkiti sindrom malas.


31 JANUARI – 3 FEBUARI 2008


31 JANUARI 2008
ESEMES

Sedang aku melayan lagu ‘I still Believe’ dendangan Mariah Carey di kafe Kolej Kachi 2, mata tertangkap susuk tubuh seorang teman UUM, budak Kachi 1, lalu di hadapan cafe melalui kaca lutsinar. bekas teman sekelasku sewaktu di Sabah. Dia yang sedar akan kehadiranku kelihatan seperti ingin cepat. Saling senyum dan berbalas lambai cuma. Hati terdetik, apa agaknya yang dia lakukan cuti tahun baru cina ini..

Dan jari pantas mencapai punat telefon, mengesemes teman tersebut.

Setelah beberapa kali berbalas esemes, dia bertanya..
[word, excel, powerpoint.. ok kan?], dia memberitahu mereka kekurangan ahli. Ada yang tarik diri saat akhir. Lalu mengajakku ke Kampung Baru, Pokok Sena. Katanya tempat itu di area Alor Setar.

[Program bawah fakulti. Program Teknologi Penjana Modal Insan. Objektif program, mendedahkan kepada penduduk kampung tentang aplikasi komputer], Ujarnya setelah ditanya. Aku cepat sahaja bersetuju. Bukan senang punya waktu senggang utk aktiviti seperti ini.

KAMPUNG BARU, BATU 14, JALAN NAKA, POKOK SENA

Jam 5 aku sudah duduk di hadapan pejabat am kolej. Khaliq akan menemankanku hingga ke shahab, dan teman yang bernama Robert itu akan datang mengambilku di Shahab bersama ketua projek.
Sampai di Shahab, baru aku tahu, imran-lah ketua projek tu. Biasa nampak. Juga biasa tercuri dan mencuri pandang.
Sampai di dewan kampung.. Robert sahaja yang benar2 aku kenali di sana. Yang lain kelihatan familiar. Selain aku dan robert, ada 5 lagi perempuan dan 4 lelaki. Dalam 8-9 orang budak kachi. Aku salam dan berbual sebentar dgn mereka agar nanti tidak kekok bersama2 bekerja.

BRIEFING

Aktiviti malam itu ringkas sahaja. Pengenalan kepada komputer. Peserta2 dalam lingkungan kanak2 sekolah rendah, dan pelajar2 sekolah menengah dari kampung tersebut. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan satu fasilitator setiap kumpulan. Ohya.. fasilitator. Aku, Cikgu Saiful dan Cikgu Hamzah. Cikgu Hamzah sebagai ketua fasi. Briefing tentang komputer, dan fasi setiap kumpulan cuma menolong menjadi tempat rujukan dan memperjelaskan lagi apa yang diterangkan di hadapan kepada adik2. Itu sahaja. Mata aku banyak melilau2.. masih mempelajari suasana dan orang2 d sana sebenarnya.

Setelah post-mortem, tiba masa balik. Aku ditempatkan dengan Asma di rumah keluarga angkat tidak jauh dari situ. Melihatkan cara dan perwatakkan Asma, aku terkenangkan bekas roomate-ku sehingga semester dua, Aila. Rindu kat Aila!

MOTOSIKAL

Asma tarik keluar motosikal dari perkarangan dewan. Dan aku mula kaget. Motor?

‘kita naik motor?’

Melihatkan keaadaanku asma bertanya, ‘kenapa?’

‘err.. fobia sket. Pernah accident.’ Bohongku dalam satu nafas. Narik nafas lagi dan hela. Mmg pernah accident, tapi dengan kereta. Kereta terbalik melepasi penghadang jalan. Arghh.. Bkn accident dgn motor. Tp benar, aku kurang gemar bermotosikal. Nampaknya kali ni mmg kena naik juga.... sepanjang program, inilah transport aku dan asma.

Dlm perjalanan.. ‘asma bawa slow sikit yea..’ suara bergetar yang ditahan. kesiannya aku. aku shocked sebenarnya. Kali terakhir aku menaiki motosikal waktu sepupu aku dengan selamba membawa laju motosikal dan aku dgn tidak malunya menjerit2 spjg perjalanan. Nasib baik cuma jalan kampung.tapi selepas itu aku mmg tdk berani. Dengan keadaan tidak berhelmet dan tiada dinding pelindung seperti kereta, aku tiba2 jadi cukup cerewet dalam soal keselamatan.

‘jgnla macam tu’

‘saya percaya.’ Aku cepat membalas. Tidak mahu ada gelodak lain d jiwa teman baru itu.

Teman itu lega.

Perjalanan dalam 5 minit sahaja sebenarnya. Sepanjang jalan tadi gelap sahaja. Seperti melalui kawasan hutan. Oh Tuhan. Sedikit seram. Manusia bertopengkan haiwan yang paling ditakuti. Tetapi bila terasa bayu nyaman menyapa kulit d sepanjang perjalanan tadi, segalanya hilang d bawah angin lalu. Kampung ini terasa begitu mendamaikan.

Kami ditempatkan di bilik sederhana kecil. Namun cukup terasa selesa. Tdk ramai orang d rumah itu. Mak angkat, abah angkat, akak, abg dan seorang cucu kecil, airil.


1 FEBUARI 2008

SESI PEMBELAJARAN

Hari ini dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran aplikasi komputer. Microsoft office. Microsoft Word pada waktu pagi, Microsoft Excel pada waktu petang, dan malamnya pula Microsoft PowerPoint..

Robert berkata dalam senyuman nakal.. ‘kau tdk biasa naik motor kan’

Dan aku jadi pasti mesti nampak lawak aje reaksi muka aku waktu pertama kali aku membonceng motor semalam. Kau perhati ya bert.. haha..

Aku berkhidmat di makmal komputer. Berhadapan dengan karenah2 nakal peserta2 cilik yang asyik meminta utk dibenarkan bermain game dan macam2 lagi karenah lain, dan peserta2 dari sekolah menengah yang kadang2 mengada2. Kelihatan ganas, tapi manja. Itu jolokan pada budak2 sekolah menengah tersebut. Hehe..

KONVOI

Petangnya pengisian habis lebih awal. Teman2 merancang konvoi keliling kampung. Dan konvoi semestinya dengan motor. Aku? Aku cuba mengelak.

‘mengantuk’..

Namun setelah dipujuk sedikit dan memikirkan yang aku sendiri bukan selalu punya peluang ini, maka aku menurut sahaja. Kerisauan tdk berpenghujung yang mencanak2 hanya akan merugikan bukan?

Kami terus ke homestay, tempat tinggal Wie dan Jijie. Solat di sana. Kerana telah berjanji utk berkumpul d sana, sementara menunggu yang lain tiba, aku berjalan2 sebentar d perkarangan homestay. Sangat comel. Ada kolam buatan sendiri, pondok2 tempat istirahat seperti yang biasa aku lihat d filem2 atau drama2 melayu dengan padanan warna ceria, laluan kecil yang dihiasi dengan rimbunan pepohon yang dicantas dan dibentuk.. lanskap yang sangat cantik. Difahamkan pemilik homestay ini mmg cukup meminati seni landskap.

Antara destinasi sewaktu konvoi. Ladang getah, kandang lembu dan kandang kambing. Encik Mat penduduk kampung tersebut yang menjadi pemandu kami. Aku juga sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan motor. Lepas ni boleh ambil lesen motor pula. Hehe..
Pada malamnya, diteruskan dengan sesi pembelajaran Microsoft PowerPoint.


2 FEBUARI 2008

MAJLIS PERASMIAN

Pagi. Majlis perasmian. Program dirasmikan oleh YB. Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim. Merupakan seorang ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Program ini anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Pokok Sena dan Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Northern Corridor Economic Region Research Center (NCER-RC), dan ITU-UUM Asia Pacific Center Of Excellence. Ada nama yang agak baru dipendengaranku.

PENGISIAN

Pengisian hari ini. Waktu petang diisi dengan memberikan assignment mencipta slideshow yang paling kreatif utk peserta2 menengah sambil waktu riadah utk peserta2 sekolah rendah.

Utk acara riadah kanak2, antara pertandingan yang diadakan adalah Cari Gula Dalam Tepung, Tiup Belon Sampai Pecah, Kerusi Berlagu, dan Harimau & Kambing. Kakak fasi ikut bermain Harimau & Kambing. Sungguh seronok. Haha..

Malamnya lebih kepada majlis perpisahan. Juga penyampaian hadiah. Dan, ohya.. mempersembahkan hasil kreasi anak2 itu sepanjang petang mereka memerap di dalam makmal komputer. Assignment. Sambutan yang amat menggalakkan. Juga kreativiti yang patut dipuji. Kelihatannya kehadiran kami ke sini tidaklah sia-sia kerana nampak sangat pengetahuan yang kami terapkan telah mencambahkan minat dalam diri anak2 ini. Alhamdulillah.. syukur itu sesungguhnya milik ALLAH.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang cilik, juga pemenang2 slideshow paling kreatif. Kemudian hadiah kepada kami anak2 angkat kampung tersebut, dan hadiah balasan daripada kami kepada keluarga angkat masing2.

BERUCAP

Setelah itu, MC mempersilakan sebarang ucapan setiap daripada kami. 11 orang semuanya. Cikgu Saiful memulakan bicara dan mengakhirinya. Kemudian aku, maju menuju ke stage-mic dengan rasa sedikit debaran. bercakap d hadapan org ramai sebenarnya di luar kepakaran aku.

Seingat aku, setelah memberi salam dan salam yang dijawap sepenuh hati oleh anak2 cilik itu buat aku tersenyum sedikit di hadapan mereka. Semua mata tertancap padaku dan aku mula bersuara. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada seluruh warga kampung yang bertungkus lumus bekerjasama menyediakan yang terbaik sepanjang kami di situ dan juga telah bersama2 kami dalam menjayakan program tersebut. Kemudian kepada mak dan abah angkat yang menjaga aku dan asma bukan sahaja bagai anak sendiri, malah bagaikan puteri. Aku lihat mak tersenyum manis di tepi sambil mengangguk2 kepalanya kepadaku. Semangat menjalar dalam diri. Juga aku berpesan pada adik2 agar memanfaatkan apa yang mereka pelajari daripada kami melalui program ini..

Mmg ada jeda 2-3 kali sebelum aku menyambung bicara. Sempat juga aku mengerling ke belakang tempat d mana rakan2 lain berdiri sambil memikirkan perkataan yang sesuai. Tapi alhamdullillah ku lepasi dengan baik saat seperti itu.

Setelah selesai acara berucap, sampailah waktu sesi bermaaf-maafan. Sesi bergambar kenangan juga bermula (sejak program bermula beberapa hari lalu lagi sebenarnya), bermacam2 aksi, dan aku tetap dgn low-profilenya. Lebih memilih utk menyaksikan sahaja. Hanya menyertai bila dipelawa. Robert-lah teman di sisi paling setia sepanjang program. Hehe..

POST-MORTEM TERAKHIR. INI KEJAYAAN KITA.

Post-mortem. Post-mortem terakhir. Kami dmaklumkan Van UUM yang akan membawa kami pulang ke kampus (dan separuh yang akan ke Shahab terus balik ke daerah masing2) adalah pada jam 10 pagi. Berkumpul esok pagi dalam jam 9.30 di lokasi terakhir, Dewan Kampung Baru.

Ketua projek menyimpulkan yang misi kedatangan kami ke sini tercapai dengan jayanya. Dengan kerjasama dari semua pihak.

‘Ini kejayaan kita.’ Sambil memberitahu yang program ini mendapat pujian dari UUM sendiri. Masing2 mengukir senyum senang.

Malamnya, tidur lewat seperti biasa. Asma juga seperti biasa, sebelum lelap, sempat lagi menaip2 sesuatu pada laptop. Menyelesaikan tugasnya sebagai setiausaha.


3 FEBUARI 2008

KEMBALI KE UUM

Aku dan Asma sampai d dewan sekitar jam 9.45 pagi. Abah hantar. Aku membawa sekali bekalan yang mak sediakan. Ada lemang! Hehe.. Mak masih d rumah, katanya bakal menyusul. D dewan ramai lagi keluarga2 angkat rakan2 lain yg datang. Masing2 beramah mesra aku yang sedikit pendiam hanya tahu membalas senyum dan menjawap jika disoal. Sesopan mungkin. Bagaikan bertemu bakal mak mentua rasanya.

Van datang. Dengan lambang UUM d pintu van. Aku menyalami mak dan abah. Insyallah datang lagi bisikku. Mak menghadiahiku sehelai kain tudung dan minyak wangi yang dibawa dari Kota Mekah.

PENGHARGAAN

Mmg sudah aku ucapkan, tp sekali lagi dikesempatan ini, aku mengucapkan terima kasih kepada kalian kerana menerima aku menyertai kalian utk program fasa pertama ini. Memang ada perbezaan latar pengajian di mana aku pelajar kaunseling sedang yang lain pula semuanya pelajar IT dan dua daripada mereka pelajar edu-IT namun kerana pengetahuan dan minat aku juga ada sedikit tumpah pada IT dan juga pengalaman khidmat masyarakatku maka tidaklah terasa canggung sangat. Terima kasih kepada ketua projek Imran, MPP wakil FTM yang menjemput aku bersama mereka lagi utk fasa ketiga. Fasa ketiga katanya lebih berbentuk kemasyarakatan seterusnya melancarkan laman web kampung tersebut. Insyallah.

Alhamdulillah selesai...
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS