2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Ungu Karmila
Thursday, January 10, 2008 posted at 22:50 ♥


PUNCAK RIMBA, CAMERON HIGHLANDS




ARAFAT mengajak Arif ke kawasan perbukitan berdekatan dengan sebuah perkampungan Orang Asli. Mereka sampai di satu kawasan yang cukup mendamaikan, dikelilingi rimbunan kehijauan hutan, bersuhu antara 19° - 22°C. Arafat tahu Arif amat menyukai suasana sedemikan. Arafat mengajak Arif berjalan tidak jauh dari jalan raya. Kelihatan sekumpulan pekerja Indonesia sedang membersihkan rimbunan semak belukar di sebuah kawasan yang telah pun lapang.
“Kau nak buka calet ke?” Arif sekadar menduga-duga.
“Kau suka kawasan ni?”
“Hmm... suka.” Arif mengangguk.
“Kalau begitu, ambiklah tanah ni. Buat rumah, buka kebun bunga dan jual bunga. Bulan Februari adalah ulang tahun pertama perkahwinan kau, kan?” teka Arafat. Arif mengangguk spontan. “Abang akan pastikan rumah kau siap sebelum tarikh keramat tu.”
“Err... tak... tak tahu nak cakap, bang.” Suara Arif tersekat-sekat.
“Tak susah... katakan saja terima kasih bang.” Arafat tersenyum lebar.
Serta-merta Arif memeluk Arafat. “Terima kasih, bang. Saya... terharu terima hadiah besar ni,” ucap Arif sejujur ikhlas. Arafat menghela nafas panjang.
“Dalam adik-beradik... kita hanya berdua saja, Arif.” Arafat menepuk-nepuk bahu adiknya.
PINGGIR KUALA LUMPUR
KARMILA termenung panjang ketika kedai bunganya sunyi dari kedatangan pembeli. Sesekali dia melihat jam tangan. Sudah pun pukul 4.35 petang. Suami dan abang iparnya berpergian seawal pagi tadi tanpa khabar berita.
“Nyonya...” tegur Jainab perlahan menyebabkan Karmila sedikit tersentak. “... belum sehari bapak pergi... kok, nyonya sudah ngelamun jauh sekali.” Jainab mengusik untuk tujuan menghiburkan kegalauan Karmila.
“Tak apa-apalah, Bu Jainab. Cuma risau saja. Abang Arif tak telefon sejak pergi awal tadi.” Karmila bijak menyembunyikan rasa hati.
“Ya... biarkan rindu itu terbakar... cemburu pula biarlah membara, nyonya. Itu kan baik untuk menyuburkan kasih sayang antara suami isteri?”
MALAM itu Arif memeriksa buku akaun serta membuat kira-kira sendirian di ruang tamu. Raut mukanya menggambarkan sesuatu yang amat menggembirakan. Dan ketika malam semakin lewat, Karmila sempat mengintai suaminya dari celah pintu sebelum keluar dari bilik tidur. Menyapa Arif dengan lembut sekali.
“Tak tidur lagi sayang?” Perlahan-lahan Arif menutup failnya.
“Abang ke mana
sepanjang siang tadi?”
“Cameron Highlands.” Ringkas Arif menjawab.
“Abang fikir nak besarkan bisnes.” Arif mengalihkan topik perbualan. “Sesuatu yang ungu akan menunggu Karmila nanti.” Arif masih berkias-kias. Kali ini Karmila nampak kebingungan. “Setakat ini... biarlah rahsia.” Arif galak ketawa. Tercuit juga hati Karmila.
“Rahsia akan berakhir apabila Karmila terlupa.” Arif menguis hidung mancung isterinya. Kali ini Karmila tertawa girang.
DARI celah pintu bilik, Jainab mengintai melihat keriangan suami isteri majikannya.
“Biarlah rahsia...” Cebikan bibir Jainab terbentuk. “... tapi aku tahu rahsia Karmila, Tuan Arif. Hmm... tidak mengapalah... biarlah rahsia.” Perlahan-lahan Jainab menutup pintu. Duduk di katil dan mencapai sebuah diari. Mencatatkan sesuatu. Membuat catatan panjang seperti menulis sebuah buku cerita. Semuanya mengenai Arif dan Karmila – pasangan suami isteri paling bahagia pernah ditemuinya.


******



RUMAH itu sudah lama terbiar tidak berpenghuni. Terperosok di sebuah hutan perbukitan, tidak jauh dari perkampungan Orang Asli. Terletak satu setengah kilometer jaraknya dari jalan raya Puncak Rimba, Cameron Highlands. Dari arah luar kawasan... tiada sesiapa yang tahu di situ terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Ia dilindungi pokok-pokok berdaun lebat dan terletak melandai ke bawah dari jalan raya. Rumah itu seolah-olah sengaja menyembunyikan dirinya untuk terus menikmati kesunyian alam.
Rumah dua tingkat itu dibina 10 tahun lalu. Ia milik sepasang suami isteri yang kelihatan bahagia menikmati hidup mereka sehari-hari. Keseluruhan rumah itu berwarna ungu. Kecuali bumbung sahaja yang berwarna biru. Ia gabungan warna terang yang kelihatan unik. Manakala di sekeliling rumah itu dibina pagar-pagar kayu yang juga berwarna ungu. Pagar bersilang dan runcing di bahagian atas, dipacak rapat-rapat dan menyamai ketinggian seorang lelaki normal.

Setelah sekian lama tidak berpenghuni, rumah itu kelihatan lusuh, walaupun masih kukuh. Akar-akar rumput menjalar di sana sini. Dari luar... ia kelihatan menyeramkan. Menurut cerita masyarakat setempat di kalangan Orang Asli – rumah itu sedang tidur sekarang. Biarkan ia tidur. Kalau ia terbangun... malapetaka pasti menimpa pada mereka yang membuatkan ia terjaga. Maka...jauhkan diri dari rumah ungu itu!
TRAGEDI
Malam tadi Jikon menceroboh dengan harapan menjumpai harta bertimbun yang diceritakan selama ini. Namun harta itu dijagai oleh satu kuasa jahat. Mengikut kepercayaan masyarakat setempat, terdapat roh-roh yang tidak aman sedang berkeliaran di rumah ungu itu.

Kini Jikon mesti lari dari rumah itu. Dia lekas memusing tombol dan kelam kabut menariknya. Apabila jalan keluar sudah ternganga, Jikon terus berlari. Namun setiap kayuhan langkahnya tidak stabil meredah kabus yang kabut. Dia tersungkur lalu menoleh ke belakang. Imej rumah ungu itu menjadi herot pada pandangannya. Suara orang ketawa berdesing-desing menusuk anak telinga. Jikon bangkit semula. Ketakutan terlalu menguasai perasaan. Dia seperti dikejar sesuatu yang ghaib.
Setelah bersusah payah memanjat pintu pagar, Jikon terus berlari ke arah jalan raya. Terpaksa menguatkan kaki mendaki tanah landai. Sesekali dia menoleh. Terdapat bayangan hitam yang memegang sebilah sabit sedang mengekori dari belakang.
Jikon menjerit meminta tolong. Berteriak sekuat hati sehingga suaranya menjadi serak. Dia terjatuh. Bayangan berjubah hitam yang mengejarnya tadi sudah berdiri di hujung kaki. Mukanya tidak kelihatan kerana ditutupi selubung. Mengangkat sebilah parang. Jikon menjerit nyaring...

Hai! ini entri pertamaku tentang buku. Aku mau menyentuh sedikit tentang salah satu novel Ramlee Awang Murshid, penulis thriller nombor satu Malaysia - my all time favourite novelis thriller yang berasal dari Tuaran Sabah. aku masih baru berjinak2 membaca karyanya semenjak novel Rahsia Perindu dan kini merupakan pembaca konsisten novelnya. Novel paling barunya saat ini, Ungu Karmila, yang akan dipasarkan bermula 30 Januari ini dengan harga RM19.90.
kerana novel ini belum dipasarkan lagi, aku juga belum punya peluang membacanya. karya akhirnya - Cinta Sang Ratu kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri. karya2nya mantap belaka. mmg ada kelas tersendiri. dan Rahsia Perindu lah yang sebenarnya penarik utama untuk aku terus mengikuti perkembangan karya penulis tersebut. dua kali aku membaca novel tersebut (sewaktu aku di tingkatan 6 atas) utk benar2 memahami tiap bait kata2 yang di adun seintelek mungkin. menelusuri emosi.. kupasan penuh berhati2.. rugi rasanya jika kurang memahami.

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish