2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Pesanan Buat Suamiku
Sunday, January 20, 2008 posted at 23:10 ♥

Suamiku,
Kita bertemu untuk saling melengkapi. Dengarlah bisikan kata hati ini.. harapan dari sudut hati kecil ini utk kita dalam bersama2 membina hidup yang lebih berkat dan diredhai-Nya..


Suamiku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai maka lalailah aku. Wahai suami tersayang, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsu mu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, kasih, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco2nya..


Suamiku,
Aku suka kiranya kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. Kenalkanlah aku pada majlis2 agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu2 yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar..


Suamiku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku agar menjadi permata di lembah kaca. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku, sayang, agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar utk aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah..


Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan teindah hidupmu..

*******

ohoho.. aku belum berkahwin ye tuan2 dan puan2.

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish