2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




"BABAI MAK..."
Wednesday, January 30, 2008 posted at 23:20 ♥

Suatu petang di sebuah ' supermarket ' ....

Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yan g tengah memandangnya dengan mata yan g tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik.. dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan.

Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk pembayar barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas"

Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu."Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yan g boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu.

"Aaaa....makcik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap ' babai... mak!! '? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!!!!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu.

"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....

********


Moralnya, Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali. Hehe..

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish