2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




BAHASA MELAYU SABAH
Saturday, January 12, 2008 posted at 22:56 ♥

Hari Sabtu. Kokay dah bermula.. utk minggu kedua.

Roomate sakit. Demam.

dah approach ketua paras, then approach ketua blok utk urus hal roomate ni. kerana jam 4 karang aku ada kokay. aku kurang gemar skip2 kokay ni. dah hubungi felo bertugas utk hantar g PKU. alhamdulillah, time aku hantar entri baru ni, roomate dah ada kat PKU.

ni aku post balik entri aku kat blog friendsterku


Negeri Di Bawah Bayu. Gelaran ini diberi disebabkan kedudukan negeri Sabah yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Negeri Sabah terletak di bahagian Utara Kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Sabah is blessed with more than 30 indigenous groups.. ada kepelbagaian suku kaum.. di samping penggunaan bahasa yang tersendiri mengikut kaum. Suku kaum Kadazan dan Dusun (majoriti - 1/3), Murut, Melayu Sabah, Cina, Bisaya dan sebagainya. Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bhs Melayu namun terdapat bahasa-bahasa lain yang dituturkan spt Bahasa Kadazan, Bhs Cina (Mandarin, Hakka) dan lain-lain. Walaupun Bhs Melayu bahasa perantaraan utama, Bhs Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bhs Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.

okeh.. ni sy dapat dari Wikipedia ..maybe korang bleh faham sedikit style loghat org Sabah ni sebab sy tau.. ada kalangan kawan2 yg tak pernah tahu kerana publisiti yang kurang memberangsangkan. tak kurang gak yg mmg teringin nak tau. so, ni ade serba sedikit. Iyela kot2 nanti dpt pakwe or makwe Sabahan...... hehehehe....

Perbendaharaan kata

Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia dan Brunei, serta Bhs KadazanDusun, Bhs Inggeris dan terdapat juga pengaruh loghat Cina Hakka. Beberapa contoh:

  • bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
  • cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
  • limpang - baring
  • limpas - lepas (masa), lalu, atau lintas (seberang)
  • lugai-lugai - tak tentu arah
  • lilipan - lipan
  • ndak/inda - tidak
  • ping - minuman berais
  • poncit - pancit
  • semberana - sengaja
  • sikang - sudu
  • sigup - rokok
  • sikul - sekolah
  • aisboks - peti sejuk
  • bubut - kejar
  • palui - bodoh
  • sot - gila
  • ngam-ngam - sesuai
  • silaka - Celaka
  • mem - ibu
  • bos - bapa
  • jambu - jelita
  • mangkali - berangkali
  • diorang - mereka

Penggunaan kata tambah -bah

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata

  • Iya bah. - Iya, lah.

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

  • Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.

Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

  • Bah. - Baiklah

Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.

Penggunaan "anu"

"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.

Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.

Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.

"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".

Contoh: Macammana mau anu ni?. Jangan kasi anu tu!.

Penyampaian

Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'

  • pigi - pergi
  • sijuk - sejuk
  • bisuk - besok
  • mimang - memang
  • cilaka (silaka) - celaka

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'

  • kamarin - kelmarin
  • paning - pening
  • bali - beli
  • karbau/krabau - kerbau
  • tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
  • tambirang - Tembirang
  • sanapang - 'senapang

Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'

  • bula - bola
  • urang - orang
  • buduh - bodoh
  • munyit - monyet

Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.

  • slipar - selipar
  • krusi - kerusi
  • triak - teriak'
  • brani - berani
  • tlefon - telefon
  • skarang - sekarang

Penggunaan Berbeza

Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.

Contohnya:

  • Sia (saya) - Saya
  • aku - saya
  • kau - awak
  • periuk - kuali
  • celana - seluar
  • piring - pinggan
  • mengarti (mengerti) - faham
  • Nda payah - tak perlu
  • ta'usah (tak usah) - jangan
  • munyit (monyet) - kera
  • minta puji - berlagak (sombong)
  • jandila (jendela) - tingkap

Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.

  • tapuk - sorok
  • biasa - nakal

Kesimpulan

Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.

Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah... :)




Sekian.

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish