Wednesday, January 30, 2008

BUAT KALIAN..

Assalamualaikum pembuka bicara..

bagi yang setia mengikuti perkembangan blogku yang tidak seberapa dari friendster hingga ke blogspot mmg sudah byk yg aku kongsi bersama kalian. tidak lupa juga yang baru mengikuti perkembangan, perhatian kalian terhadap tulisan2 dan entri2 ku sungguh aku hargai. sesungguhnya 'rumah' inilah tempat hati aku berlindung, membebel sendirian ada indahnya yg tersendiri. di sini tempat aku berteduh saat aku susah dan senang, dan kesudian kalian menjenguk setiap entriku merupakan hadiah berharga.. kehadiran kalian ke dalam 'rumah' ini kiranya bagaikan berkongsi cerita.. mengurangkan rasa resah hati ini.. terima kasih yang tidak terhingga..
Share:

"BABAI MAK..."

Suatu petang di sebuah ' supermarket ' ....

Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yan g tengah memandangnya dengan mata yan g tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik.. dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan.

Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk pembayar barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas"

Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu."Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yan g boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu.

"Aaaa....makcik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap ' babai... mak!! '? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!!!!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu.

"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....

********


Moralnya, Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali. Hehe..
Share:

Tuesday, January 29, 2008

TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR >

1) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?

Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

Answer: Kuih salah bikin...

3) Binatang ape power Karate?

Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade...

4) Siape yang menemukan dompet kulit?

Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye...

5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'...

6) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

Answer: Pembohong...

7) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?

Answer: Usus...

8) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

Answer: Kutu rambut...

9) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?

Answer: Neneknye si katak...

10) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'...

11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?

Answer: - Sekretari baik...'Selamat pagi tuan' > - Sekretari kurang baik...'Dah pagi ni tuan'...

12) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

13) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

Answer: Tukang gali kubur...

14) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?

Answer: Tahi hidung...

15) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?

Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

16) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

17) Gajah terbang dengan ape?

Answer: Dengan susah payah......

********


Hahah!
Share:

Sunday, January 20, 2008

Pesanan Buat Suamiku

Suamiku,
Kita bertemu untuk saling melengkapi. Dengarlah bisikan kata hati ini.. harapan dari sudut hati kecil ini utk kita dalam bersama2 membina hidup yang lebih berkat dan diredhai-Nya..


Suamiku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai maka lalailah aku. Wahai suami tersayang, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsu mu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, kasih, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco2nya..


Suamiku,
Aku suka kiranya kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. Kenalkanlah aku pada majlis2 agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu2 yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar..


Suamiku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku agar menjadi permata di lembah kaca. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku, sayang, agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar utk aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah..


Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan teindah hidupmu..

*******

ohoho.. aku belum berkahwin ye tuan2 dan puan2.
Share:

Friday, January 18, 2008

Esemes Dan Kenangan

Nah baca saja la..

Tarikh, 5 Januari lalu. Waktu, beberapa jam sblm lewat tgh mlm..

(new no.) : [Salam. Long time no see, no kabar, why? Hehe.. ko sihat juga? – Yun

Fina : [W’slm. Hai macamana juga. Msj ndak pernah dbalas, rupanya tukar
nombor. Hehe.. ok ja ni. Baru masuk sem jadi bz sikit. Ko pa kabar?]

Yunn, membe lama aku. Mmg baik. Seorang yang agak berkaliber sebenarnya
sewaktu d zaman persekolahan menengah tp entah d mana silapnya, nasib kurang
menyebelahi utk teman itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..

Yunn : [Wawawa.. aku sihat juga sayang. Keja d Tongod.. Kerani la kunun.
Begini jak ni. Tinggal tunggu dipinang. Si Amoy da kawin.. katanya best.
Wawawawawa..]

Fina : [Ha? Da kawin? Dia tak gtau pun.]

Yunn :
[La.. Ciannya ko tdk dibagitau. Tdk hensem husbandnya dia bilang. Dia di estet
dekat2 sandakan]

Fina : [Bila dia kawin dia cakap?]

Yunn : [Tdk
tau la bila plak dia kawin. Bla bla bla bla bla bla bla bla bla... tapi kali ni
betul la plak :p syukurla da kawin kan..]

Fina : [Syukur juga. Tp ndak
dijemput. Sampai hati betul. Bla bla bla.. ko amacam ngan taufik? Hehe..]

Yunn : [Dia da break ngan aku.. awal bulan posa thn lalu. Frust berabis.
Tp skrg dah ok cuz dah ada cinta baru. Nama dia *****. Umur 27. Kira aku
bercinta dengan org yg ada pikiran sket. Org dewasa gitu..

Dan perbualan virtual kami putus begitu sahaja. Aku terpaksa menamatkan perbualan kerana adanya panggilan yang semestinya lebih memerlukan.


Tapi, perkhabaran itu benar2 menyentap perasaan. Apa benar teman itu telah berkahwin? Aku tidak berniat membuat sebarang kesimpulan tapi jika benar seperti yang dikata, maka aku adalah antara org yang paling terkilan sebenarnya bila tahu teman baik itu telah berkahwin, tanpa menjemput or even memberi perkhabaran..

Tapi belum tentu lagi kan.. aku sebetulnya hingga kini masih belum berhasil menghubungi teman itu.
"Na, keluarga dia mahu datang meminang.."
satu ketika dulu ayat ini pernah keluar dari mulut gadis petah itu. berdesing juga telinga aku saat mendengarnya. bukan sekali kata2 sprti ini dluahkan. acap kali. lelaki yang berbeza2 pula. dan kali ini, lelaki yang 2-3 tahun lebih muda daripadanya. lepasan sekolah menengah. apa hatinya sudah sarat dengan rasa cinta sampaikan tega dia mempertaruhkan nasibnya sendiri. masih belasan tahun, membina hidup berumah tangga tanpa persediaan luaran dan dalaman sepenuhnya laksana menempah derita kemudian hari lantaran kepincangan2 dari dalam diri sendiri.

kalau dengan teman yang satu ini, aku pasti lantang saja berbicara. kerana aku sayang padanya. sayang pada potensinya. pada masa depannya.

itu dulu. masih begitu semangat cuba membuka matanya agar tidak mudah berpuas hati dengan kehidupan yang serba kurang. agar mengerti kita perlu hidup dengan harapan dan impian. agar aku sendiri boleh membina semangat lewat kata2 motivasiku yang kadang2 belum mampu utk aku aplikasi.

ya itu dulu. malah kepulangan aku ke Sabah juga tidak menjanjikan sebarang pertemuan dek kekangan2 yang seringkali tidak dapat dielakkan.
Share:

Monday, January 14, 2008

5 Intermediate Ways To Speed Up Windows

i got this from Syok.Org. I've tried it, and my laptop DO perform faster. its worth if you want to try ;)

Improve Boot Times
A great new feature in Microsoft Windows XP is the ability to do a boot defragment. This places all boot files next to each other on the disk to allow for faster booting. By default this option in enables but on some builds it is not so below is how to turn it on.
1. Go to Start Menu and Click Run
2. Type in "Regedit" then click ok
3. Find "HKEY_LOCAL_MACHINE >> SOFTWARE >> Microsoft >> Dfrg >> BootOptimizeFunction"
4. Select "Enable" from the list on the right
5. Right on it and select "Modify"

6. Change the value to "Y to enable"
7. Reboot


Improve Swapfile Performance
If you have more than 256MB of RAM this tweak will considerably improve your performance. It basically makes sure that your PC uses every last drop of memory (faster than swap file) before it starts using the swap file.
1. Go to Start then Run
2. Type "msconfig.exe" then ok
3. Click on the System.ini tab
4. Expand the 386enh tab by clicking on the plus sign
5. Click on new then in the blank box type"ConservativeSwapfileUsage=1"
6. Click OK
7. Restart PC

Make Your Menus Load Faster
This is one of my favourite tweaks as it makes a huge difference to how fast your machine will 'feel'. What this tweak does is remove the slight delay between clicking on a menu and XP displaying the menu.
1. Go to Start then Run

2. Type 'Regedit' then click 'Ok'
3. Find "HKEY_CURRENT_USER >> Control Panel >> Desktop"
4. Select "MenuShowDelay"
5. Right click and select "Modify'
6. Reduce the number to around "100"
This is the delay time before a menu is opened. You can set it to "0" but it can make windows really hard to use as menus will open if you just look at them - well move your mouse over them anyway. I tend to go for anywhere between 50-150 depending on my mood.

Make Programs Load Faster
This little tweak tends to work for most programs. If your program doesn't load properly just undo the change. For any program:
1. Right-click on the icon/shortcut you use to launch the program
2. Select properties
3. In the 'target' box, add ' /prefetch:1' at the end of the line.
4. Click "Ok"
Voila - your programs will now load faster.

Improve XP Shutdown Speed
This tweak reduces the time XP waits before automatically closing any running programs when you give it the command to shutdown.
1. Go to Start then select Run
2. Type 'Regedit' and click ok
3. Find 'HKEY_CURRENT_USER >> Control Panel >> Desktop'
4. Select 'WaitToKillAppTimeout'
5. Right click and select 'Modify'
6. Change the value to '1000'
7. Click 'OK'
8. Now select 'HungAppTimeout'
9. Right click and select 'Modify'
10. Change the value to '1000'
11. Click 'OK'
12. Now find 'HKEY_USERS >> DEFAULT >> Control Panel >> Desktop'
13. Select 'WaitToKillAppTimeout'
14. Right click and select 'Modify'
15. Change the value to '1000'
16. Click 'OK'
17. Now find 'HKEY_LOCAL_MACHINE >> System >> CurrentControlSet >> Control'
18. Select 'WaitToKillServiceTimeout'
19. Right click and select 'Modify'
20. Change the value to '1000'
21. Click 'OK'

Share:

Sunday, January 13, 2008

Mentari Hidup

GAMBAR : BUNGA MATAHARI
LOKASI : KG KINAPULIDAN, RANAU SABAH [PAGAR DEPAN RUMAH]


Assalamualaikum..

Hari ni pegi mall campus, actually tujuan utama nak cari kertas pembalut yang sesuai ngan citarasa utk lekat kat dinding bilik, macam wallpaper. Tp tak jumpa juga.

Sms diterima.

[Slmt ptg, kami dari Pusat Optometri Bintang Changloon (kedai cermin mata), ingin memaklumkan bahawa cermin mata tuan/puan telah siap dan boleh diambil mulai tarikh ini.. Tq..]

Segera ku sms Wancu, kerana dia juga baru mendapat mesej ini semalam. Juga kerana dia menempah cermin mata di kedai yang sama. Balasnya, dia juga mahu ke Changlun hari ini.

Sekitar jam 7 petang, aku dan kawan2 tiba dari Changlun. Bersama2 cermin mata baru. Roomate kata bila aku pakai cermin mata tu, nampak macam otai.

Alhamdulillah jumpa juga kertas pembalut yang ku cari. Walaupun seperti ada kurang sedikit berbanding citarasa ku, ku kira ini sudah cukup baik. Sejuk mata memandang. Dan yang paling aku gemari, ada gambar bunga kegemaranku..

Actually there’s two bunches of plactic sunflowers i hang on my wall. Inspirasi dari bilik seorang teman. Its home feeling. I like this.

Why sunflowers?

I love sunflowers.

Kerana bagiku, bunga matahari melambangkan keceriaan. Dan semangat. Mungkin tidak ramai yang tahu, kuning jingga merupakan antara warna kegemaranku. Semuanya kerana bunga matahari. Kombinasi warna hitam dan kuning jingga bagiku amat kontra, yet look beautiful. Kelemahan dan kekurangan kita yang menjadikan kita insaniah yang sempurna sebenarnya. Di situ indahnya ciptaan2 Allah.

Kerana bunga matahari tidak selektif dan tidak bisa melukakan seperti bunga ros.. Hee..

And simply, sunflowers always makes my day.

Neway, roomate da okey sket. Dah boleh gelak2 sket (even masih kelihatan lemah) time kitorang dengar rakaman2 panggilan hangit Hot FM dalam bentuk mp3. Ada 17 dalam simpanan.

Sampai sini saja.. moga ketemu lagi di lain lembaran.

Wassalam.



NAMPAK PERGUNUNGAN ITU? ITULAH GUNUNG KINABALU. LAMBANG KEBANGGAAN PENDUDUK SABAH
Share:

Saturday, January 12, 2008

BAHASA MELAYU SABAH

Hari Sabtu. Kokay dah bermula.. utk minggu kedua.

Roomate sakit. Demam.

dah approach ketua paras, then approach ketua blok utk urus hal roomate ni. kerana jam 4 karang aku ada kokay. aku kurang gemar skip2 kokay ni. dah hubungi felo bertugas utk hantar g PKU. alhamdulillah, time aku hantar entri baru ni, roomate dah ada kat PKU.

ni aku post balik entri aku kat blog friendsterku


Negeri Di Bawah Bayu. Gelaran ini diberi disebabkan kedudukan negeri Sabah yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Negeri Sabah terletak di bahagian Utara Kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Sabah is blessed with more than 30 indigenous groups.. ada kepelbagaian suku kaum.. di samping penggunaan bahasa yang tersendiri mengikut kaum. Suku kaum Kadazan dan Dusun (majoriti - 1/3), Murut, Melayu Sabah, Cina, Bisaya dan sebagainya. Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bhs Melayu namun terdapat bahasa-bahasa lain yang dituturkan spt Bahasa Kadazan, Bhs Cina (Mandarin, Hakka) dan lain-lain. Walaupun Bhs Melayu bahasa perantaraan utama, Bhs Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bhs Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.

okeh.. ni sy dapat dari Wikipedia ..maybe korang bleh faham sedikit style loghat org Sabah ni sebab sy tau.. ada kalangan kawan2 yg tak pernah tahu kerana publisiti yang kurang memberangsangkan. tak kurang gak yg mmg teringin nak tau. so, ni ade serba sedikit. Iyela kot2 nanti dpt pakwe or makwe Sabahan...... hehehehe....

Perbendaharaan kata

Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia dan Brunei, serta Bhs KadazanDusun, Bhs Inggeris dan terdapat juga pengaruh loghat Cina Hakka. Beberapa contoh:

  • bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
  • cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
  • limpang - baring
  • limpas - lepas (masa), lalu, atau lintas (seberang)
  • lugai-lugai - tak tentu arah
  • lilipan - lipan
  • ndak/inda - tidak
  • ping - minuman berais
  • poncit - pancit
  • semberana - sengaja
  • sikang - sudu
  • sigup - rokok
  • sikul - sekolah
  • aisboks - peti sejuk
  • bubut - kejar
  • palui - bodoh
  • sot - gila
  • ngam-ngam - sesuai
  • silaka - Celaka
  • mem - ibu
  • bos - bapa
  • jambu - jelita
  • mangkali - berangkali
  • diorang - mereka

Penggunaan kata tambah -bah

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata

  • Iya bah. - Iya, lah.

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

  • Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.

Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

  • Bah. - Baiklah

Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.

Penggunaan "anu"

"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.

Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.

Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.

"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".

Contoh: Macammana mau anu ni?. Jangan kasi anu tu!.

Penyampaian

Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'

  • pigi - pergi
  • sijuk - sejuk
  • bisuk - besok
  • mimang - memang
  • cilaka (silaka) - celaka

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'

  • kamarin - kelmarin
  • paning - pening
  • bali - beli
  • karbau/krabau - kerbau
  • tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
  • tambirang - Tembirang
  • sanapang - 'senapang

Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'

  • bula - bola
  • urang - orang
  • buduh - bodoh
  • munyit - monyet

Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.

  • slipar - selipar
  • krusi - kerusi
  • triak - teriak'
  • brani - berani
  • tlefon - telefon
  • skarang - sekarang

Penggunaan Berbeza

Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.

Contohnya:

  • Sia (saya) - Saya
  • aku - saya
  • kau - awak
  • periuk - kuali
  • celana - seluar
  • piring - pinggan
  • mengarti (mengerti) - faham
  • Nda payah - tak perlu
  • ta'usah (tak usah) - jangan
  • munyit (monyet) - kera
  • minta puji - berlagak (sombong)
  • jandila (jendela) - tingkap

Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.

  • tapuk - sorok
  • biasa - nakal

Kesimpulan

Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.

Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah... :)




Sekian.

Share:

Jitra

gi jitra dalam jam 3.30 ptg, pastu dalam jam 7.00 ptg lak, membe datang amik g alor setar.. hampir jam 12 tgh mlm baru sampai kolej. aku trus balik bilik. mandi n buat apa2 yang patut. roomate mcm biasala.. tidur awal.. tp kali ni nampak mcm tak sihat. dia terjaga time aku sampai, ada gak tanya napa, tp ntah apalah yang dia jawap.. tak jelas sgt.. ngantuk kut. so biar jak la.. esok nanti pasti dia ckp kalo ada apa2..

aku sempat turun online. haha..

actly i'm kinda happy today. my old friend told something about something today. bukan berita baik, bukan juga berita buruk.. but somehow, ia buat hati ini senang banget. and i like this feeling. tidur nyenyaklah malam ni.. heee..

what else?

oya.. i miss my sist :(

last time she call me from her new school.

"Hai Na!"

suara itu girang yang amat. satu rasa menusuk. terharu. gembira. rindu. bangga. semua rasa itu sebati jadi satu. menghasilkan satu rasa yang sukar dimengertikan. rasa yang begitu menyentuh naluri.

mahu menangis sebenarnya. tp tangisan utk apa? sedih? gembira? entah!

"Hai Dan, jauh ni. mahal"

aku kaget sebenarnya mengingatkan yang aku d kedah dan dia d sabah. jauh jarak. mahal caj. tambahan, dia menggunakan public fon menelefon ke talian hensetku.

Tut! Dan talian itu putus begitu sahaja.

alahai.. syiling habis kot..

oya. namanya Dana. Hasnie Farhana. kami berkongsi nama pertama yang sama. dan satu huruf pangkal nama kedua yang sama. panggilan glamornya, Dan.

itu saja buat waktu ini.

ngantuk.

dalam perjalanan balik tadi, ada sederet rumah kedai hangus terbakar. masih dikerumun org sedang api telah habis padam. d changloon.

esok pasti ada khabar mengenainya.

salam..
Share:

Friday, January 11, 2008

Tercipta Untukku - Ungu

Buat insan istimewa.. yang tak mungkin aku miliki.

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku..

**********

tahun 1999-2005

zaman sekolah menengah yang serba warna warni. ada gelap ada yang cerah. ada masa nakalnya, ada masa sebaliknya. ah..


tahun 2001-2006

waktu itu juga perkenalan aku dengan si dia..



tahun 2008 [kini]

alangkah indah menggamit kenangan. sekalipun pedih, tp aku kini memilih utk tersenyum, mensyukuri kau yang pernah hadir mewarnai hidup ini..

Limpahan terima kasih yang tak terungkapkan..

Share:

Thursday, January 10, 2008

Ungu Karmila


PUNCAK RIMBA, CAMERON HIGHLANDS




ARAFAT mengajak Arif ke kawasan perbukitan berdekatan dengan sebuah perkampungan Orang Asli. Mereka sampai di satu kawasan yang cukup mendamaikan, dikelilingi rimbunan kehijauan hutan, bersuhu antara 19° - 22°C. Arafat tahu Arif amat menyukai suasana sedemikan. Arafat mengajak Arif berjalan tidak jauh dari jalan raya. Kelihatan sekumpulan pekerja Indonesia sedang membersihkan rimbunan semak belukar di sebuah kawasan yang telah pun lapang.
“Kau nak buka calet ke?” Arif sekadar menduga-duga.
“Kau suka kawasan ni?”
“Hmm... suka.” Arif mengangguk.
“Kalau begitu, ambiklah tanah ni. Buat rumah, buka kebun bunga dan jual bunga. Bulan Februari adalah ulang tahun pertama perkahwinan kau, kan?” teka Arafat. Arif mengangguk spontan. “Abang akan pastikan rumah kau siap sebelum tarikh keramat tu.”
“Err... tak... tak tahu nak cakap, bang.” Suara Arif tersekat-sekat.
“Tak susah... katakan saja terima kasih bang.” Arafat tersenyum lebar.
Serta-merta Arif memeluk Arafat. “Terima kasih, bang. Saya... terharu terima hadiah besar ni,” ucap Arif sejujur ikhlas. Arafat menghela nafas panjang.
“Dalam adik-beradik... kita hanya berdua saja, Arif.” Arafat menepuk-nepuk bahu adiknya.
PINGGIR KUALA LUMPUR
KARMILA termenung panjang ketika kedai bunganya sunyi dari kedatangan pembeli. Sesekali dia melihat jam tangan. Sudah pun pukul 4.35 petang. Suami dan abang iparnya berpergian seawal pagi tadi tanpa khabar berita.
“Nyonya...” tegur Jainab perlahan menyebabkan Karmila sedikit tersentak. “... belum sehari bapak pergi... kok, nyonya sudah ngelamun jauh sekali.” Jainab mengusik untuk tujuan menghiburkan kegalauan Karmila.
“Tak apa-apalah, Bu Jainab. Cuma risau saja. Abang Arif tak telefon sejak pergi awal tadi.” Karmila bijak menyembunyikan rasa hati.
“Ya... biarkan rindu itu terbakar... cemburu pula biarlah membara, nyonya. Itu kan baik untuk menyuburkan kasih sayang antara suami isteri?”
MALAM itu Arif memeriksa buku akaun serta membuat kira-kira sendirian di ruang tamu. Raut mukanya menggambarkan sesuatu yang amat menggembirakan. Dan ketika malam semakin lewat, Karmila sempat mengintai suaminya dari celah pintu sebelum keluar dari bilik tidur. Menyapa Arif dengan lembut sekali.
“Tak tidur lagi sayang?” Perlahan-lahan Arif menutup failnya.
“Abang ke mana
sepanjang siang tadi?”
“Cameron Highlands.” Ringkas Arif menjawab.
“Abang fikir nak besarkan bisnes.” Arif mengalihkan topik perbualan. “Sesuatu yang ungu akan menunggu Karmila nanti.” Arif masih berkias-kias. Kali ini Karmila nampak kebingungan. “Setakat ini... biarlah rahsia.” Arif galak ketawa. Tercuit juga hati Karmila.
“Rahsia akan berakhir apabila Karmila terlupa.” Arif menguis hidung mancung isterinya. Kali ini Karmila tertawa girang.
DARI celah pintu bilik, Jainab mengintai melihat keriangan suami isteri majikannya.
“Biarlah rahsia...” Cebikan bibir Jainab terbentuk. “... tapi aku tahu rahsia Karmila, Tuan Arif. Hmm... tidak mengapalah... biarlah rahsia.” Perlahan-lahan Jainab menutup pintu. Duduk di katil dan mencapai sebuah diari. Mencatatkan sesuatu. Membuat catatan panjang seperti menulis sebuah buku cerita. Semuanya mengenai Arif dan Karmila – pasangan suami isteri paling bahagia pernah ditemuinya.


******



RUMAH itu sudah lama terbiar tidak berpenghuni. Terperosok di sebuah hutan perbukitan, tidak jauh dari perkampungan Orang Asli. Terletak satu setengah kilometer jaraknya dari jalan raya Puncak Rimba, Cameron Highlands. Dari arah luar kawasan... tiada sesiapa yang tahu di situ terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Ia dilindungi pokok-pokok berdaun lebat dan terletak melandai ke bawah dari jalan raya. Rumah itu seolah-olah sengaja menyembunyikan dirinya untuk terus menikmati kesunyian alam.
Rumah dua tingkat itu dibina 10 tahun lalu. Ia milik sepasang suami isteri yang kelihatan bahagia menikmati hidup mereka sehari-hari. Keseluruhan rumah itu berwarna ungu. Kecuali bumbung sahaja yang berwarna biru. Ia gabungan warna terang yang kelihatan unik. Manakala di sekeliling rumah itu dibina pagar-pagar kayu yang juga berwarna ungu. Pagar bersilang dan runcing di bahagian atas, dipacak rapat-rapat dan menyamai ketinggian seorang lelaki normal.

Setelah sekian lama tidak berpenghuni, rumah itu kelihatan lusuh, walaupun masih kukuh. Akar-akar rumput menjalar di sana sini. Dari luar... ia kelihatan menyeramkan. Menurut cerita masyarakat setempat di kalangan Orang Asli – rumah itu sedang tidur sekarang. Biarkan ia tidur. Kalau ia terbangun... malapetaka pasti menimpa pada mereka yang membuatkan ia terjaga. Maka...jauhkan diri dari rumah ungu itu!
TRAGEDI
Malam tadi Jikon menceroboh dengan harapan menjumpai harta bertimbun yang diceritakan selama ini. Namun harta itu dijagai oleh satu kuasa jahat. Mengikut kepercayaan masyarakat setempat, terdapat roh-roh yang tidak aman sedang berkeliaran di rumah ungu itu.

Kini Jikon mesti lari dari rumah itu. Dia lekas memusing tombol dan kelam kabut menariknya. Apabila jalan keluar sudah ternganga, Jikon terus berlari. Namun setiap kayuhan langkahnya tidak stabil meredah kabus yang kabut. Dia tersungkur lalu menoleh ke belakang. Imej rumah ungu itu menjadi herot pada pandangannya. Suara orang ketawa berdesing-desing menusuk anak telinga. Jikon bangkit semula. Ketakutan terlalu menguasai perasaan. Dia seperti dikejar sesuatu yang ghaib.
Setelah bersusah payah memanjat pintu pagar, Jikon terus berlari ke arah jalan raya. Terpaksa menguatkan kaki mendaki tanah landai. Sesekali dia menoleh. Terdapat bayangan hitam yang memegang sebilah sabit sedang mengekori dari belakang.
Jikon menjerit meminta tolong. Berteriak sekuat hati sehingga suaranya menjadi serak. Dia terjatuh. Bayangan berjubah hitam yang mengejarnya tadi sudah berdiri di hujung kaki. Mukanya tidak kelihatan kerana ditutupi selubung. Mengangkat sebilah parang. Jikon menjerit nyaring...

Hai! ini entri pertamaku tentang buku. Aku mau menyentuh sedikit tentang salah satu novel Ramlee Awang Murshid, penulis thriller nombor satu Malaysia - my all time favourite novelis thriller yang berasal dari Tuaran Sabah. aku masih baru berjinak2 membaca karyanya semenjak novel Rahsia Perindu dan kini merupakan pembaca konsisten novelnya. Novel paling barunya saat ini, Ungu Karmila, yang akan dipasarkan bermula 30 Januari ini dengan harga RM19.90.
kerana novel ini belum dipasarkan lagi, aku juga belum punya peluang membacanya. karya akhirnya - Cinta Sang Ratu kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri. karya2nya mantap belaka. mmg ada kelas tersendiri. dan Rahsia Perindu lah yang sebenarnya penarik utama untuk aku terus mengikuti perkembangan karya penulis tersebut. dua kali aku membaca novel tersebut (sewaktu aku di tingkatan 6 atas) utk benar2 memahami tiap bait kata2 yang di adun seintelek mungkin. menelusuri emosi.. kupasan penuh berhati2.. rugi rasanya jika kurang memahami.
Share:

Memilih Yang Terbaik

MOGA KITA KAN SENTIASA.....

Menyedari adanya MASALAH tetapi mengenali PENYELESAIANNYA,

Mengetahui adanya KESULITAN tetapi yakin bahwa itu dapat DIATASI,

Melihat yang NEGATIF tetapi menekankan yang POSITIF,

Menghadapi yang TERBURUK tetapi mengharapkan yang TERBAIK,

Punya alasan untuk MENGELUH tetapi memilih untuk TERSENYUM...
Share:

Sunday, January 06, 2008

Campus Life

Urusanku 70% telah beres. Juga menunggu utk kelulusan dari atasan. Ya.. penuh dengan karenah birokrasi, turun naik turun naik bangunan, tapi alhamdulillah layanan mesra pelajar. Urusan jadinya agak lancar. Kecuali time kat salah satu jabatan di Bangunan Canselori.

Semenjak aku kembali ke UUM ni, aku langsung tidak dapat luangkan masa bersama teman2. Hari ini sudah masuk hari ke-3. Cuma berhubung melalui telefon sahaja. Dan aku telah berjanji dengan Wancu utk sama2 keluar ke Changlun (tak larat g jauh2) utk buat cermin mata. Kebetulan sem lalu cermin mata die hilang tercicir kat mane tah.. cermin mata aku pun mengalami nasib yang sama.

Esok hari terakhir harapnya aku berurusan. Kerana lusa date due. Awal, simply cuz i want to settle it down as soon as posibble.

Soalan : Apakah urusan yang dimaksudkan itu wahai Cik Fina?
Jawapan : Bak kata Datuk Siti Nurhaliza, ‘Biarlah Rahsia’..
Share:

Friday, January 04, 2008

Hari Yang Panjang Amat

Assalamualaikum..


Kurang masa utk online lama2. Maklumlah, semester pengajian baru sahaja bermula. Aku juga kini sudah berada di bumi sintok.

Permulaan semester yang agak hambar. Aku mencari2 waktu utk bergelak ketawa lepas bebas sebenarnya tapi nyatanya masih ada urusan penting yang perlu aku selesaikan terlebih dahulu kemudian baru aku punya waktu untuk itu. Aku kedengarannya seperti agak tertekan buat masa ini bukan. Arghh.. tension..

Pagi semalam tika saat2 terakhir antara aku dengan family. Mak dan dana cuma menghantar aku setakat pintu pagar rumah. Kalau aku tidak mengawal rasa sedih berpisah, agaknya basah lencun la mekap yang aku kenakan d muka ni. Haha.. kili dan pipie masih enak di buai mimpi saat itu tp aku sempat menyalami mereka.

Aku dan ayah mula bertolak. Bergenang juga air mata ini, tp mengenangkan mekap yang masih baru tancap d muka, rasa itu terbatal sendiri. And big girls don’t cry rite.

Kami melalui jalan berbatu untuk keluar ke Pekan Ranau (bila la jalan bertar nak wat), seterusnya menghala ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan, aku yang duduk d sebelah tempat duduk pemandu terlihat pada kelibat budak2 lelaki dan perempuan berpakaian lengkap seragam sekolah. barulah aku teringat untuk melihat ke jam memandangkan suasana masih gelap sebenarnya. Amat gelap. Jam 5 pagi. Kemudian sebuah van kaler putih memotong kereta ayah yg kebetulan memandu perlahan. Van itu juga penuh dengan budak2 sekolah menengah. Wow.. mereka bersiap seawal ini?

‘awalnya~’ ujarku tanpa sedar.

‘bas utk charter kurang sekarang ni. Van yang lalu tadi tu ja, nanti dia balik lagi ambil budak2 ni’ ayah membalas.

Aku angguk2 fhm. Setiap tahun jumlah pelajar meningkat. Kemasukkan ke asrama pun blm lg bermula utk pelajar2 baru utk memberi laluan pada pendaftaran masuk pelajar baru ke sekolah, juga orientasi. Jadi buat sementara waktu, pelajar2 baru perlu ulang alik ke sekolah (about 25 minutes). Budak2 lepasan sekolah rendah d daerah ranau biasanya akan terus dimasukkan ke SMK Ranau. Manakala sebelah Lohan sana akan dimasukkan ke SMK Lohan.. Aku mula membayangkan jika ada pelajar2 area kampungku dimasukkan pula ke SMK Lohan.. hampir dua jam juga perjalanan.

Tidak lama kemudian, terlihat pula seorang budak perempuan berpakaian sekolah berdiri seorangan. Risau pula aku melihatnya. Bahaya. Sudahlah kawasan agak terpencil. Jauh sikit selepas tu, ada lagi seorang budak perempuan berdiri di tepi jalan. Juga berpakaian sekolah.

‘lebih baik budak ni pegi join budak tadi tu~’ ayah bersuara. Aku cuma memandang budak perempuan itu dgn ekor mata. Boleh jadi si ‘bangsat’ blm lagi saat seawal ini. Org jenis mereka bangun lewat**. haha.. mungkin ya mungkin tidak~

Selepas tu aku lelap. Tadi aku tidur tak smpai sejam. Tak dpt tidur. Beginilah aku kalo jalan jauh.

Bangun je, da sampai kK. Mmg bestla. Buka mata je da smpai. Kemalangan motosikal d depan. Saat aku dan ayah lalu, lelaki tu dah terbaring dekat longkang tepi jalan sebelah kanan. Motosikal parah juga, tapi tiada kesan darah dan ku lihat lelaki itu masih boleh bangunkan sedikit badannya. Tp itupun dalam kepayahan. Syg aku tdk dpt tangkap gambar sebab aku dan ayah kejar waktu. Kesian.. (aku ingat penunggang motosikal ni yg memotong kereta ayah dan kereta2 kat depan saat lampu merah)

Sampai d airport, terus check-in. Terserempak ngan Cha ngan kakaknya, kak Nur. Penerbangan dr KKIA ke KLIA dan dari KLIA ke Alor Setar kami sama. Juga sama dengan sorang member Kokay.

Ayah masih menemankan aku sehinggalah sampai waktu utk boarding. Lagi sayu hati ini. Aku langsung tak mampu pandang muka ayah. Kuatkan juga semangat. Dugaan lagi besar d luar sana. Kalau ini pun aku gugurkan airmata, dan alpa, alangkah rapuhnya jiwa ini.

Seperti biasa selepas menyalam dan mencium tgn ayah, ayah berpesan2 dan aku mengangguk2.

Kemudian aku join sekali Cha ngan Kak Nur yang da boarding dah. Tggal tggu aku lg. Membe Kokay aku pun menyusul selepas aku. Waktu flight, aku berkenalan dengan seorang gadis, Afiqah yang mendapat tempat disebelahku. Raut wajahnya nampak matang.

‘Nak ke mana?’

‘Hm? Blaja. Kat ***..’

‘Umur brapa?’

‘19’

Sepatah aku tnya sepatah gak die jwp..

‘oh.. org mana?’ kerana slangnya sebijik slang org semenjung.

‘asal selangor, tp duk sini ikut family.. bla bla bla~’

‘oh.. jd amcm sabah? Hehe’ aku memesrakan diri.

‘okeyla.. Cuma awal2 dulu masih sesuaikan diri.. ngan org2 die.. cara bercakap ape sume.. bla bla bla bla~’

‘lama2 okay la tu.. blaja ambik kos apa?’

‘program persediaan’

‘persediaan’

‘tak lama lagi lanjut pelajaran kat luar negara. England.’

Perbualan seterusnya berlanjutan dengan pertanyaan demi pertanyaan..

Habis itu, kami masing2 diam. Aku lelapkan mata dan terjaga saat pramugari menghantar makanan. Aku memesan nasi ayam sebagai alas perut dan Iqa memesan juadah lain. Selesai makan dan menyerahkan kembali dulang kepada pramugari, aku tidur lagi.

2 jam 30 minit perjalanan. Kami sampai sekitar jam 12.30 di KLIA. Aku berjalan keluar dari kapal terbang bersama Iqa. Sebenarnya waktu tu baru kami sempat bertanyakan nama masing2. Kami berpisah d hadapan Gate A5 sambil mengucapkan slmt tggal dan good luck. Yea i really need luck. Thanx ye iqa.

Gate A5. Ramai jemaah haji berkumpul berdekatan Gate A5. Majoritinya sudah berusia.. mungkin ada yang sudah berumur. Jadi keliru juga.. Gate A5 penerbangan ke tanah Arab?

Oh.. jemaah2 anak negeri Kedah yang baru pulang dari mengerjakan haji rupanya. Jadinya penerbangan kali ini, bersama2 dengan jemaah haji.

Penerbangan ambil masa dalam 55 minit sahaja. Sampai sahaja, kami terus ke ambil barang yang kami masukkan kat kargo. Pak Ku dah sedia menunggu. Ramai sungguh ahli2 keluarga jemaah2 haji tu yang datang menjemput. Laluan utk kenderaan pun tersangat sempit. Ada juga jalan yang terpaksa ditutup. Satu fenomena yang aku jarang jumpa tp syg tdk dapat dirakamkan.

Sepanjang perjalanan kembali ke UUM, aku sempat lagi tertidur. Heh..

Lebih kurang jam 4 petang. Sampai UUM, urus pendaftaran masuk ke bilik (amik kunci sekali), dan angkat barang naik bilik. Masih bilik yang sama gak. 16H999. Hehe.. Roomate lom balik lagi. Mlm ni dia bertolak dari kelantan. Seterusnya aku angkat barang lak dari bilik pantri. Mmg penat gile. Lenguh tgn. Buat semua tu sendiri kerana aku kurang gemar menyusahkan org kecuali terdesak.

Jam 8 lebih kurang aku siap mengemas separuh barang2 ku, namun buku2 dan kertas2 ilmiah masih ku biar berlonggok d penjuru bilik.

Tak lama lepas tu Wancu dan Niza datang seperti yang dijanjikan. Wancu kata aku makin kurus sket.. sket je la. Haha.. Kitorang nak g jalan2 carik makan kat mall. Kalau buka. Tapi tiada gerai yang buka. Pegi Mart je la beli apa yang patut. Just beli barang2 utk kebersihan dan penjagaan muka cuz ada stok yang da habis.

Aku dan Wancu singgah cafe sebelum naik bilik masing2. Masing2 lapar. Aku tadi sentuh nasi lemak yang disediakan dlm flight je. Tu pun dlm kuantiti yang sikit. Yelah.. dah die hidang sikit je. Not suitable for a big-appetiter like me. Har har har..

Hampir dua jam menunggu order kitorang tu siap. Nak tak nak kitorang tggu juga. Laparnye pasal. Elok je kitorang habis menjamu perut, pekerja2 cafe tu mula berkemas menutup waktu operasi. Aku ngan wancu terus blah, beredar ke bilik masing2.

Sampai bilik je aku kemas2 lagi brg sket, pastu nak tidur. Penat. Juga berdebar2 mengenangkan hari esok. Hari bermulanya perjuanganku.

Itu sahaja utk hari ni ye tuan2 dan puan2. Esok pasti ada cerita baru lagi. Atau lusa. Atau tulat. Bergantung pada kelapangan. Later.. !


**tiada dalam fakta
Share:

Thursday, January 03, 2008

Discover the 90/10 Principle by Stephen Covey

Author: Stephen Covey



Title: Discover the 90/10 Principle.



It will change your life (at least the
way you react to situation).



What is this principle? 10% of life is
made up of what happens to you. 90% of
life is decided by how you react.



What does this mean? We really have no
control over 10% of what happens to us.



We cannot stop the car from breaking
down. The plane will be late arriving,
which throws our whole schedule off. A
driver may cut us off in the traffic.



We have no control over this 10%. The
other 90% is different. You determine
the other 90%.



How? ….. by your reaction.



You cannot control a red light. But
you can control your reaction. Don’t
let people fool you; You can control
how you react.



Let’s use an example.

You are eating breakfast with your
family. Your daughter knocks over a
cup of coffee onto your business
shirt. You have no control over what
just happened.



What happens next will be determined
by how you react.



You curse.



You harshly scold your daughter for
knocking the cup over. She breaks down
in tears. After scolding her, you turn
to your spouse and criticize her for
placing the cup too close to the edge
of the table. A short verbal battle
follows. You storm upstairs and change
your shirt. Back downstairs, you find
your daughter has been too busy crying
to finish breakfast and get ready for
school. She misses the bus.



Your spouse must leave immediately for
work. You rush to the car and drive
your daughter to school. Because you
are late, you drive 40 miles an hour
in a 30 mph speed limit.



After a 15-minutes delay and throwing
$60 traffic fine away, you arrive at
school. Your daughter runs into the
building without saying goodbye. After
arriving at the office 20 minutes
late, you find you forgot your
briefcase. You day has started
terrible. As it continues, it seems to
get worse and worse. You look forward
to coming home.



When you arrive home, you find small
wedge in your relationship with your
spouse and daughter.



Why?….. Because of how you reacted in
the morning.



Why did you have a bad day?

Did the coffee cause it?
Did your daughter cause it?
Did the policeman cause it?
Did you cause it?


The answer is “D”.



You had no control over what happened
with the coffee. How you reacted in
those 5 seconds is what caused your
bad day.



Here is what could have happened.



Coffee splashes over you. Your
daughter is about to cry. You gently
say:

“Its ok honey, you just need to be
more careful next time.” Grabbing a
towel you rush upstairs. After
grabbing a new shirt and your
briefcase, you come back down in time
to look through the window and see
your child getting on the bus. She
turns and waves. You arrive 5 minutes
early and cheerfully greet the staff.
Your boss comments on how good the day
you are having.



Notice the different?



Two different scenarios. Both started
the same. Both ended different.



Why?



Because of how you REACTED.



You really do not have any control
over 10% of what happens. The other
90% was determined by your reaction.



Here are some ways to apply the 90/10
principle. If someone says something
negative about you, don’t be a sponge.
Let the attack roll off like water on
glass. You don’t have to let the
negative comment affect you.


React properly and it will not ruin
your day. A wrong reaction could
result in losing a friend, being
fired, getting stressed out etc.



How to react if someone cuts you off
in traffic? Do you lose your temper?
Pound on the steering wheel? A friend
of mine had the steering wheel fall
off. Do you curse? Does your blood
pressure skyrocket? Do you try and
bump them?

Remember the 90/10 principle, and do
not worry about it.



You are told you lost your job.



Why lose sleep and get irritated? It
will work out. Use your worrying
energy and time into finding another
job.



The plane is late, it is going to
mangle your schedule for the day. Why
take outpour frustration on the flight
attendant? She has no control over
what is going on.



Use your time to study, get to know
the other passenger. Why get stressed
out? It will just make things worse.



Now you know the 90/10 principle.
Apply it and you will be amazed at the
results. You will lose nothing if you
try it. The 90/10 principle is
incredible. Very few know and apply
this principle.



The result?


Millions of people are suffering from
undeserved stress, trials, problems
and heartache. We all must understand
and apply the 90/10 principle.



It CAN change your life.
Share:

Tong Hua 童話 (Fairy Tale)




Tong Hua
wang le you duo jiu
zai mei ting dao ni
dui wo shuo ni zui ai de gu shi
wo xiang le hen jiu
wo kai shi huang le
shi bu shi wo you zuo cuo le shen me

#
ni ku zhao dui wo shuo
tong hua li du shi pian ren de
wo bu ke neng shi ni de wang zi
ye xu ni bu hui dong
cong ni shuo ai wo yi hou
wo de tian kong xing xing dou liang le

*
wo yuan bian cheng tong hua li
ni ai de na ge tian shi
zhang kai shuang shou
bian cheng chi bang shou hu ni
ni yao xiang xin
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
xin fu he kuai le shi jie ju

Repeat # and *

wo yao bian cheng tong hua li
ni ai de na ge tian shi
zhang kai shuang shou
bian cheng chi bang shou hu ni
ni yao xiang xin
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
xin fu he kuai le shi jie ju

wo hui bian cheng tong hua li
ni ai de na ge tian shi
zhang kai shuang shou
bian cheng chi bang shou hu ni
ni yao xiang xin
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
xin fu he kuai le shi jie ju

yi qi xie wo men de jie ju





Fairy Tale (English Translation)


I've forgotten how long it has been
since I've never again...
listened to you telling your beloved fairytale
I've thought for a long time
I start to panic
have I done something wrong?

You said to me with full of tears
Inside the fairytale are all lies
I can't possibly be your prince
Maybe you can ever understand
You said I love you ever after
The stars in my sky has lightened up

I'm willing to be
that angel you love inside the fairytale
Spread up my hands
become the wings to protect you
You must believe
believe that we can be like that in the fairytale
prosperity and happiness is the ending

You said to me with full of tears
Inside the fairytale are all lies
I can't possibly be your prince
Maybe you can ever understand
You said I love you ever after
The stars in my sky has lightened up

I'm willing to be
that angel you love inside the fairytale
Spread up my hands
become the wings to protect you
You must believe
believe that we can be like that in the fairytale
prosperity and happiness is the ending

I want to be
that angel you love inside the fairytale
Spread up my hands
become the wings to protect you
You must believe
believe that we can be like that in the fairytale
prosperity and happiness is the ending

I will be
that angel you love inside the fairytale
Spread up my hands
become the wings to protect you
You must believe
believe that we can be like that in the fairytale
prosperity and happiness is the ending

Let's write our ending together



another beautiful song.. but actually i've heard the song in female's version. kumpulan Kinabalu Merdu Sound. feels like much better.. hehe.. okay juz an opinion okay ;))
Share:

Tuesday, January 01, 2008

Salam Tahun Baru

mlm saat menunggu ketibaan tahun baru 2008, jam 8.30mlm setelah keluarga menikmati juadah mlm, tibalah saat utk berkumpul. tradisi baru keluarga yang baru saja ayah perkenalkan, dan aku cukup senangi. inilah masanya meluahkan apa saja yang terbuku, berbincang sesama ahli keluarga utk perancangan hidup utk menghadapi tahun seterusnya, dan byk lagi perkara berbangkit.

insyallah tradisi ini akan aku teruskan sampai bila tiba masa aku membina hidup dan keluarga sendiri.

Ayah sbgai ketua keluarga. mama, aku, kili, adi, dana dan pipie. checked. semua hadir. ayah seperti biasa, tenang berucap. yang lain tekun mendengar. keadaan menjadi sedikit emosi bila tiba saat giliran mama berucap. biasalah hati seorang ibu mudah tersentuh. keadaan melukakan, tersentuh. keadaan bahagia pun tersentuh. mudah mengalirkan air mata. iya.. mmg sudah natijah seorang wanita. lembut hatinya berbanding dengan golongan si gagah perkasa.

byk nasihat, teguran, pengharapan, kata semangat.. aku juga sebenarnya sedikit tersentuh..

segala nasihat2 tersebut, insyallah.. akan terpateri terus d hati dan minda.

sebagai anak sulung, aku mula mengatur bicara. sesudah mama. ucapan terima kasih kepada mama dan ayah.. atas segala pengorbanan mereka dari segi masa, tenaga, wang dan sebagainya semata2 utk kebaikan kami adik beradik..

pesanan pertamaku adalah kepada pipie, satu2nya adikku yang masih meneruskan persekolahannya d sekolah rendah d tahun 5 tahun hadapan. seterusnya dana yang akan melanjutkan pelajarannya d sklh berasrama penuh d kota kinabalu - Sek Men Sains Sabah, SMASS. kemudian Adi yang bakal menduduki SPM tahun hadapan, dan Kili yang bakal praktikal d pejabat ayah utk semester hadapan..

waktu tu paling emosional bg aku. rasa itu dtg sendiri. airmata pun puas aku tahan, tp ada waktu, ia lepas jua.


Tahun 2008 kini menjelma.

juz amik angin kat luar umah. ada juga terdengar sayup2 bunyi mercun dan bunga api dari kejauhan. dari pekan Ranau mgkin. menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, dan aku bahagia meninggalkan 2007 pergi dari hidup aku. biar aku buang segala kenangan pahit yg berlaku spjg tahun itu, but will never regret it. like a quote i manage to remember - 'mistakes only make us stonger'. even more tougher. no regret.

i'll talk to u later.
Share: