Sunday, November 25, 2007

Thursday, November 15, 2007

Tahniah Buat Adikku... :)

baru tadi aku mendapat khabar berita yg begitu manis. saat getir yg aku lalui ini seakan terubat sedikit.. hampir menitis air mata ni bila Kelly, adikku yg kini dlm thn kedua pngajiannya d politeknik kuching sarawak menghubungiku memaklumkan Dana mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru2 ni.

teruja sungguh, aku sudah hampir terlonjak.. kerusi pun dah sorong ke belakang sket. hehe.. Kelly memaklumkan, Dana blm mengetahui, result tu mak baru dpt tahu td dan kebetulan kelly tepon mak. tp biarlah skrg ni juga satu dunia tahu.. Sebagai seorang kakak aku cukup berbangga dengan pencapaiannya dan berharap kejayaannya ini tdk merubah apa pada dirinya, malah menjadi yang lebih baik.

terlayar di ruang mata pengorbanan adikku itu bertungkus lumus membuat persediaan UPSR.. pengorbanan kami terutama ayah memberi tunjuk ajar (dulu ayah sbgai tenaga pengajar sekolah rendah dan menegah rendah dlm opsyen Matematik).. pengorbanan ayah dari segi segala kos pembelajarannya - ayah sememangnya begitu. mgkin kerana kerjanya d sektor pendidikan memberinya kesedaran akan pentingnya ilmu. dari kami kecil lagi, blm pernah sekali aku melihat ayah bersungut ttg apa sahaja yg berkaitan dgn hal sekolah dan pelajaran. samada dari segi ongkos membeli buku2 teks, rujukan tambahan, buku2 dan nota dari Maktab Adabi Gaya Pos (MAGP), buku2 latihan dan latih tubi, bku2 himpunan soalan2 lepas.. menghantar ke mana2 pusat tusyen, atau apa sahaja yg berkaitan dengan hal akademik. ayah mmg yg terbaik bagiku.. terbaik bagi kami anak2.. dan aku tahu, juga terbaik bagi mak..

Aku terharu mengingatkan jerih pedih Dana menguasai mata pelajaran matematik dan sains yg kurang digemarinya.. dan akhirnya berbaloi. tidak seperti aku pada usianya, ayah tidak begitu cepat naik angin padaku sewaktu d sekolah rendah kerana sifatku yang mendengar kata.. ketika itu.. Aku tahu ayah kurang mengharap keputusan secemerlang itu dari Dana bila melihatkan pencapaian dan sikap sambil lewa Dana yg kadang2 membuatkan ayah ngan mak geram. disebabkan ayah jarang d rumah atas kehendak tugasan, bila hujung minggu ayah balik, kadang2 mak yang jadi sasaran kemarahan ayah. dan kalau kami kakak n abg2nya ada d rumah, kami juga jadi sasaran. katanya, sepatutnya kamu begini, kamu begitu.. dan Dana? sumandak kecil yg sudah biasa dimarahi. buat muka tak tau je.. zaman kecil aku dan Dana begitu berbeza..

err.. kecil? rasanya Dana sedang menghampiri zaman remajanya...

bila aku bertanya, dia menjawap 'Na, soalan matematik tu kan smua mcm sy pernah jumpa.. ada mcm ubah sikit2 ja' - dan aku hanya menjawap 'ya?', sambil tersenyum. mahu mengalir air mata budak ni bila ayah duduk depan meja dia dan suruh siapkan kerja matematik malam tu juga. walaupun lembab sket, smpai kadang2 ayah pun naik juga suara (huhu.. sampai skrg kalo aku dgr dari jauh pun aku da kecut perut), tp sprti yg kita smua tau, practice makes perfect.

dan anak itu pasti gembira - sangat gembira -.. :)
Share:

Lirik Lagu Hati Berbisik


HATI BERBISIK
Senilagu: Siti Nurhaliza & Aubrey Suwito
Senikata: Siti Nurhaliza

Malam Bertandang
Hati Berbisik Mengenang
Cerita Derita Yang Daku Pendam

Kata Menguji
Cuba Untuk Kusudahi
Berulang Airmata Membasahi


Aku Kini Perlu Berdiri
Walau Hakikatnya
Pasti Kan Melukai

Aku Ingin
Semua Rasai
Kerna Pengakhirnya Hidup
Ku Sendiri


Oh Tuhan Kau Berikan Aku
Segala Kekuatan
Meneruskan
Perjalanan

Share:

Wednesday, November 14, 2007

Tuhan Masih Sayang..

Assalamualaikum..

lama aku menyepi dari ruangan ini. bkn membawa rajuk d hati cuma kalian sedia maklum sindrom yg aku lalui semenjak bulan (atau bulan2) yg sudah.

hari ini.

bakal lebih mematangkan aku.. telah mengajar aku untuk berfikir sblm bertindak, dan terimalah apa saja yg bakal berlaku atas kesilapan diri.

aku insan biasa, juga seperti yg lain, bisa membuat kesilapan. tp aku juga sedar aku bertanggungjawab ke atas apa sj yang aku lakukan.. bukan begitu? aku sedar kalian fhm, mungkin juga kalian pernah mengalami keadaan seperti aku tika ini..

jiwa benar2 dibelenggu. dek kesilapan lalu. Ya Allah.. mujur masih syg padaku.. lalu segera mempertemukan aku ke jalan bnr sblm bnr2 terlambat..

penuh teka teki, tp biarlah kisah yg satu ini menjadi rahsia dlm lipatan hidupku..
Share:

Thursday, November 08, 2007

Monday, November 05, 2007