2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




"mengapa tiada maaf darimu"
Saturday, January 20, 2007 posted at 19:37 ♥

"mengapa tiada maaf darimu" - S.



Sms dari S itu sebenarnya telah lama. Telah lama juga ku buang dari inbox ku. Malah nombornya telah tiada dalam simpananku. Namun sms dari insan ini pernah benar2 menyentap ketenanganku. Lebih2 lg sms yg bagai ada bau2 kesedihan. Atau terkilan. No matter what it is, kami masing2 perlu masa untuk mengubati luka... luka yang sudah terlalu lekat dalam kehidupan kami. Aku sebenarnya tidak pernah berdendam padamu, S. Perasaan yang ada dalam hati ini sebenarnya jauh lebih kuat dari segala rasa lain. Allah, mengapa cinta ini akhirnya begini...?


Salah aku. Salah dia. Cinta ini juga buta.


Hati aku sentiasa menangis. Menangisi perpisahan itu. Apa yang terzahir pada luarnya adalah sisa kekuatan diri.. ku paksa untuk tabahkan hati. Aku tak menangis sehebat waktu dulu. Namun kali ini, perpisahan ini, benar2 telah menggugat. Menggugat segalanya yang dulunya aku masih mampu pertahankan. Cinta! Mungkin ada yang tersenyum membaca keluhan hati yang pernah jatuh cinta ini. Mungkin ada yang turut sama mengerti apa yang aku lalui kini. Ah, aku sendiri tega tersenyum sinis membaca, melihat dan mendengar keluhan2 hati yang bercinta. Selalunya tak masuk akal. Selalunya tak rasional. Hanya pada emosi semata2. namun cepat2 aku letakkan diri andai aku ada pada tempat dan situasi mereka. Apa yang pasti, mana2 yang silap yang mereka lakukan, aku takkan ulangi, malah lebih berhati2.. belajar dari pengalaman org2 sekeliling. Walau apapun, percayalah. Bila ia berkaitan dengan hati dan perasaan, ..kita akan sentiasa berdepan dengan risiko salah memilih..


Hari itu, aku selongkar barang2 ku dalam laci2, kotak2, dan almari. Banyak juga yang masuk tong sampah. Sayang juga sebenarnya. Ada yang aku da simpan bertahun2. Tapi, maafkan aku wahai kenangan.. akhirnya aku terpaksa menghukum kau lantaran kau banyak mengingatkan aku pada manusia itu.


S.. semenjak perpisahan kita, sudah banyak malam aku tak dapat lelapkan mata. Cuma bila hampir siang sahaja aku mampu untuk tidur. Terlalu banyak persoalan mengasak fikiranku.. mengapa begitu, mengapa begini.. namun aku tahu, aku takkan lagi menemui jawapannya.


Mungkin kau tak tahu, walaupun aku mengatakan benci.. walaupun aku kata mau mula hidup baru.. dan walaupun aku sedar hakikat yang cinta kita payah untuk menyatu, jauh di sudut hati ini, aku sentiasa membisikkan namamu. Anehnya masih ada ruang untuk aku mencintaimu tanpa sedikit pun rasa sakit hati. Ada sesuatu yang indah yang dapat aku rasai hanya bila denganmu. Ianya masih terasa hingga kini. Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan sekelip mata. Aku sebetulnya tak pernah menemui kata2 indah yang cukup untuk mengungkapkan betapa dalamnya rasa ini. Halus menusuk.. pedih, namun indah.


Walau jauh manapun aku berlari dan bersembunyi, dalam hatiku tetap terukir namanya. Meskipun kepercayaan hilang sekalipun, kasih ini tak pernah ada tanda untuk tergugat...


Masih tidak tergugat, walaupun begini akhirnya.


Setia sungguh aku. Kesetiaan yang memakan diri.


Selepas bertahun2, aku menyedari, kasih yang kita bina sejak lama dulu sudah tidak seutuh mana. yang kini kau sebenarnya sudah tidak bahagia bersamaku. Dan menyedari, sebenarnya aku yang tak boleh jadi seperti yang kau idamkan dalam diam.


Aku tak mau dirimu rasa terperangkap.. menanggung rasa bersalah.. atas kesilapan lalu. Terasa hiba kerana apa yang dirimu lihat dalam diriku kini adalah hasil luka lampau.. kau bersamaku kini hanyalah untuk menebus kesilapan lalu.. stop blaming urself, S! I love u.. ~so much. Tak kira bagaimanapun caramu, paling penting adalah, kaulah S. Empunya nama yang sering bertakhta dlm hati.... Tp cinta aku tak bisa buat kau bahagia.


Hingga akhirnya aku memilih untuk pergi. Mungkin lebih baik aku mencintaimu secara diam2. biarkan ia mekar subur jika Tuhan masih sayang pd hubngan kita.. ataupun biar ia tenggelam dibawa arus masa jika itu yang terbaik.. mungkin dirimu akan temui bahagia yang sungguh indah di luar sana.. Cuma pesanku, carilah kebahagiaan yang hakiki, S. Jangan cari kebahagiaan yang bersifat sementara cuma. Supaya dirimu akan lebih mampu menghayati erti percintaan sebenar. Cari cinta yang boleh bawa dirimu makin dekat kpd Tuhan. Kerana aku juga akan mencari cinta yang boleh buat aku makin dekat pd-Nya.. Moga kau dan aku menemuinya kelak. Dengan itu, mungkin kita akan berhenti menyalahkan diri.


Berat jemari ini mengungkap kata2 akhir. Tapi, apalah erti andai diteruskan? Darimu aku belajar untuk membiarkan segalanya berlaku sendiri. Kata org putih, let it be by nature. Silap aku, aku sentiasa ingin cepat.. kini, kau sudah bebas, aku juga sudah bebas walaupun buat masa ini kita mungkin akan masih dibayangi kisah lalu.. apapun ia, kita sampai di sini saja.


Apa yang ingin aku katakan di sini cuma satu, S. Syarat utama membina hubungan kasih ialah dgn hadirnya cinta. Aku pergi, dan perlahan2 lepaskan kau pergi kerana aku sedar, ada antara kita yang sudah hilang rasa cinta.


Doa dan harapanku untuk melihat dirimu bahagia akan sentiasa mekar mewangi...

Labels: ,


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish