Pages

Aku dan dirinya.

Sunday, September 17, 2006

Untitled2_1

Teman..

Cinta bukan sekadar bila kau kesunyian. Bukan sekadar bila kau tak punya sesiapa untuk mencintai dan menyayangimu.. Dan bila terlalu banyak cinta di sekelilingmu, hatimu mula alpa. Tidak dapat membezakan antara kaca dan permata.

Setelah segalanya, kini, takdir telah menemukan kami semula. Dalam suasana yang nyata berbeza. Allah telah memberi kami satu lagi peluang setelah memisahkan kami buat sementara. Setelah memberi sebegitu banyak airmata di sepanjang hubungan kami dulu, tentu ada hikmah tersembunyi. Hikmah yang belum sampai masanya untuk dimengertikan. Itulah kesimpulanku.

Mungkin kami masih boleh mulakan hidup baru bersama. Bersama-sama membina kisah cinta baru. Yang lebih bermakna. Dalam situasi yang lebih matang. Matang lantaran pengalaman dan kesilapan lalu. Akan lebih menghargai antara satu sama lain. Lebih banyak ketawa daripada air matanya.

Akan ku bina kekuatan untuk membangunkan semula kepercayaan itu.

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS