Before Risik Day.

How? How did we actually met and know each other? Mesti tertanya-tanya kan? Let's keep that as a secret til the time is right. I don't blog much, one of reason is .. this. Kalau blogging mesti nak cakap pasal ni. Sorrylah, saya tak reti nak surprise-surprise ni. Tapi, malu juga sebenarnya. Takut tidak kesampaian. Moga kali ini baik-baik saja.. Insya-Allah.

Gap dalam 3 minggu, baru tiba saat risik. Lepas tu, seminggu sebelum risik day. Dia nak pilihkan sendiri cincin untuk saya. Ya, mula-mula itu rancangan dia. I love surprises, he surprised me a lot before. Tapi boleh kena heart attack wo.. Takut dia silap beli. Wahaha. Cincin risik tu nak kena pakai banyak bulan tau. Biarlah murah pun, asalkan sedap dipandang dan kena di hati (dasar chepskate). Dia sendiri cakap, lepas dia beli, dia tidak mau saya komplen-komplen (I complaint about lots of thing - cerewet katanya). Beli mahal pun tapi kalau tak kena di hati, memang mencuka la jadinya. Price is not the real satisfaction, really.

Jumaat 20th January 2012 (two days before risik day), saya dan dia pergi beli cincin risik. Susah gila nak carik yang betul-betul kena di hati. Plan asal nak beli belah rotan, lepas tu tengok cincin belah rotan yang tak berapa belah (ni istilah Syam. sebenarnya cincin ukir yang takda batu tu, tu ja heh) macam cantik pula tapi sekali lagi, susah banget ya carik design yang kena di hati. I'd never know anything about gold rings, selalu pakai yang silver saja. The only barang kemas yang saya selalu pakai, just cincin dan subang saja. Gelang dan rantai leher agak rimas sikit. Now kena pilih cincin emas yang sebenar-benar emas, rasa kebaru-baruan sikit. Hahah. Sebenarnya tidak suka emas. Bukan setakat emas, pakai rantai emas pun tidak pandai. Leher gatal.

Tidak banyak kedai emas di Ranau ni. Ada tiga saja. Itupun ada satu saja kedai cincin yang besar sikit. Yang dua tu kedai cincin kecil saja. Kami dah survey ketiga-tiga tempat tu, tapi yang besar tu banyak pilihan sikit so kami pilih untuk cari di sana saja. Yang saya tertarik cuma ada satu saja. That the best belah rotan I could find there. Belah rotan yang macam ada belah dekat tengah. Dah nama pun belah, mestilah belah kan? Tak, tak. Belah dia lain dari yang kena display time tu. Bila datang lagi sekali for the second time, try not to look at that ring, tengok satu-satu cincin lain, dalam masa yang sama Gisam sendiri tarik keluar cincin tu bersama-sama dengan another design yang lain. Saya jeling-jeling lagi. Rasa macam nak yang tu, lagipun tengok mata dia pun macam tak lepas dari pandang cincin tu. Hahah. Dia pun nak kot.. :P

At last, beli juga yang tu. Tu saja yang paling berkenan. Yang lain? Hmphh. Cincin berlian untuk risik, voley? Kahkah.

Mama cakap belah rotan tu style lama. Sebenarnya tiada beza pun cincin belah rotan ataupun cincin ukir sebab apapun harga cincin adalah mengikut gram dan jenis. Tapi berkeras juga saya nak cincin velah votan. Eh I guess I ni boleh tahan konservatif la kan. Hahaha. Sebenarnya awal-awal lagi rasa tak perlulah cincin untuk risik, tapi apakan daya, kadang-kadang adat ni kita kena ikut juga kadang-kadang. Kena ikut kadang-kadang apanya? Selalu kena ikut. Walaupun menyusahkan.  

Lepas dah bayar, aunty cina tu letaklah cincin tu dalam bekas dia. Heart-shaped plastic box. Lepas tu adalahhh keluar satu suara mamat ni..

"Ada jual bekas cincin yang cantik sikit dari ni ka?"

Haha saya gelak dalam hati. Okey tu Syam yang cakap. Muka aunty cina tu dah kelat semacam. Baiklah, memang tak cantik langsung. Tapi aunty tu tak ada kotak cincin yang lawa lagi dari tu so lepas dapat duit balance, kami pergi ke kedai pengantin.. Yang jual barang secara bundle. Cari bekas cincin yang paling cantik, lepas tu beli ribbon, then blah.

So mine is...... (gambar ditangkap setelah selesai majlis 22.01.12)

Bekas tu around RM5, reben tu costs us RM2.50. Cincin RM230+. Harga emas dah naik, pejam mata sajalah kan encik bakal tunang? (- -") Ongkos of the day.

Damn! Jari tembam.

Kami sebenarnya dah ada tarikh tunang dan nikah yang kami simpan saja dulu. Lama lagi, tapi cukup-cukup masa untuk cukupkan apa yang mahu dicukupkan. Tak cukup duit nak kahwin, tapi gedik nak kahwin jugak. jadi kena tunggu lagi setahun. By the time kami dinikahkan (insya-Allah) hubungan  Tempoh masa yang sesuai untuk semua persiapan. Bukan sahaja persiapan dari segi kewangan, tetapi juga persiapan dari segala segi dalam menghadapi kehidupan berumah tangga kelak. Insya-Allah. Semuanya masih dalam track.

Cuma merisik ni tidak rancang pula buat seawal ini. Ingatkan, dalam masa 4-5 bulan sebelum majlis pernikahan, barulah mula marathon upacara itu ini. Tapi sejak akhir Disember 2011 lepas, baru bulan satu, dah mula mencari sepakat antara family dah. Alhamdulillah. Mungkin juga satu petanda dari Allah SWT, mungkin betul keputusan yang saya ambil untuk menerima dia dalam hidup saya.

Ehem.

My actual date is somewhere in the end of 2012 (engagement) and somewhere in early 2013 (wedding) - kami merancang untuk tidak bertunang lama-lama. Is it too early to start looking around? :P

Labels: ,

Tuesday @ 1/31/2012 / 1 daisies

I love the way you lie.

Malangnya orang yang terlalu jujur sebenarnya ada satu masalah yang psychologically kita panggil perceptual distortion khususnya 'projection', di mana dia ingat semua orang jujur cam dia. Senang kena tipu. Kehampaan bila dia kena tipu, tak sama dengan orang lain sebab dia first, dia tak expect. Secondly, dia tak paham. Dia rasa "Why would anybody lieeeeeeee?" - Petikan dari blog Hanis Zalikha.

Hasnie Falina setuju dengan apa yang Hanis Zalikha cakap ni. Ahaks. Okey serious.

Wujud antara kita yang selalu ingat semua orang jujur macam kita. Kita percaya membabi buta (kesian babi, macam ayam juga. sikit-sikit kena). Sebab tu kita senang kena tipu. So bila once kita found out that kita kena tipu, mestilah kita marah, hampa dan terkilan sebab kita tidak expect semua tu dari orang lain walaupun yang kita baru kenal. Dan marah hampa terkilan kita bukan macam marah orang biasa.

Kesimpulannya,

I am not Rihanna. I don't love the way you lie.

Labels:

Saturday @ 1/28/2012 / 0 daisies

Sophiesm.Com tying the knot

Where do I start?

Sebenarnya, hari tu baru merisik. Belum tunang lagi. 22.01.2012. Tarikh ini bagi saya, sangat cantik. Ada sentimental value di situ, sebab buat 22.01.12. Taklah lawa sangat tarikh, tapi I love that date. My birthday sendiri 01.12, dan dia .. ehem .. dia pula, 02.02. Ada niche, no? (eh betulkah penggunaan 'niche' I ni haha). Dan bercakap tentang tarikh, kami ada tarikh-tarikh tertentu yang kami masih simpan saja dulu untuk majlis pertunangan dan nikah. Cuma tidak pasti lagi bila sebenarnya. Might be setahun lagi, might be 2 more years. Seawal-awalnya, setahun lagi. Itu seawal-awalnya tuh. So Fina don't be too excited.

Tapi nak jugak. Nak excited jugak. Ahak ahak. Hotak. Ingat senang? Dalam masa beberapa minggu ni survey-survey hal berkaitan majlis perkahwinan especially baca-baca blog bride-to-be yang banyak dekat alam maya ni, fuh, bukan senang sebenarnya. Sekurang-kurangnya setahun juga nak merancang semua kalau nak yang betul-betul teratur dan lagi satu, kalau nak semua buat sendiri. Got what I mean? Buat sendiri. Yes, DIY.

Sebab nanti, saya nak DIY. Masa ni lah nak keluarkan bakat yang tidak terasah ni. Bab decorate-decorate ni memang saya suka sangaat-sangat. Buat dengan style dan cara sendiri. Kalau main upah-upah nanti sure sikit-sikit nak campur tangan. Sikit-sikit ubah. Dasar cerewet kan, tapi cerewet cheapskate punya style. So kalau dah nama cheapskate dan cerewet, buat sendirik! Kata anda. Saya tahu anda nak kata begitu. Heks. Plus, after doing some surveying, generally I already know what I want. Still soon to decide, but I think I will stick to what he and I have planned. Contohnya, beberapa hari lepas waktu makan di luar, kami masing-masing lakar draf pakaian macamana yang kami nak untuk ehem nikah dan bersanding atas buku nota. Buku nota tu untuk hal-hal berkaitan majlis nanti. Selalu saya bawa. Mungkin ada perubahan dari masa ke semasa, but I will keep it simple, elegant, ada sentimental value and TIMELESS.

Lagi satu, servis pengantin terdekat yang dikira boleh memuaskan hati insan cerewet adalah di Kota Kinabalu. Setakat khidmat mekap, bolehlah cari dekat Ranau. Tapi untuk khidmat penuh untuk insan cerewet, hmph. Kirim salam saja. A small town Ranau is.

Saya ada blog lain untuk kongsi hal-hal persiapan, sebab segan. Sebab, saya tahu kawan-kawan lama dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sampailah kawan-kawan sekampus dulu termasuk keluarga dan sepupu-sepupu ada yang baca blog ni *blush* But for some reason, I think I share sajalah semua tu di blog ni. Bukan mudah nak manage dua blog. I have my business online yang saya perlu manage juga. Tidak mahu tambah beban.

Still  not sure saya 2012 bride to be or 2013 bride to be :B

Semua hal berkaitan ini saya update di Tying The Knot.

Labels:

@ 1/28/2012 / 2 daisies

One year to be officially taken.

I really want to share this good news to you guys out there. Just.... Nak publish entri ni pun ambil masa berhari-hari. Nak publish ke tidak. Publish ke tidak. Serba salah. Remember the last time saya bercerita banyak-banyak tentang kisah cinta saya? That is why. Maybe some of you realize what it did to me once it ends. Since April 2011, I turned to be the most angry woman on earth. I easily get angry at almost everything. Ah ya ya you don't know about that...

Angry at the outside, but inside full of love.

22.01.2012

So far from where we've started, but ya, saya telah disunting. Alhamdulillah, I have that cincin tanda on my jari manis now. And after this, one year to be officially taken. Damn. I guess I started feeling nervous. Err..

Labels:

Friday @ 1/27/2012 / 2 daisies

Betulkah??

Aiseh..

Betulkah ni? Betulkah ini? Ahak ahak ahak! This is going to be a very short entry, unless kalau jari ni dapat menaip laju saat jantung ini berdegup kencang ya amet maka akan terdapat menambah abjad yang terlebih ekstra dalam masa 15 minit. Memang jari ketuk-ketup mesin taip (laptop sebenarnya, just tiba-tiba rindu mesin taip ayah yang dasyhat waktu saya darjah enam haha) satu rentak dengan jantung ni. Laju berdesup.

*paused*

Gembira ada, nervous ada. Dan tiba-tiba, mood untuk blogging kembali meriah. Okey I can't promise but I'll write everyday lepas ni kalau masa mengizinkan. Boleh? Tidak janji, tapi saya cuba.

Harap majlis hari ni berjalan lancar. Selancar-lancarnya. Dan mengikut seperti yang telah dirancang. Saya harap, tidur saya semalam yang cukup lena itu mampu buat saya kurang sikit nervous. Paling penting, semoga majlis yang akan berlangsung itu akan diberkati Allah SWT. Tiada lain yang saya minta. Cuma keredhaan-Nya. Dia yang melahirkan rasa indah, mengikat takdir, dan tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Saya janji, nanti saya cerita. Pegang ini. Nanti saya cerita. :]


Labels:

Sunday @ 1/22/2012 / 3 daisies


« Older posts



Copyright ©. Layout by OhMissLinda
Editted by Fina Sophie
Please view with Google Chrome in a screen resolution of 1280 x 800.
All rights reserved 2011 - Infinite.